SALAM JUMAAT..
Alhamdulillah...perutku dah kenyang diisi dengan ayam ala KFC+kentang goreng+timun..nasi separuh ja yer..hikhik.Kiranya santapan jasmani dah cukup..santapan rohani macam mana pulak??hehe..
Lepas ja mengisi perut yang berirama dangdut..aku teringat kiriman email yang aku dapat dari seorang rakan(maaf..aku dah tak ingat gerangan yang menghantar..anyway,tenkiu..)
Email yang dikirim tue dalam bahasa omputih,so..aku terjemahkan ikut kefahaman aku la yer..dan aku tambah sedikit penambah perisa jenama yang halal untuk menyedapkan lagi jalan ceritanya...hehe
Ceritanya berbunyi begini...Pada suatu petang,seorang budak lelaki yang masih pelat tuturnya bertanya datuk kesayangannya "Atok sebab apa atok suka sangat baca Al-Quran?Adik tengok atok baca Quran setiap hari..apa yang atok dapat...?"

"Macam mana nak cuci jiwa?Jiwa tue apa?Tak fahamlah..."Ujar budak comei itu sambil menggaru kepalanya yang gatal dan sememangnya ada beberapa ekor kutu sedang melata ke sana sini...
"Kalau tak faham,Can you please ambik bakul yang mak tok selalu guna bawak pi market tue?"(Jawab atoknya sedikit menggunakan bahasa omputih yang dipelajarinya masa zaman penjajahan British)
Boleh.....jawab budak itu pendek...Pastu nak buat apa tok??
"Hanyutkan bakul itu di arus sungai dan buat beberapa kali.."Jelas atoknya ringkas..
Setelah beberapa kali berbuat begitu dan lencun bajunya dengan peluh yang masam..budak lelaki itu bertanya "Apa sebenarnya tujuan atok suruh buat macamni?Bakul yang ada lubang nie tak jugak boleh menakung air..."
"Hemm..memang bakul yang berlubang tue tak boleh menakung air..tetapi bezakan keadaan bakul yang mula-mula adik ambik pada mula-mula tadi dengan sekarang..,bezakan???"tanya atoknya sambil meludah sireh ke simen lantai beranda rumahnya...
"A'a..yala atok..tadi bakul tadi kotor,hanyir,hamis dan busuk..tapi lepas beberapa kali dihanyutkan ke sungai..dah bersih pun..boleh gunakan tanpa was was"..(sedikit meniru tagline produk zaitun..)
"Ya betul..100 markah untuk adik..(sekadar bergurau dengan cucunya yang bergigi rongok sebab suka sangat makan cokelat..).Macam tue jugak bila kita baca Quran...sedikit demi sedikit hati kita akan bersih dan suci dari kekotoran...mungkin bukan dalam sekelip mata...tapi Al-Quran bagaikan air yang akan menyucikan hati yang membacanya dengan penuh tawadduk dan ketakwaan..."
"Ooo..dah faham pun...adik dah nak pi sambung baca iqra' 1 lah...tak mau ponteng lagi..."katanya penuh semangat..
Atok tersenyum dan meneruskan bacaannya.....
Mata Gembira : Teringat pulak pernah kena tibai dengan getah paip sebab malas mengaji Quran,itu dulu.....:)
0 orang tumpang melukis:
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda