Perjalanan yang sungguh panjang sebelum sampai ke destinasi hari raya aku tahun nie..Aku melangkah 9 negeri semenanjung Malaysia sebelum jejaknya kaki aku di Parit Kemang Baruh..huhu..

Sedikit coretan buat tatapan..

16 September 2009(10 pagi)
Aku menjengah ke Penang terlebih dahulu..berbuka dengan mak ayah dan yang lain..merehatkan mata barang semalam di kampungku yang terchinta itu..

17 September 2009 (6 pagi)
Seusai saja sahur dan solat..enjin kereta menderu menuju ke selatan tanah air...(trafik lancar..).Menjangkaui negeri jelapang padi..

Saat sejam perjalanan mata aku fresh dan segar..dan sejam yang berikutnya..owwhh..tidak..mata yang tadinya ringan kini bagai di gam-gam..Kalau yang yang meletakkan puntung mancis tatkala ini pun tidak lagi menjadi penawar kepada kemengantukan aku ini..So,ubat terbaik adalah....hehe TIDOQ..

Perjalanan yang melepasi selangor membuatku aku sedikit lega(coz..hanya separuh lagi perjalanan yang harus diselesaikan..)Sampai di KL..sempat lagi menjengah ke Jalan TAR dan Sogo..sungguh aku sedikit pun tidak bernafsu nak membeli kat sini..Aku terasa hanya nak belah dari tempat yang terlalu amat ramai..dah macam semut menghurung gula lagaknya..Tetapi demi kenangkan si dia yang belum berbaju raya dan memangnya berhasrat nak beli di sini..aku turutkan jua..hehe

Sogo pun memang penuh sesangat orang..diskaun pun boombastic..sampai 80%..(pandai depa nie pancing customer)..Saat melihat ribuan manusia sibuk asyik membeli tanpa membelahkan lagi diri mereka..aku terfikir..takdak bonus pun macam ni shoppingnya..kalau ada bonus ntah macamana la agaknya..kan??

Pukul 2.30 kami keluar dari ibukota Malaysia nie..Fuuhhh lega..memang teramat lega..Aku macam biasa..meneruskan rutin yang sebentar tadi..sambung tidoq leerr..dah macam lagak orang berzikir kepala aku nie..Tapi memang tahap kemengantukan aku tika dan saat itu tak dapat dikawal lagi..Sedar2 aja..si dia dah stop sat kat R&R Seremban..nak tidoq katanya..Aku pun tidoq lagi ler...haha

Bila mata dah sedikit segar dan sahut seruan tandas..aku mulakan kembali perjalana yang tinggal kurang lebih 2 jam sahaja lagi..menerusi Melaka dan akhirnya exit ke Tol Ayer Hitam..

Dah pukul 5.30 pun waktu tue..sempat lagi beli apa yang patut untuk berbuka nanti..di Bazar Ramadhan Parit Raja atau Parit King..hehe..(kesimpulannya bazar di perda lagi lagi lagi best..hehe)

Sampai di rumah berwarna peach,Parit kemang Baruh,Senggarang,Batu Phat jam 6.30..salam dan sembang serba sedikit..kami berbuka jam 7.08 minit malam..Keletihan dan kelenguhan hampir 12 jam perjalanan meyebabkan aku tidur jam 9.30 malam...(tapi aku bangun awal noo..4.30 pagi keesokannya..hehe)

Sekian,cerita perjalanan berhari raya..dan sepanjang perjalanan itu..mata aku lebih banyak tertutup dari terbuka..(jaga pandanga,ghaddul basor..)hehe...