Salam Mahabbah...
Antara sedar atau tidak,realiti tv di negaraku tercinta Malaysia makin bertambah.Bak cendawan tumbuh selepas hujan kan?? Kalau nak senaraikan pun berkajang-kajang jugakla kot...Antaranya Akademi Fantasia,Mentor,OIAM,My Star LG,Idola Kecil,Bintang RTM, dan banyak lagi(sekadar menyebut beberapa rancangan aja).Tak cukup dengan nyanyian..berlakon pun nak realiti tv jugak..Anak Wayang n Pilih Kasih (kalu x salah..)Yang berbentuk penjagaan kucing pun tak ketinggalan jugak,realiti tv masak-memasak dan macam2 lagila..semuanya nak realiti kan?sedangkan tidak sedarkah wahai umat Islam di luar sana bergelut dengan orang-orang kafir laknatullah.
Tapi,kita kat sini boleh pulak menyanyi dan bercampur lelaki n perempuan..?Di mana sensitiviti kita sebagai umat Islam..Golongan remaja hanyut dalam dalam kemewahan yang serta merta,asal ada skit bakat dan rupa dah boleh cuba nasib jadik penyayi kan?Hinggakan anak-anak kecil pun tidak ketinggalan.Lihat saja Idola Kecil..anak-anaka kecil begitu hebatnya di pentas acara menyanyi dan menghayati lagu.Alangkah baiknya jika mereka di pentas yang sama mengalunkan tilawah Al-Quran??Kenapa bakat anugerah Ilahi itu disalahgunakan??Ya..mungkin kita boleh anggap mereka masih kanak-kanak yang tidak berdosa,tetapi lupakah kita pada pepatah nenek moyang kita bahawa "melentur buluh biarlah dari rebungnya"..
Ya..tidak dapat dinafikan ada jugak realiti islamik di negaraku tercinta ini..tapi berapalah sangat jika nak dibandingkan dengan yang berbentuk hiburan? Yang ada pun Akademi Quran.Rancangan islamik pun Mari Mengaji,Mari Bertarannum...Gadis Melayu(islamik ka ek?)Maybe Realiti show bersifat kemelayuan kot..
Kenapa di negara kita macam tandus saja rancangan berbentuk hiburan islamik?Aku teringat semasa menjengah youtube.com secara x disengajakan dan x disangkakan aku nampak video tentang realiti tv islamik untuk kanak-kanak yang dinamakan PILDACIL (singkatan bagi Pencarian Da'ie Cilik ..kalu x silap)..Begitu menarik hati bila melihat anak2 kecil berhujah petah tentang Islam...ditambah dengan dalil-dalil Al-Quran dan diselangi nasyid dan gurindam yang begitu menambat jiwa.Ada jugak anak cilik ini berpidato tentang seksaan akhirat hingga menitiskan air mata dan turut menitiskan air mata audience di situ.Sejenak terfikir adakah kita yang sudah yang jauh jarak umurnya ini,mampu petah sebegitu...Anak2 cilik ini begitu sejuk mata memandang.Aku terfikir tentu sejuk perut ibu yang mengandung bila melihat anak2 yang dilahirkan bisa berhujah tentang Islam dan keindahan Islam..
Kenapa di negara ini tidak diwujudkan realiti yang sebegitu??..Adakah anak-anak kecil di negara kita tidak sebijak negara seberang??..Mana mungkin anak di sini tidak bijak dan petah..Lihat saja rancangan Tom Tom Bak dan Pondok-Pondok misalnya..anak2 kecil petah mencuit hati..berbicara tentang pelbagai isu..tapi bukan tentang Islam..Jika dialihkan tune itu kepada topik pidato Islam,tentu anak-anak negara kita lebih hebat dan mantooop (meminjam tagline Ustaz Zamri di Tv 9)rasanya..tidak syak lagi..
Semoga rancangan islamik lebih ditekankan di negara kita.Juga diharapkan anak-nak seperti adik Hafiz (tahfiz)dijadikan contoh untuk anak-anak kini..
*Jika ada kesempatan waktu saya akan upload sedutan video PILDACIL di blog nie..kalu tidak berkesempatan mungkin rakan2 boleh menjengah youtube.com,dan taip aja PILDACIL..banyak jugak video tentang rancangan realiti islamik nie..
Mata Gembira : KeKadanG tue jeling2 jugak tengok Realiti TV..tapi si dia tak bagi tgok coz jelas menunjukkan orang melayu + Islam nie sukakan hiburan dan sanggup menangis kerana tak berpeluang jadik pemenang pertandingan nyanyian..Bila difikir2kan betul jugak kan??Syukran..
0 orang tumpang melukis:
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda