Bertempat di Lab3(tempat yang tak dirancang pada mulanya..) aku mulakan kelas ganti..walaupun sedikit kemalasan merajai diri..tapi ku gagahi jua..

Masih dalam bab akidah..rukun iman..hari nie dah masuk rukun iman yang ke-6...
Bicara tanganku bermula dengan apa rukun iman yang ke-6?..macam kebiasaannya..macam2 jawapan yang ada..so,masing-masing menjawab dengan jawapan yang terlintas kat kepala..waduuhhh..semuanya salah..tapi takpa..selalunya memang sebegitu..depa nie mudah lupa..

So,aku pun jawab setelah aku tidak ketemu jawapan yang aku kehendaki..Aku duga lagi ilmu depa dengan tanya apa maksud qada' dan qadar..Dan,jawapan mereka.."tak tahu"..aku jadi sedih..bukan sebab depa tak boleh menjawab..tapi atas keterbatasan komunikasi menjadikan mereka sedikit kurang dari kita dalam hal sebegini..juga sedih sebab aku masih 'miskin' dalam sign language..jadi aku hanya dapat ceritakan sekadar termampu..

So,aku simpulkan kepada mereka..qada' dan qadar adalah apa yang Allah tetapkan dalam hidup seseorang manusia..ajal,jodoh,suka dan duka..

Entah kenapa aku terlintas nak bertanya bagaimana mereka sedar dan tahu yang mereka kurang 2 pancaindera,mendengar dan berkata-kata...sebelum tue aku dah mintak maaf atas soalan aku..mereka tak kisah,katanyaaa=)

Pelbagai jawapan yang aku dapat..ada yang pekak dan bisu sejak lahir,ada yang atas sebab demam panas..dan yang paling menyentuh hati aku bila ada sorang dari depa nie habaq..dia insan normal seperti orang lain sejak lahir..dan mula pekak dan seterusnya bisu bila terjatuh dari buaian (ndoi) waktu umur kurang lebih 5 tahun..dan gegendang telinganya pecah..sekaligus menjadikan dia sepertimana dia sekarang..

Aku menduga depa lagi..soalan aku lebih sensitif kali nie.."Kamu semua sedih tak bila tak dapat dengar dan cakap macam kawan-kawan lain??"..Jawapan mereka amat ringkas..dan seakan seia sekata,mereka menjawab.."SABAR"..

Dan aku cukup tersentuh dengan jawapan yang terlayar di mataku...dan aku tertanya sendiri "Cukup syukurkah kita dengan segala nikmat yang kita terima??"