KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...


Maka...ekoran dari kekosongan jawatan ADUN Permatang Pasir..rakyat jelata yang tinggal di kawasan Permatang Pasir akan sekali lagi diberi mandat memilih ADUN mereka

Aku adalah sebahagian dari mereka..Apa yang aku dengar dari Buletin Utama..calonnya akan diumumkan pada 10 Ogos ini...Adakah aku akan mengundi??Insya Allah...aku tidak pernah terlepas menunaikan tanggungjawab ini.Jika tiada aral melintang..aku akan tunaikan tanggungjawab yang satu ini..

Sekadar catatan peribadi...jika berkesempatan mengundi buat kali ini..maka,sudah 3 kali aku membuang undi..mungkin tak semua orang yang sebaya dengan aku mencatat rekod sebegini kan??(so..ini catatan peribadi aku ler..)dalam tempoh 2 tahun..aku menghadapi 3 pilihanraya...

Pertama
Ketika PRU 2008

Kedua
Pilihanraya Kecil Julai2008(kalau tak silap...)ketika Dato'Dr Wan Azizah meletakkan jawatan..Waktu tue aku tengah dalam kursus induksi kat S.P

Ketiga(akan datang..insyaAllah..)
Kekosongan jawatan ADUN Permatang Pasir disebabkan Dato' Mohd Hamdan(ADUN PP) meninggal...

Mata Gembira:Siapa yang jadi pilihan hati??Cuba teka...(Undi adalah rahsia kan??So..biarlah rahsia)

Salam...Mungkin ramai yang dah ketahui berita ini...ADUN Permatang Pasir telah kembali kerahmatullah..Al-Fatihah buat beliau..Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah..


Di sini aku tempekkan berita berkaitan Allahyarham.Aku mengambil sumber dari http://www.malaysiakini.com/

ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini. ADUN PAS itu meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.

Mohd Hamdan baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada 11 Julai lalu daripada kerajaan Pulau Pinang.Allahyarham, pesuruhjaya PAS negeri hingga 2003, bertapak di Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999. Sebelum menceburi politik sepenuh masa, beliau berkhidmat sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah pada 1965 hingga 1966, kemudian sebagai pegawai pentadbir kerajaan Kedah mulai tahun 1966 ehingga 1977.

Jawatan terakhirnya dalam kerajaan adalah sebagai pegawai pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia antara 1977 hingga 1983.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir di sini, selepas Asar.

Mata Gembira:Setiap yang bernyawa pasti merasai mati..Semoga hidup kita berakhir dengan husnul khatimah..Amiinn

SALAM JUMAAT...tak da post yang menarik nak dikongsikan kat sini,hari nie..tapi sesaja suka-suka jugak nak menaip..So,nak ceritalah sikit yang esok bermulalah cuti hujung minggu..kali nie aku cuti panjang sikit..hehe..Dah lama rasanya tak pi bercuti kan??Kebetulan adik aku nak daftar(integarsi) kat PKB,so..dah ada peluang depan mata,bolehlah nak pi merehatkan minda sekejap..di mana??Semoga cuti rehat 2hari yang aku ambik kali nie..bolehlah aku rehatkan minda:)Sesekali kena juga ada refreshment kan??Supaya lepas balik cuti nie lebih bersemangat nak mengajar..

So,syoklah student aku bila habaq kelas takda..(biasala kan??..)

Tapi aku tak bagi depa nie syok saja kat kamsis..ada kerja kena buat..

Kepada kengkawanku(anda tahu siapa anda...hehe)jangan rindu aku nuu..aku cuti 2 hari aja..Kalau rindu jugak sms ja la yer..hikhik..kalau rindu jugak tengoklah balkoni rumah aku..huhu
Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ke PTSS...dan doakan aku mengawal diri supaya tak borossss...(nie baru awal bulan..lambat lagi nak masuk gaji bulan 8)

p/s:To nida..kalau Ainul lalu depan Kg.Kelubi Ainul singgah makan ayam percik resepi ma nid..huhu

Mata Gembira:Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat menadah ilmu...

"Pon,pon,pon"(bunyi hon kereta aku..)
Aku pun dengan semangatnya melambai-lambai penuh keriangan kat pemandu Serena dengan plat JFC ....(nombor belakang tue aku tak ingat..heehee)

Tengah syok dok lambai baru aku sedar yang tuan empunya serena tue orang lain daa...huhu.Tuan punya serena tue pun blurr ja tengok aku.(Mesti dalam fikiran dia dok tanya..Apasal la budak nie dok lambai aku sampai tersengih-sengih nie)..Malunya weeiii..hikhik.Ku ingatkan Ustaz Y.O..rupa-rupanya orang lain...Yang meyakinkan aku itu bukan Ustaz Y.O:
1-Pemandu tue berkaca mata
2-Berkopiah putih
3-Berbaju melayu merah

Sampai ja kat A.S..jumpa lagi sebijik serena plat JFC...dah langsung takut nak lambai lagi..tapi sempat jugok jeling-jeling kat pemandunya yang sedang termenung ingatkan sapa ntah..YESS..nie baru betul Ustaz Y.O...Nampak gaya macam tengah tunggu seseorang aja..siap termenung lagi tue..

Bila berkesempatan bercakap di talian dengan Ustaz Y.O..betullah dia ke A.S...tapi dia bukan berbaju merah..apatah lagi berbaju melayu plak tue..macam nak gi kenduri ...huhu..

Aku ingatkan ada sebijik ja serena berplat JFC yang ada kat area changlun-arau nie..huhu.(So,jangan buat andaian sendiri..)

Mata Gembira:Kalau nak lambai orang....kenalah hafal plat number dia dulu..nanti dah silap macam aku...Jadi pengajaran..hehe

Sambil jari-jemari dok surf interet untuk mengajar petang nie..sempat aku surf pasal MSL..So,inilah hasilnya...aku jumpa blog yang ada info about MSL..dan sejarah Sign Language..It's piece of my life..so,banyaklah aku kena belajar pasal sign language nie..So,far..interesting


Semuanya aku sedut dari satu nice blog...mintak izin ya wahai tuan empunya blog..

Sign Language bermula sekitar 1970..two-handed fingerspelling system..

British Sign Language

American Sign Language Russia Sign Language

NumbersSedikit tentang Malaysia Sign Language(MySL)

Menurut pendapat aku..MSL banyak pengaruh ASL..






Guess what??

Yeah...Pandainya..Betullah tue..I Love U too..hehe

So..next level..cuba teka pulak..nie apa maksudnya..Kalau dah dapat jawapan tinggalkan respons anda kat ruangan comments..haha


Ada satu drama Jepun tentang wanita cantik yang tiada pancaindera mendengar .'Orange Days'..aku interested nak tengok..tapi tak sure sign language 'mazhab' mana yang orang Jepun guna..kan?? Dan lagi..aku pun tak berapa nak faham sangat..at least mesti ada subtittle kan??hehe..


Sehingga saat nie aku terfikir (nie pun sebab ada seorang officemateku bertanya..)macamna student aku bangun Subuh..apa jam gerak yang depa nie guna??Kalau setakat ada vibrate..tak cukup tue..Awal pulak tue depa nie mai class..Any ideas???

Mata Gembira :Syukurlah..sekurang-kurangnya kita cukup pancaindera..Alhamdulillah

I L.O.V.E U..bolehlah diaplikasikan dalam kehidupan seharian..hikhik


Hari Isnin..pagi-pagi tirai kelas aku dibuka dengan kelas KHK.(kemahiran khas..)kalau sebelum-sebelum nie aku bersemangat belajar sign language melalui buku,,tapi..minggu kemalasan menguasai diri..so,aku decide nak belajar dari bebudak nie aja...lagi cepat dapat

Aku mengajar tentang ilmu dan selitkan sedikit tentang amali..So,aku mengajar cara-cara wudhuk..

Alhamdulillah..semua pelajar aku(10 orang semuanya..)tahu apa itu wudhuk...So,itu bab depa belajar..at the end of class..aku pulak yang belajar dari depa nie..Apa yang aku sempat belajar...
1.Wudhuk
2.Niat(lafaz niat wudhuk dalam sign language)
3.Basuh(basuh kaki,tangan,kepala)
4.Hantar(aku suruh depa hantar borang..)
5.Pergi
6.Beli barang(nie pun pasal aku tanya depa keluar gi beli barang tak hujung minggu)
7.Sedih(aku kata aku marah dan sedih sebab depa baca buku agama sikit sahaja..)
8.Botak
9.Jadi
10.Cita-cita
11.Sebab
12.Macam mana
13.Borang(mulanya aku suruh hantar borang tapi aku buat isyarat hantar baru..huhu)Mujurlah depa nie faham yang aku tersalah isyarat daaa..hehe)

Kat bawah aku tempekkan sign language..Jomlah jenguk2..kalau rajin belajarlah sikit2..hehe

A-Z dan 1-10..(first step yang wajib kena ingat kalau nak belajar sign language)
Mata Gembira:Harap-harap semuanya yang aku belajar nie..aku tak lupa..rasanya ada yang dah lupa nie..huhu

Kat sini aku nak coret sikit surprise yang aku nak buat kat husband aku..Aku tak pastila apa yang aku plan nie dinamakan surprise ka tak..Ya la..semuanya aku beli dengan husband aku,bayar pun sekali dengan dia kan??hehe..
Langkah 1:
Lokasi:Kedai buku POPULAR..Aku mintak dia tolong carikan bookmark untuk aku,kononnya nak beli bookmark..Bijak tak aku??hehe..
Langkah 2:
Balutkan buku yang aku nak hadiahkan semasa si dia rehatkan mata..



Nie buku yang siap aku balut..





Langkah 3:
Snap gambar buku dan sorokkan di tempat yang strategik dan sesuai..semasa si dia masih rehatkan mata..


Tempat strategik pilihan aku...




Namun misi surperise tue tak berapa nak menjadi bila suspect mula mengesyaki sesuatu..Salahnya datang dari aku coz bawak camera ke hulu hilir..So,itu yang menyebabkan dia rasa pelik..dan mintak nak tengok semua gambar dalam camera..huhu
Tapi dia tak perasan gambar buku nie..hikhik..Dia ingatkan aku nak bagi hadiah kat kengkawan aku...(Jadi misi masih diteruskan..)
Tunggu punya tunggu..dia tak jugak buka drawer di mana tersembunyinya hadiah itu..So,terpaksalah aku berlakon minta si dia ambik barang dalam drawer tue..Nie la rupa si dia bila dapat hadiah aku..
.
.
.
.
.
Suka nuuu...


Aksi membuka sampul hadiah..
Mata Gembira:Inilah cerita surprise yang tak berapa nak surprise..hehe

Petang Ahad..walaupun malas nak masak..aku rajinkan jugak diri buat pizza..coz bahan-bahan nak buat pizza semua dah aku beli..hehe..Terpaksalah buat kan??Aku memang tak reti nak buat doh pizza..makan pizza kat kedai aja yang aku pandai pun..Tapi aku cuba jugak ler..Trial and error la kan??Taraa..inilah hasilnya...


Waktu nie pizza aku dah siap sedia nak dibakar...25-30 minit aja nak dibakar pizza nie...

Nie rupa pizza aku yang dah hampir siap..tiap2 minit aku dok pi jenguk coz aku rasa macam pizza yang aku buat nie kembang semacam aja...huhu

Ting..SIAP!!

Komen dari diri sendiri:Doh pizza tak berapa nak rangup..tak taula apa yang tak kena nie..sapa yangtau bolehla tinggalkan komen na..hehe

Komen dari si dia:A'a...doh pizza tak berapa lembut..tapi sos +topping dah ok...Takpala baru first time cuba kan??(dalam kritikan ada pujian..pandai ambik hati aku nu.hehe)

Aku ada bagi kat jiran-jiran aku..tak taula macamana rupa depa makan nie..harap-harap bolehlah buat isi perut petang-petang..Nanti jangan serik nak makan lagi kalau aku hantar lagi..huhu

Alang-alang buat pizza..maka makan malam aku...Sphagetti:)

Sphagetti +Bebola Daging

Mata Gembira:Tahukah anda..pizza tue asalnya makanan orang-orang miskin..coz kalau kat Italy dulu..atas pizza(topping) tue diletakkan lebihan makanan..cuma sekarang aja dah di upgrade..(menurut sumber yang boleh dipercayai)

Hari Sabtu shopping barang dapur,di samping tue sempat jugak shopping buku..Tenkiu kepada husband yang sanggup bawak aku gi POPULAR...dan belanja makan...hikhik..I like:)Aku keluar dari rumah pukul 11pg balik pukul 6.45 petang..huhu..Nie aku pamerkan buku yang aku beli..

Buku tulisan Abd Jalil Ali..Ini buku pertama tulisan beliau yang aku beli..Aku mula 'jatuh hati' pada dia setelah membaca buku Asam,Garam,Gula & Kopi dan Teh tarik Kurang Manis(aku pinjam dari Usataz Jak)..kali nie Kopi Tanpa Gula...semuanya pasal makanan dan minuman kan??Tajuk yang catchy...santai.. .

