Ketika aku mengupdate belog nie..dah masuk 9 syawal pun..kerna tak berkesempatan dan ketiadaan broadband..so,sampai PTSS baru ada kesempatan terluang dan peluangnya nak masukkan serba sedikit sambutan raya aku untuk kali ini..

Walau jauh dari keluarga sendiri..kemeriahan tetap aku rasa..memang berbeza..bukan sedikit bezanya..amat jelas dan ketara berbanding sambutan Aidilfiri di tempat jatuh dan bangun aku di Permatang Pauh nun di sebelah utara sana..

Di sini aku belajar buat ketupat nasi..(walaupun bukan belajar menganyam,aku just tolong masukkan beras saja..ok la tue kan??)Beras tue kena rebus selama 4 jam..lepas dah siap diangkat..kena pulak ikat berlima-lima..dari kanan cepat mula..hehe..lastly..gantung kat ampaian..supaya cepat kering..

Kerja-kerja yang aku turut serta sebagai AJK..dari dapur,ruang tamu sampai mop lantai,sebelah malamnya..tapi mop lantai aku just jadi pemberi semangat kat si dia aja..hehe

Aku jugak sempat belajar buat kuah lodeh..ala yang kuah lontong tue..kuah lodeh nie boleh samada ditumis atau direbus..rebus better untuk kurangkan tahap kolestrol yer..Bahan2 untuk kuah lodeh carrot,su-un,pucuk,kacang panjang,tempe(wajib bagi orang jowo..)santan, ikan bilis,udang kering dan sebagainya lagi..

Gambar 1:Aku yang semangat nak jalankan tugas pertama..isi beras dalam kelongsong ketupat..sambil tue gebang2 sikit..

Gambar 2:Aku naik sat kat atas tengok proses menghampar carpet..tolong sikit2 apa yang patut

Gambar 3:Setelah penat..melepak kat sini sat..huhu..sambil tengok anak menakan aku dok make up pokok bunga..huhu

Suatu pagi di hari raya:

Syawal di sini jugak aku cuba2 makan lepat(bukan lepat macam kat utara..)lepat nie dibuat dari pulut campur dengan nyior..rasa kurang lebih macam ketupat pulut atau ketupat palas..so,terubatlah kerinduan nak makan ketupat pulut..kan?? Lepat nie dicicah dengan serunding nyior..(aku tak pernah makan pun sebelum nie..)tapi sedaapp jugak,not bad =)

Raya pertama kat sini..para lelaki akan bermarhaban sepanjang hari,dari pukul 9-12(rehat sampai pukul 2ptg) pastu sambung samapai pukul 6.30ptg..yang perempuan pulak buat apa??buat apa lagi,makan,sembang.makan sembang ler..hehe

Tapi ada jugak kaum lelaki yang melarikan diri dari marhaban..samapi pukul 12 aja..dah syahid..Alasan??kesian biar aku sorang2 kat rumah..aku kan first time beraya kat perantauan..katanya..boleh terima ka alasan nie??hikhik.

Bersalam dengan mak,abah dan suami....




Posing dengan mak mertua, ipar duai dan anak menakan...ala2 nak bernasyid

Sesi bagi duit raya




2 Syawal...

Masa untuk balik Penang..sempat singgah di rumah atok di Muar..usai zuhur kami bertolak pulang dengan girang walaupun sedikit kepenatan=)

Gambar kenangan bersama tok bibah..sebelum bertolak balik
Best jugak raya kat sini..walaupun jauh dari mak ayah..tapi kemeriahan dan keriuhan kat sini menyebabkan aku lupa seketika pada sanak keluarga kat penang..(adakah ini bermakna aku menerima kenyataan beraya di Johor setiap tahun??hehe...