Entry yang lepas aku ulit kenangan di Kelate..la ni nak promo negeri ceq pulak..mana lagi.. Penang ler...Destinasi budget katakan..so,aku pi Bukit Bendera kalau dalam bahasa omputihnya Penang Hill(ada orang yang tanya awat bukan Flag Hill..aku takda jawapannya..)..Seingat aku last aku pi sini masa darjah 2 kot..

Jam 4.00 petang :Sampai ke destinasi yang dituju

Ni lah rupanya Bukit bendera..tak banyak berubah dari dulu..
Ku sangka weekdays tak ramai orang(aku pi hari Isnin..)rupa-rupanya cempedak jadi nangka..Aku dapat tiket pukul 5.00petang..Tandanya aku kena bertapa sejam kat sini la nampaknya..nasib badan..huhu.Tiket murah ja
Dewasa:RM4(kalau tak silap..dah lupa..hehe)
Kanak-kanak:Free(bawah 3 tahun)
Majoriti pelancong dari arab..Ahlan wasahlan =)
Jam 4.15 petang:Melawat mini muzium(untuk hilangkan keboringan yang melampau..)
Salah seorang pengunjung(yang enggan mukanya di popularkan kat sini..) kat mini muzium tue..Pameran berkaitan dengan cable car..Aku kurang minat sikit..hehe
Jam 4.30 petang:Merayau kat sekitar kawasan Bukit Bendera lagi..sambil jeling2 souvenir.Waktu nie la aku sempat beli 1 souvenir untuk diri sendiri..dan bila naik kat atas BB baru ku sedari yang aku telah dik**c*ng oleh nyonya pemilik kedai..Souvenir yang dia jual sekali ganda mahal dari kat atas nun..huhu

Nie la kawasan kedai yang aku maksudkan.Sesapa nak bertandang kat sini nanti jangan beli kat sini tau..kat atas lagi banyak choice(bukan menghasut tapi sekadar ingatan..)

Nie la souvenir yang aku dah terbeli..kuang3.. I have no choice..huhu

Dah boring cuci mata kat kedai..lepak pulak kat bangku batu(yang kat belakang tue tiada kaitan dengan aku yer..huhu)

Jam 4.45 petang:Masa untuk berlepas


Bila tengok ramai mak arab dan pak arab..rasa macam aku pulak foreigner..cheewaaahTime to go..

Sesak macam dalam PUTRA LRT rupanya..selagi boleh sumbat..sumbat ler...so..kipas yang ala-ala gitu tak dapat menyamankan keadaan..tapi takpa la kan??Dah namanya tempat awam..Dapat jugak aku duduk kat dalam cable car..atas ihsan seorang pak arab yang mengangkat plastik manggis miliknya dan jemput aku duduk..Nie anak pak arab tue..Sorang Zubaida(20tahun) dan adiknya yang pemalu..Ibrahim,11 tahun..Sempat aku bersembang dalam broken english+broken arabic..(Mujur dia faham..kiranya ok la tue=)..kan??)

Zubaida sempat bertanya "Apa Khabar?"(dah pandai awek arab nie speaking melayu)dan dia gelak bila tau nama aku Ainul Farhaan sambil tunjukkan kat mata..hehe

Jam 5.30 petang:Sampai at the peak of Penang Hill..(agak sejuk dan nyaman..)

Masing-masing bertebaran mencari tempat terbaik nak tangkap gambar la nie..

Teropong tue kena bayar baru boleh guna..itu pasal tak ramai yang guna..Kalau free...

Kat pejabat pos Bukit Bendera jugak yang jadi pilihan nak candid gambar kan??..huhu

Souvenir untuk officemate..murah3..beli soploh dapat 1 free..hehe(terimalah cendera kenangan sebagai tanda aku ingat kat kengkawan semua..price doesnt matter kan??)

Jam 6.15 petang:It's time 2 BALIKKK

Aku yang sedih bila dah nak balik..hikhik

Atas penang bridge..jam...sabaq2..bukan selalu terperangkap dalam jam..


Pesanan aku:Senyumlah walaupun dalam keadaan jam yang menduga kesabaran...=)

Mata Gembira:Jom pakat pi Penang nu..(free promotion dari aku..iklan tanpa bayaran..F.O.C)