Salam Ramadhan Al Mubarak...

Tetiba aja aku teringat nak masukkan entry nie..Entry apa ya??Entry tentang berjual di bulan puasa..Bulan puasa nie memang berkat kerna melambak2 bazar ramadhan yang ada..dan berbondong-bondong jugak orang yang membeli...So..kebanyakan orang yang berniaga boleh dapat untung ribu riban ler untuk bulan nie sahaja (owh..SORY..sedikit melalut..)

Peristiwa nie berlaku kira-kiranya hari Rabu minggu ni kot..waktu rehat around pukul 1ptg..aku keluar sat dari kawasan tempat aku bekerja..nak cari bahan2 untuk masak berbuka nanti...lepas pekan A,pekan P pulak yang aku singgah..lepas aja masuk kedai terakhirbaru aku terperasan,ada sebuah gerai makan..(seingat aku sebelum ramadhan tak dijual makanan tengahari..hanya waktu petang aja..kalau tak salah perhitungan aku ler..)


Kan lebih baik meniaga di bazar ramadhan??-sekadar gambar hiasan-


Banyak jugak lauk yang terhidang dalam tray mak cik tue..Kurang lebih 12 jenis kot..Jenis lauk yang dia jual tak pulak aku tau..coz takkan aku nak pi jenguk kat kedai dia kan??Sekadar memerhatikan dari jauh aja..

Dalam hati aku..biar betul mak cik dan pak cik nie..pukul 1ptg dah bukak kedai makan jual lauk??Siap ada ikan bakar lagi..herrmm...Dan yang paling terkejut boleh pulak dibuka di tepi jalan terang-terangan.So..aku bersangka baik..mungkin untuk dijual kat orang nak berbuka..(tetapi tidakkah terlalu awal??)..renung-renungkanlah..

Dan sekilas lalu..aku nampak seorang mamat yang masih berhelmet memilih lauk pauk yang mak cik tue sediakan..huhu..siap ada nasi lagi dalam polestrine dia..sabau ajala..Bila balik kampung dan aku cerita kat ayah dan adik..semua terkejut..(coz kat tempat aku ada jugak yang buat keja macamni...tapi dah di warning..)

Adik aku bersangka baik.."Maybe dia beli kat anak dia.." Aku jawab "MUNGKIN.."

Sehingga saat aku menulis kat blog nie..aku tak pasti kedai tue masih beroperasi atau tak...kenapa tak menghormati blan Ramadhan??kenapa mesti bersubahat?Kenapa mesti mencari rezeki dengan cara sebegini??Macam-macam yang aku fikirkan...

Pendapat peribadi aku..kalau niat makcik tue yang menjual untuk yang berpuasa..awat awal sangat..pukul 1 dah jual??Mesti orang tak mau beli..tak fresh..so,orang yang tak berpuasa pulak yang beli nanti..dah jadi bersubahat kan??Rezeki yang berkat lebih bermakna makcik..dari rezeki yang syubahah...

p/s:Kalau sesiapa yang lalu di kawasan berkenaan dan berani nak tegur..lebih baik..aku masih belum ada keberanian itu...dan itu selemah-lemah iman kan??Ampunkan aku Ya Allah..tujuan aku masukkan entry nie pun untuk renungan semua kalau-kalau ada yang lebih kuat imannya...


Mata Gembira:Renung-renungkan dan selamat beramal