Salam Nuzul Quran...
Pagi isnin bersamaan 17 Ramadhan,selepas saja bersahur..dan menunaikan solat subuh..sempat aku menekan punat remote astro..channel pilihan aku..103..selepas rancangan mengaji yang diconduct oleh sorang ustazah(nama aku lupa..)lepas tue jeling2 tengok MHI..ralit jugak tengok celoteh Wardina dan Fedtri Yahya..
Apa yang mengejutkan kat aku..bila Wardina baca..sedikit sebanyak berita akhbar hari nie..Nenek Mariam telah meninggal dunia semalam..(kalau yang tak ingat siapa gerangan nenek mariam,rakyat malaysia yang dah lama tinggal di Korea..yang pernah dapat liputan media bila dia mencari dan diketemukan dengan anaknya yang tinggal di Johor..)Itu bukan berita yang mengejutkan sangat...kerna mati itu pasti...
Sebagai umat Islam aku rasa amat terkesan dan sedih (rasanya semua orang Uslam patut rasa apa yang aku rasa..) jika benar seperti yang diwar-warkan nenek mariam berwasiat di kebumikan cara kristian..(betul atau tidak..wallauha'lam..)
Kat sini aku copy paste berita lanjut..bersumber dari berita harian online
Anak kecewa ibu wasiat dikebumi cara Kristian
Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 malam kelmarin waktu Malaysia) ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat. Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007. Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.
Ketika Perang dunia kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943. Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.
Namun, hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007. Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.
Jelani berkata, itulah kali terakhir beliau serta kakak dan adiknya bertemu dengan ibu mereka. "Sejak itu saya langsung tidak mendengar daripadanya... mahupun daripada keluarga anak tirinya, Ji Yong Un, 53, di Seoul. "Hanya pada petang 30 Mei lalu, saya mendapat panggilan daripada Mariam menerusi pelajar Malaysia yang menuntut di sana, Yen Mun Wah, yang menyatakan mak ketika itu tenat dan mak turut menyebut ketiga-tiga nama kami. "Selepas itu tidak lagi ada khabar berita," katanya ketika ditemui selepas berbuka puasa di rumahnya di Taman Kota Jaya di sini. Jelani kelihatan sedih, namun cuba menyembunyikannya dan kerap kali menyentuh mengenai kenangan bersama ibunya ketika wanita itu pulang ke negara ini, dua tahun lalu, termasuk mendengar Mariam mengucap dua kalimah syahadah.
Ditanya sama ada beliau akan ke Korea membawa jenazah ibunya pulang ke negara ini, Jelani berkata beliau difahamkan kos membawa pulang jenazah itu membabitkan kira-kira RM30,000. "Lagipun saya tidak sanggup melihat ibunya dikebumikan cara mereka... rela tidak rela, kami redha dan berserah kepadaNya," katanya. Jelani mengakui beliau dan adik beradik sekeluarga memang mahu ibu mereka dibawa pulang. "Malah ketika beliau masih sihat lagi. Namun apakan daya, tiada siapa dapat membantu kami membawanya pulang, kerajaan negeri pula sudah banyak membantu kami dan kami turut terhutang budi. "Kalau pun ada pihak yang sudi membantu membawa jenazah pulang, kami juga khuatir mengundang pelbagai masalah di Pejabat Agama di sini," katanya.
1 orang tumpang melukis:
agak sedih cerita ni!!!tapi ia akan menjadi iktibar kepada semua yang masih hidup..
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda