Petang Isnin semalam,aku membuat percubaan pertama kali..percubaan yang secara tak sengaja...jeling-jeling kat pisang emas yang jiran aku bagi...emmm,nak buat cekodok dah boring sangat..so..aku membuat tindakan nak buat kek..So,aku telefon pakar rujuk aku..mak aku ler..hikhik..
Mak aku pun potpetpotpet macamana nak buat kek pisang..yang pasti buat kek nie kena sukat menyukat..nie yang aku malas nie..mak siap pesan"hang jangan dok main hentam ja na.."Macam tau-tau aja aku nak menghentam..hehe
Kena ada soda bikarbonat ngan serbuk penaik...(aku mana ada simpan serbuk penaik...haha)
So,aku pun hentam buat jugak..dengan melanggar kata-kata tok guru aku..huahua
So..inilah hasilnya..Kek Pisang Bantat...tapi aku and husband layankan aja..
Kesimpulannya...buat kek nie perlu disiplin yang tinggi..silap sikit tak menjadi..sebab tue yang aku malas sangat nak buat kek..Kalau bab masak boleh main campak-campak jugak kan??
Mata Gembira:Harapnya ini bukan percubaan pertama dan terakhir aku la..hehe
0 orang tumpang melukis:
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda