Dah agak lama aku tak jenguk blog..hari nie baru ada kesempatan nak update..just simple entry...
Salam Ramadhan Mubarak...1 Ramadhan bermula pada hari Sabtu,so..macam2 tafsiran bagi setiap orang..ada yang rasa boring coz taktau nak buat apa..ada yang best coz dapat balik berpuasa di kampung bersama yang tersayang..Aku??tak kisahlah...yang penting ada rezeki bertemu Ramadhan kali ini..Syukur..(next week aku balik..cuti merdeka sekali..tunggguu)
Bila dah berhujung minggu..sempatlah masak yang special sikit..special pada pandangan aku..orang lain tak tau pulak macam mana pandangannya..hehe..Lain padang lain belalang..(yang lepas tue sila sambung sendiri...kalau dapat sambung memang anda pencinta bahasa ibunda..huhu)PILIHAN HATI DI HARI PERTAMA
Apa yang aku masak..??Pilihan hati untuk hari pertama berpuasa ialah.....SOTO AYAM
Begedil Ayam+Kentang(untuk dimakan dengan Soto Ayam..)
Resepi buat kuah soto aku ambil dari laman sesawang http://www.myesepi.com/ .Ini cobaan sulungku..kepada Cik DBA..kalau tak sedap maafin daku ya buk...
0 orang tumpang melukis:
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda