SALAM MAHABBAH
Emmm..tengah semangat update blog nie..best pulak tengok blog jiran2ku yang penuh dengan gambar2..tak boleh jadik nie..So..teringatlah nak masukkan gambar2 insan-insan penting dalam hidupku..


1- Mak dan Ayahku sayang Hj Harun Bin Mat Isa & Hjh Zainab Binti Ahmad

Kalau tanpa mak & ayah mestilah tiada aku kat dunia nie..Mak orangnya garang sikit.Kalau berleter memang hebat.aku rasa bakat mak nie..adala sikit2 turun kat aku..Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik kan..hehe.Bila aku tanya awat mak suka sangat berleter?Mak akan jawab"Sebab berleterlah hangpa semua jadi manusia".Hehe...Tapi la nie mak dah kurang berleter sebab dah x larat katanya..

Ayah macam biasa..jarang sangat nak marah..kekadang aja..ayah jenis yang suka bercerita.Best & asyik dengar ayah kalau bercerita..Aku ikut jejak ayah masuk UM..ayah dulu di Fakulti Sastera..dan dalam kesemua 8 orang anak2 ayah..aku dan adikku(mie) yang ikut jejak ayah menjadi orang yang kidal...hehe


2- Suamiku... (Khairuddin Bin Abd Hamid)


Emm..tengah termenung fikirkan apa tue?

Hehe..waktu nie pun husband dok asyik termenung,sampai x pasan aku snap gambar dia..


Waktu nie dah sedar yang aku curik2 amik gambar dia yang tengah syok dok berangan..hehe.Tue la lain kali jangan suka berangan tau:)

Gambar kat atas nie aku curik2 tangkap sejurus saja husband balik keja..hehe..Baju yang dia pakai tue hadiah dari aku..sempena bezday yang ke-26 .Orangnya caring,loving,sharing..hehe.Aku senang bila bersama-sama dengannya..Apa yang penting selalu aja menjadi peminjam bahu yang setia bila aku sedih and of course pakar motivasi untukku..tenkiu,syukran,toche,arigato.. Semoga kita kekal dalam mawaddah dan rahmah
selamanya..Amiin


3- Kakak dan adik2ku...

Hampir melengkapi one happy family..yang xda dalam gambar nie adikku pipi & ayie ja



Kami yang 8 beradik nie memang kalu masa kecik2 dulu,x sunyi dari gaduh dan usik mengusik..kejap2 dengarlah teriakan yang tak berapa nak merdu dari salah sorang dari kami,terutamanya adikku ainun..emm,masa kecik dulu tak boleh nak usik sikit mesti nangis..boring betul.La nie dah tak kot..dah besar panjang pun..hehe

Kakak yang sulung aku kembar Ainul Husna&Ainul Husni.Dua2 jadik ustazah.Seingat aku depa nie tak pernah berpisah..sampailah pada hari perkahwinan,kahwin pun pada hari yang sama..Depa nie kuat buli adik2 masa kecik2 dulu..la nie dah insafff..hehe.Masing-masing bahagia bersama suami masing2..Kak na (suaminya Amjad Bin Abd Hamid),kak ni (suaminya Norsham)

Kakak aku yang ketiga Ainul Akmar,pun cikgu jugak..kakak yang paling rapat ngan aku..coz kami 'sekepala'.Kalau berjumpa mesti ada ja yang nak disembangkan..Kakak aku nie tengah menanti kelahiran yang ke-2..Semoga semuanya selamat.Dia pun bahagia bersama suaminya yang happy go lucky dan ramah tamah...(Rizman Bin Abdul Rahim)

Adik-adikku Mie,Ayie,Pipi dan Ainun..Mie dok keja kat JB..semoga menjadi engineer yang berjaya,Ayie yang akan sambung belajar di Politeknik KB.belajaq rerajin jangan cari gewe pulok nooo..Pipi yang tak pernah berenggang dengan handphone kesayangannya.Belajar jangan mudah give up.dan tak lupa kat Ainun yang giat membina badan lepas dah abis study nie..aku x sabar nak balik tengok sejauh mana ketembaman hang..hehe



4-Anak-anak sedaraku @ anak menakan

Iffah Amna Binti Amjad

Anak sedara yang paling rapat denganku..rindula kat amna..bila nak mai umah anyang(sampai la nie dia pelat..x boleh nak panggil kat aku anjang,so..panggil anyang pun jadikla...) nie??




Najat Iwani Binti Norsham
Emm..Najat nie peminat setia drama indon(Soleha)..semuanya yang baik tue Soleha...Sampaikan kat umi dia pun dia kata "Umi,cantiknya umi..macam Soleha"..Emm,pengaruh tv nie...






Afham Zuffar Bin Amjad
Budak nakal nie..suka sangat buli akak dan adik dia..nak kena nie..Tetapi kekadang tue manja yang teramat sangat.Nak perhatian la tue..hehe.Pak cik kat kampung aku selalu panggil afham nie tok arab.Coz muka dia macam orang arab kata pak cik tue..Ya ka macam tok arab..adala iras2 pak arab jual minyak atar..Pak arab celup katakan..




Aina Qistina Binti Rizman
Budak yang comel dan manja.Tiap kali jumpa mesti nak suruh belikan dia subang..hehe.Sampaikan kat mak dia pun dia habaq
"Umi,anjang nak beli subang".
Nantila anjang belikan subang ya qistina ya:)





Ahnaf Fahim Bin Amjad

Antara pendatang baru dalam family aku..x banyak bercakap coz belum boleh bercakap lagi..hehe.Selalu jadi mangsa buli abangnya afham..kesian ahnaf,nanti besar ahnaf lawan balik tau..





Rindunya kat anak-anak sedaraku(amna,afham,najat,hafi,ahnaf dan qistina).Gambar Hafi Jahdi aja yang xda..nanti la ya anjang upload ya..and coming soon lagi dua orang..(kak Ni bulan 7 dan Kak Mar bulan 9).So secara x langsung mak & ayahku telah menjadi pengumpul cucu yang berjaya..Giliran aku InsyaAllah..sabar menanti :)


5- Mak & Bapa Mertuaku,Ipar Duai dan Anak-anak buahku yang jauh nun di Senggarang,Batu Pahat Johor + Kulim...

Keluarga baruku nie..memang ceria dan mesra.So happening..Selalu buat aku tak kering gusi bila berkumpul ramai-ramai.Bertuah mengenali dan menjadi sebahagian dari anda semua...

Mata Gembira:....HARGAILAH INSAN DI SEKELILING ANDA...