Jom cuba,try,test masak Penang Char Kuey Teow..Resepi nie aku intai-intai dari encik google..So,dalam beberapa minit muncullah resepi nie...dalam myresepi..

Nak masak char kuey teow nie memang senang ..tak banyak bahan [un nak guna dan yang penting 5-6 minit pun dah boleh siap...So,bolehlah cuba..Aku memang minat sangat char kuey teow nie..Coz kat peghelih nie susah nak cari yang ,menepati citarasa lidah aku..masak sendiri is better kan??

Penang Char Kuey Teow

Bahan Paste

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *

200 gm udang

250ml air


4 ulas bawang putih diketuk

6 sb sos tiram3 sk kicap pekat

3 sb kicap manis1 sk petis

2 sb pati ikan bilis / pati udang

2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)1 sk gula

*Bahan Kuey Teow *

300gm kuey teow

1 sb cili boh

kerang

sedikit kucai & taugeh

2 biji telur

Cara memasak paste

Rebus udang dgn air.

Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Cara memasak

Tumis lada boh hingga garing.

Masukkan dlm 4sb paste td.

Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.

Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus memang depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg msk nak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust**kalau utk yg kering tak yah buh air n kurangkan sikit paste tu**kalau tak masuk petis pati ikan bilis tu tambah 1sb lg jd 3sb

Mata Gembira:Selamat Mencuba...