Alkisahnya,maka tersebutlah kisah tentang rumah aku yang tetiba diserang..(diziarahi sebenarnya..) oleh seekor binatang yang aku panggil mentadak...Maybe ada orang yang panggil binatang nie dengan perlataan lain kot...Mungkin yang berketurunan Jawa panggil dengan istilah lain aku rasa..Nanti aku tanya orang yang berdarah campuran Jowo..huhu
Maka teringatlah akan aku untuk masukkan entry tentang zzzZZzz..Mengapa??Sebab binatang yang digelar Mentadak ini begitu sinonim dengan ZZzzzz kan??Kalau kecik-kecik dulu asal ja jumpa binatang nie..maka akan wujudlah individu yang dengan sendirinya mengalunkan lagu yang berbunyi begini...

Mentadak mentaduk macam mana ....................

(masukkan nama orang yang ingin disebut ikut suka hati anda) tidoq????

So,si mentadak nie akan ubah posisinya..secara kebetulan aku rasa..disebabkan ketidakmerduan suara yang mengalunkan lagu tersebut....Maka akan ketawa berdekah-dekahlah sekelompok manusia yang melihat aksi tersebut..Emm,hiburan zaman kecik-kecik..Mentadak yang masuk menziarahi rumah aku dah menemui ajal rupanya..patut aku nyanyi..posisinya tak berubah-ubah pun..

Ingin aku kongsikan tentang TIDUR...buku yang aku baca tulisan Dato Dr.Fadzilah Kamsah yang bertajuk "55 Petua Orang Berjaya"(hadiah dari si dia..tq)

Dalam petua yang ke-18..adalah,Kelab Pukul 5 pagi..iaitu merujuk kepada bangun seawal 5pagi untuk memulakan hari dengan jayanya..seperti yang dilakukan oleh Mary Kay(pengasas kosmetik terkenal).Kerana menurut Mary Kay..pukul 5pagi waktu yang tenang dan sunyi serta tiada gangguan..

Begitu juga dengan seorang senator Barat yang pernah berkata"Anda boleh berurusan dengan saya seawal 5 pagi..Pemain hoki terkenal pula berkata"Tidur lebih lama menyebabkan kita dikuasai masa..bukan masa yang dkuasai oleh kita"....

Mungkin terselit rasa kagum pada inndividu-individu tersebut.Tapi lupakah kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w sudah lama mengamalkannya??..Ibadah tahajud iaitu bangun sepertiga malam..BERDOA,BERZKR dan BERAZAM MENJAI INSAN CEMERLANG...

Kita tidak perlu lagi pada teori-teori asing untuk menjadi cemerlang kerana ajaran Islam adalah yang terbaik..Terpulang pada kita samada untuk memilihnya mahupun tidak...Wassalam:)

Mata Gembira:Sekadar Berkongsi..