Buku tulisan Ainon Muhammad & Abdullah Hassan..Kenapa Saya Tidak Berfikir Begitu??Aku plan nak hadiahkan kat husband..nak buat surprise...hehe

Buku nie tulisan Parlindungan Marpaung..aku jadi teruja nak beli coz kawan ku di PUO (zatul) kata BEST!!Tulisan penulis Indon..jangan bimbang..coz,dah diterjemahkan ke bahasa melayu..Kalau masih dalam bahasa indon aku pun tak beli,hehe...

Buku nie tak sesuai dijadikan bahan bacaan..coz..............ini note book...heheAku minat design buku nie..so,belilah..

Ada lagi buku yang aku nak beli..tapi maybe next time..next month..hehe..Buku tulisan Pahrol Mat Juoi(aku minat kolumn dia dalam majalah Anis..)dan buku Berani Gagal(Dare to Fail)...

Mata Gembira:Baru berjinak-jinak dalam bacaan buku motivasi..harap-harap lepas nie aku pun bermotivasi la kan??hehe


SEMOGA CINTA KITA KEKAL SELAMANYA..KEKAL DALAM MAWADDAH DAN RAHMAH

Virus itu menyerang aku lagi..macam biasala...selalunya simptom virus ni memunculkan dirinya di akhir-akhir bulan...nak wat gena??Bila call husband..dia aja yang tau penawarnya..hikhik.."Kau Doktor Hatiku"..hehe


So,kami berdua pun meredah kegelapan malam mencari penawar yang satu itu...dah dapat..aku pun tersenyum hingga menampakkan gigiku yang sememangnya jarang..huhu

Kalau cerita bab gigi..teringat husband aku pernah tanya soalan cepumas"Gigi nie gigi susu lagi ka??"..Ada gaya gigi susu ka gigi aku nie??Lagipun dah umur suku abad..takkan masih bergigi susu kan??kan??
So,inilah bukti penawarnya untuk tatapan umum...Makan di Kuala Perlis



Husband aku yang sibuk dok ber sms
Sms lagi...


Aku yang dah tak sabar nak isi perutku..


Aku dalam 3 aksi..lambat sangat tunggu makanan sampai..aku lapik perut dengan satay dulu..hikhik


Setelah beberapa minit..LICIINNN..ikan siakap tu aja yang tak termamapu nak dihabiskan..so,macam biasa..tapau...


So..virus M akan hilang di pertengahan bulan...jimat-cermat la kan,waktu tue...
Apa virus M tue??
Virus MALAS..

Mata Gembira:Sesekali makan di luar apa salahnya kan??Aku dok mencari vitamin R(rajin)agak-agaknya ada jual di pasaran tak??pasaran gelap aku tak mau..huhu

Laparnya petang-petang Jumaat..cempedak yang cik fizah bagi ada lagi..dalam dok berkira-kira nak buat cempedak goreng..aku dengar bunyi plastik..aku mula tersenyum...mesti ada sesuatu..jenguk2..ada plastik dalamnya ada bekas bertudung purple..dalam tue pulak ada sardin roll...Apalagi mau tunggu,ngaaap aja..tapi masih sempat baca Bismillah :)
Tak sampai 10 minit..aku dengarpintu grill rumahku dibuka..nak kata husband aku..dah tentu bukan..dia baru ja bertolak dari aloq setaq nu...dapat pulak sms...untuk maklumkan kat aku yang ada makanan untuk aku..Alhamdulillah..(rezeki Allah tentukan..)

Nie la makanan di petang Jumaat...

Sardin roll dari cik fizah..so,ini bermakna dah 2 bekas cik fiz yang sudah jadi koleksi dalam rumah aku..nak balas apa nie??Kalau bagi bekas kosong pun mesti cik fizah tak marah nu??huhu...ada 4 ketui..cukupla untuk kami berdua..hehe

Bihun Goreng Macam-macam Ada sumbangan Nids..yang mahal tang bekas dia la..siap ikat dengan getah lagi..untuk makluman kalau ada sesapa yang berkenan kat bekas nie "TAK ADA DI PASARAN"


Kuat sangatkah keroncong perut aku berbunyi sampai kedua-dua jiranku dengar secara serentak..ATAU nak tebus kesalahan sebab sorang tak bagi kat aku Gulai Daging Edwin dan sorang lagi tak bagi Tomyam Spesel kat aku..huahua
Mata Gembira :Kan aku dah bilang jejiranku memang BEST GILER..ini betul-betul...ini bukan cobaan..hehe

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)