SALAM JUMAAT YANG BERBAHAGIA...

Dah lama rasanya tak masukkan entry muhasabah dan renungan kan??Sempena hari Jumaat yang mulia ini...aku rasa sesuai la masukkan sedikit tazkirah...
Sedikit kisah tentang ilmu..kenapa aku memilih tajuk ilmu??hehe..
Yang paling utamanya sebab ilmu yang menjadikan manusia disegani dan dihormati..Islam pun menekankan kita menuntut ilmu..Surah pertama pun tentang ilmu..
Yang tersiratnya sebab tajuk ilmu nie begitu dekat engan aku..coz..topik pertama yang akan aku ajari adalah KONSEP ILMU..itulah serba sedikit sejarah pemilihan tajuk renungan hari nie..:)..Aku ambil kisah nie dari sebuah web.Saja nak dikongsikan dalam blog aku nie..Renung-renungkan dan selamat beramal..

Rasulullah saw pernah bersabda di hadapan para sahabat, kata baginda “Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya”.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, golongan Khawarij meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau. “Hai Saidina Ali, yang mana lebih utama, ilmu dengan harta?”

Soalan orang pertama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Karun, Sadad dan Firaun”

Jawapan untuk orang kedua kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab Saidina Ali “Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau harus menjaganya”.

Jawapan Saidina Ali kepada orang ketiga “Harta itu jika engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah bertambah”.

Jawapan kepada Panel keempat “Pemilik harta disebut dengan nama bakhil dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian”.

Jawapan kepada panel kelima pula “Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak”

Jawapan kepada orang yang keenam “Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu”

Jawapan ketujuh “Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at”.

Jawapan kelapan “Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman”.

Jawapan kesembilan “Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya”.

Jawapan kesepuluh dari Saidina Ali “Pemilik harta dapat mengaku menjadi Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba kerana ilmunya”.

Ringkasan dari buku “51 kisah-kisah benar” Ahmad Najieh: Pustaka Syuhada.

Mata Gembira:Masih banyak soalan yang tak terjawab