Allhamdulillah..
Kadang-kadang kita lupa bersyukur Pada Yang Maha Esa,bila kita dikurniakan tubuh yang sihat,pancaindera yang sempurna..
Namun kita tidak pernah terfikir di satu 'DuNia' yang lain,ada insan yang begitu istimewa..mereka bercakap tanpa suara,berbicara tanpa kata-kata...

Ya AllaH,Aku Panjatkan Syukur kerana dikurniakan nikmat yang tidak terhingga ini,pengalaman mengikuti kursus kod tangan begitu mengujakan aku..emm,bertambah sedikit ilmu tentang sign language..tika itulah terdetiklah betapa untungnya dan bertuahnya kita yang dicipta sempurna segalanya..

Kursus selama 5 hari tue cukup buatkan otakku samapai tahap tepu..hehe.Kurang lebih 1500 perkataan bahasa isyarat yang aku belajar..Tapi ntah berapa lah yang still melekat dalam otaaku ini..hehe
Excited n teruja jugak sebenarnya belajar sign language nie..tapi bila dah banyak sangat yang nak dipaksa masuk ke dalam otak,penat jugakla rasanya..Doakan aku berjaya n tabah menagjar pelajar-pelajar istimewa ini..jgnlah aku jadik give-up ditengah jalan..

Berbalik kepada untungnya kita menjadi insan yang boleh mendengar,bertutur..aku baru tahu yang orang-orang istimewa ini bersembahyang setelah diterjemahkan bacaan di dalam solat ke dalam bahasa melayu..dan mereka ini harus imagine dalam hati setiap bacaan dalam solat..itulah kebesatan ALLAH..secara tidak langsung jelaslah bahawa solat itu amat penting dan wajib hatta bagaimana cara sekalipun..

Kemudian terdetik dalam hatiku..jika kita selalu merungut suasana bising n tidak tenang..bersyukurlah kerana itu menunjukkan kita masih mampu mendengar dan yakinlah itulah nikmat namanya walaupun kekadang ia agak membingitkan (Alhamdulillah..aku tinggal di tempat yang aman damai..hehe)

Kepada suami2 yang merungut isterinya suka berleter(hobi kebanyakan isteri aku rasa,termasuk aku kot..hehe)Syukurlah kerana itulah tandanya kita masih ada nikmat mendengar.Begitu juga kepada isteri yang merungut bila suami mereka berdengkur..ucapkan Alhamdulillah kerana telinga kita masih berfungsi sebaiknya dan yang penting sekali,kita masih ada suami di sisi.Anggaplah dengkuran itu irama nan indah untuk mengejutkan kita bangun Subuh di awal pagi:)


Mata Gembira:Doakan aku berjaya menghabiskan pengajaran kepada insan-insan istimewa ini sebaikmungkin..Amiin Ya ALLAH