Ntah kenapa tetiba aku teringat kisah yang berlaku kat aku 2-3 weeks lepas..Kisahnya bermula begini..

Jam di tangan kiriku menunjukkan tepat pukul 1 petang..perutku mula berirama keroncong...So,apalagi..aku pun menderu-deru keluar membeli makanan di kedai di daerah berdekatan tempat aku mencari rezeki....

Tiba saja di kedai,aku memesan bihun sup.Kerana aku kira ianya akan mengambil masa yang paling singkat..Aku memang dah terlalu kelaparan nie...huhu..Sebaik saja pesananku diambil..aku pun relax2kan diri sambi memegang kunci kereta di ibu jari kiriku...

Tiba-tiba..Jeng,Jeng,Jeng..(sengaja masukkan elemen suspen..)

Dari kejauhan aku terdengar suara parau+garau+nyaring.."Kak Long saya nak tambah sup sekali..".Aku pun membiarkan suara itu dibawa angin sepoi bahasa pada tangah hari itu...Aku ada sebab untuk berbuat begitu..Pertama,aku bukannya anak sulung untuk digelar sebagai kak long.Kedua..aku bukannya ada kaitan saudara dengan Si mamat tersebut..Yang penting sekali,aku bukannya pekerja kedai tersebut...huhu

Si mamat tue macam tak berpuas hati dan aku dengar derap kaki seseorang datang menghampiriku dan berkata "Saya nak sup tambah ya.."
Dengan muka selamber+merah padam menahan gelak aku dengan ayaunya menjawab"Saya pun mai sini nak order makanan jugak..."kuang3x...

Sejurus itu,Bihun Sup yang aku pesan pun dihantar oleh seorang wanita dan dengan senyuman manis berkata"Maaaflah lambat..".Aku menjawab"Emmm..kedai nie sesuai letak nama Kedai Sabar Menanti,tak pun Sabar Dalam Penantian...".Tapi jawapan tue hanya berlegar-legar dalam hati aku aja..kuikui

Makanan dah sampai..dan aku pun berangkatlah..tanpa melihat si mamat tadi..Bkan apa,nak tergelak...Dalam kereta aku nampak si mamat tersebut minum sambil menghadap dinding..mungkin memangitu hobinya..haha

Lantas aku terfikir beberapa perkara:
1-Si Mamat tue tak nampakkah di sisi aku ada handbag.Takkanlah pekerja kedai dok relaks siap ada handbag kat tepi lagi tue..Atau handbag aku tak cukup besar???hehe
2-Aku pegang car key..dan dengan selambanya ak baca paper...kalua dah aku kerja kat situ..takda maknanya aku nak dok bersantai waktu orang lain sibuk bekerja kat dapur..Kalau ya pun aku pekerja kedai situ..aku bukan jenis curik tulang...hehe?boleh caya ker???
3- Adakah muka aku macam pekerja kedai makan??Aku terus menilik diri..bukan bermaksud pekerja kedai makan tak elok,TAPI....aku berbaji kurung engkap ketika itu dan aku tidak memakai apron
4-ATAUPUN aku nampak macam taukeh kedai??haha...mungkin yang nie kot:) hanya si mamat tue yang tahu...hehe

Mata Gembira :Mengimpikan untuk menjadi taukeh restoren..haha