Entah kenapa dan mengapa aku teringat nak buat kisah Char Kuey Teow...Kalau bagi rakyat jelata Penang dan seanteronya..CKT nie memang teramatlah familiar..
According to my observation..hehe..memang senang aja nampaknya nak buat CKT nie..bahan2 pun murah aja..Tapi orang kata..nak buat sos or kicap tue yang susah dan membezakan rasa setiap CKT..
So,last week balik PP..aku ngan husband tak melepaskan peluang makan CKT..tak cukup kat Permatang Pauh..kat Sungai Dua pun aku rembat..huahua(tamakkah aku..??)
Malam Ahad aku menuju ke Char Kuey Teow Sg. Dua.
Inilah kedainya...Sila lihat sign itu "Telur Ayam Dibasuh"so..dijamin halal dan suci
Lokasi kedai:berdekatan highway ke SP dan Alor Setar..Jom kita pakat tengok rupa kedai nie..
Menu lain untuk di ngaapp:Selain dari Char Kuey Teow ada jugak jual Nasi Goreng Udang..kurang lebih dua or tiga orang tukang masak yang ada kat sini
Waktu operasi :Setiap hari kecuali Rabu (5 petang - 3 pagi..)kalau tak silap aku
Kecepatan food service:Boleh tahan..tidak sampai tahap menuggu hingga perut yang lapar jadi kenyang coz dah dimasuki angin..
Harga yang wajib dibayar tanpa hutang : CKT saiz biasa :RM3,Besaq:RM4
Komen lidah aku:Boleh layan la char kuey teow kat sini..Orang pun ramai bangat..(majoritinya family..minoritinya couple muda mudi)
Malam Isnin sebelum bertolak balik ke PTSS..husband aku ajak singgah Char Kuey Teow Permatang Pauh pulak..(aikk..bukan tadi kat rumah dan makan nasik ka??huhu..)Jom layan foto ini...Ermm..sedap hingga licin pinggan...kalau tak percaya cubalah
Yang ni pilihan aku malam itu..saiz keciikk..
Lokasi kedai:Tengah pekan PP..tepi jalan..berderetan dengan kedai baju..berdepan dengan kedai gunting rambut IndiaMenu lain untuk dingaapp:Char Kuey Teow sahaja..Oppsss nanti dulu..kat sebelah tue ada kedai satay(pun sedaaapp) dan gerai burger(aku belum pernah cuba lagi..)
Waktu operasi:Aku tak pasti..dari lepas Asar sampai ke pagi..kot
Kecepatan service:Memang cepat..(cuma kekadang ja lambat akibat orang yang terlalu ramai tahap melimpah ruah)
Harga yang perlu dibayar tanpa kompromi:saiz besaq:RM4 dan kecik RM 3..
Komen Lidah aku: Memang paling sedap pernah aku makan..Rugi kalau tak dicuba..
Komen husband aku:..."Ermm,sesedap rasa..semuanya cukup..authentic..hehe"
Sikit sejarah kedai CKT Permatang Pauh
-bermula sekitar 1995.Macamna aku tau??aku tengok kat resit pembayaran..hehe
.Mengikut ayah aku..kedai ni mula dibuka bila kegawatan ekonomi berlaku dan ruan punya kedai sekarang nie terpaksa berhenti kerja...(rahmat sebalik ujian Allah kan??)
-mak aku kata..pernah orang habaq yang palin banyak pernah dikutip dalam sehari adalah RM 3 ribu..Wooww banyaknya...(tapi aku tak sure ini fakta atau auta..rasanya FAKTA)
Jika ikut selera aku..aku paling suka Char Kuey Teow Permatang Pauh(bukan sebab aku anak jati PP ya..).Yang sungai Dua pun best..Akhir kalam..kat Penang semuanya BESTT..hehe
Sebelum aku lupa lagi satu Key's Char Kuey Teow..yang ni no comment coz belum pernah aku cuba..Maybe di lain masa kot...
Mata Gembira:Jalan2 cari makan..hehe
11 orang tumpang melukis:
nmpk sdap...pasnih leh la try..key's char kuey teow 2 pnh dgq.org kta sdap..xpa t da msa n brkesmpatan try bleh p..tgk gambaq ja da mcm nk p ja..hehehehhe
gi la yana..memang best..hehe
nasib bek dia tulis telur ayam dibasuh... kalau la dia tak tulis 'ayam'.... huhuhu sadis....
hehe..apa maksudnya kalau tak da ayam..saya tak faham la..
lec yna kta kt pmtg psir nya char kuey teow pn sdap..kak ainul pnh p x c2?pmtg psir ktna lak..
owhh..ptg pasir dekat ja ngan permatang pauh..dalam 10 minit perjalanan..hehe..tapi ndak pernah pergi pun
waa......nak p nih!
char koey teow kt i city shah alam pun sedap gak....udang besaq2
Mai la jengok kami
Mai la jengok kami
http://m.facebook.com/keys.charkeowteow?id=100000243350029&_rdr
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda