KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Hari ni amat bosan..jari jemari tetiba rasa nak menjengah 'rumah' yag lama terbiar..biasala tuannya sibuk and buat2 sibuk sejak akhir2 nie..
sampaikan nak masuk dalam rumah pun dah lupa nak guna kunci yang mana satu..dasyatt memang dasyat..
so, rumahku ini masih bersih walaupun dibiarkan hampir setahun..lama tu
jiran-jiran semua pakat dok hias rumah secara istiqamah...

So, ini kira sebagai entry permulaan untuk tahun nie..
Selamat Tahun Baru, Selamat Hari Ibu, Selamat Hair Lahir.. ( pakej wish setelah lama x mengupdate rumah sendiri)

Sabtu nie bersamaan 28hb Mei aku exam..malas ya amat nak membaca..adakah faktor usia memainkan peranan dalam proses mudah mengingat...kalau lah ada tips leh cepat mengingat..alangkah bahagianya... (tips utama yang semua orang pun tahu aku rasala : jangan buat maksiat, jangan lawan cakap mak,ayah mak mertua and suami..hehe)..

Ok la... nak sambung baca buku... harap2 boleh la passed with flying colours..( ayat yang selalu aku guna masa buat essay kat sekolah menengah dulu...haha)

Salam....

Mungkin bukan aku sorang saja yang ber peel begini
Aku memang amat jarang nak ke bank berurusan di kaunter..
sesekali dan kadang-kadang saja biasanya..


Boleh ku kira dengan jari..
Selalu menghadap mesin bila hari gaji,bila poket semakin kering
Seingat aku hari Ahad aku ke Tabung Haji..unutk masukkan duti..

Tak banyak pun..tapi adalah sekeping dua untuk menabung..
Sebelum duit tiris di shopping complex,atau hilang dibawa angin...


Selesai isi yang mana patut,aku ke kaunter..
Duduk sambil senyum simpul..
Bila dah siap...tangan pantas sambar buku kecil dengan nilai di dalam yang juga agak kecil
Sumbat masuk ke beg.."Buku,dok sini diam2.."

Sebulan berlalu....ke tempat yang sama cawangan yang lain
Tujuan juga sama..menambah sikit pelaburan untuk masa depan..;)
Dalam hati terdetik.."apasal buku aku nampak lusuh dan usang..
Bila nak diisi borang yang perlu..
"Ooohhh...tidakkk..namaku bertukar kepada S**i R**ia* ..lahir tahun 1950 ya..hehe
Banyak juga duit dalam buku tue berbanding aku..kalaulah itu semua aku yang punyaaa..hehe

Lalu aku terus bertangguh nak pi refer ke pihak berkenaan..
Berlalu lagi sebulan..
Ya..bertangguh memnag bukan amalan yang baik..sila jangan ikut..

Hari Isnin bersamaan 28 Jun 2010
Sms kuterima "Puan ainul..sila hubungi saya En.H untuk urusan pertukaran buku akuan anda.."
Terus tangan laju mendail nombor En.H..
"Cikgu,buku cikgu ada pada saya..sila datang ambik..di kodiang..ada orang tertukar buku dengan cikgu"
" Baiklah ....hari rabu ya..baru saya free..."...

Ok..moral value:Sila check buku anda sebelum terjadi apa yang telah terjadi pada saya..berhati-hati ya..

Stop dulu..masa untuk ke kodiang berjejak kasih dengan buku akaun yang dah hilang selama 2 bulan..dan masa untuk pulangkan buku yang bukan milikku kepada empunya diri..

Malas nak menulis dan mengarang..so,tapi nak jugak upload gamabr-gambar sekitar Seminar Halalan Toyyiba 4 Jun 2010, di Dewan Millenium Kangar

Suasana kondusif dalam dewan berlangsungnya seminar.Juga kondusif untuk melelapkan mata bagi orang yang tipis iman dengan godaan pendingin hawa yang sejuk menyapa..

Antar penceramah yang terlibat..orang kuat JCorp (Johor Corporation), tak tahu?? sila minta bantuan pak cik google;)




Wajah-wajah peserta yang penuh semangat walau kekadang terangguk-angguk tergeleng-geleng jugak kepala,mata terkelip-kelip seketika..


Booth yang amat menggoda dengan macam macam macam jenis makanan..harus tawaf beberapa kali bersama plastik hasil tangkapan berbayar


Mengisi perut yang dah berdondang sayang
Santapan untuk lunch ..ditaja oleh Ayamas!!


Zoom in sikit..sedap..dari pagi.tengahari sampai petang..semuanya ayamas..I like;)

p/s: Best seminar nie..kalau ada peluang nak pi lagi..ehehe

Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 27 buat suami tercinta..

Semoga bertambah iman dalam mengharungi roda hidup ini
Semoga diperbesarkan iman untuk menghadapi ujian dan dugaan sebagai insan


Moga kita kekal dalam mawaddah dan rahmah
Moga sentiasa bersama hadapi pahit manis bahtera rumahtangga dengan tabah
Harap dapat apa yang dikejar dan dicita
Harap sentiasa di bawah lembayung rahmat Yang Maha Esa


"Selamat Mendaki Tangga Usia"

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)