SALAM...

Kenapa kita perlu berfikir..???


Topik fikir yang diutarakan oleh Ustaz Hassan Din dalam segmen "TANYALAH USTAZ " kat tv9 begitu menarik minat aku pagi tadi..Katanya (dalam bahasa arab..tapi aku just terjemahkan saja la yer..)"Berfikir sesaat akan membawa 1000 kebaikan".Menarik kan?So FIKIR,FIKIR,FIKIR...

Bila direnungkan kembali..banyak jugak tindakan yang kita buat ikut hawa nafsu aja kan??So,berfikirlah dalam setiap tindak-tanduk kerana itulah mulianya insan berbanding makhluk lain yang diciptakan ALLAH..

Di dalam Al-Quran banyak terdapat banyak ayat yang meyuruh kita berfikir..Antaranya adalah


Langit & Bumi dan Kebesaran Allah
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.

(Surah Ali Imran, Ayat 190-191)

Fikir bermakna kita menggunakan akal yang dikurniakan ALLAH sebaiknya...Akal berkait dengan otak..Bagaimana untuk menajamkan dan mengasah akal dan otak kita??Antara tips mudah yang F.O.C(free of charge).Cuma memerlukan istiqamah dan kesungguhan sahaja..Bagaimana caranya??
ZIKIR
Kesan zikir pada otak ialah 14 juta saraf membentuk otak akan berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.berzikir dan mengulangi kalimat-kalimat Allah akan menjadikan kawasan otak semakin aktif.Maka otak akan menjadi aktif secara keseluruhannya.Lagi banyak kita membasahi lidah dengan berzikir,Maka otak menjadi semakin tajam dan hebat....Wallahua'lam
Mata Gembira : Sekadar mengingatkan diri sendiri...