Salam...
Dah masuk seminggu aku abaikan belog nie..Sebab??
Takda cerita nak dibahan dan kurang masa nak diluang..
Sebab masa makin laju..masa makin deras..masa makin cemburu pada aku..
*Senyum...* atau masa bosan melihat aku yang melalaikan dirinya...
Dan mula aku terfikir..
Mana silibus nak dikejar
Mana kelas yang ditinggal nak berganti..
Mana kuiz nak dilangsai..
Mana lambakan assingnment menjerit mintak jangan diabaikan...
Mintak jangan dimarkah terbangkan dirinya,mintak jangan dikati timbangkan...
Mana plan kursus yang mesti disumbang dianjurkan...
Rasa macam baru semalam kenal mengenal pelajar
Rasa macam baru semalam menjerit mengajar
Rasa macam baru semalam membuat rms terkejar-kejar
Semuanya rasa macam..alasan lah tue kan??
*Berhenti seketika..menghayati doa seorang ustaz dalam segmen"tanyalah Ustaz"
Kata sangat sibuk..
Tapi masih berbaki masa melayan FB
Kata amat kalut
Tapi masih sempat mencuri peluang
meluah comment di blog teman dan taulan
Kata amat sempitnya masa..
Tapi masih ada ruang menjalar tangan
menjeling-jeling ke blog shopping online
Alasan sendiri:release tensen..ehehe
Saat ini baru terbit di akal
Ooohhh benarlah kata pepatah puak si hidung mancung berbadan tegap
"Masa itu umpama pedang..
jika engkau tidak memotongnya
maka dia akan memotongmu.."
Tika ini barulah teringat
Ya..benarlah kata yang diwar-warkan puak berkulit cerah bermata kecil
"Masa bagai anak panah
yang terlepas dari busurnya.."
Jam ini baru mula terlintas di ruang medula oblongata
Bait pepatah nenek moyang
"Masa itu emas.."
Benar juga kata Dr.Fadzilah Kamsah dalam tulisannya :Bertangguh menjadi lenguh..
Waktu tulis:Lepas solat subuh dan lepas iron baju,rutin hujung minggu
Mood waktu tulis:Ikhlas..Senang hati sambil fikir malasnya nak study untuk esok..(malas lagi tue..)
Gaya pembacaan en3 ini..: Macam penyajak berwibawa sambil koreksi diri..jangan korek hidung ya..
Apa rancangan selepas en3 nie dipost tanpa setem:Pi pasar nat pokok getah..jom join!!
Tahap keinsafan selepas meluahkan kemalasan diri sendiri..Ermm,RAHSIA..
p/s:Kalau anda terbaca en3 nie..kalau suka senyum kalau tak suka...senyum jugak..hehe(senyum kan sedekah..)
6 orang tumpang melukis:
salam kak ainul..ha pas trbca yana syum jek..pnggunaan ayt n pyusunan frasa yg bek..hehehhe...erm tq 4 comment kak ainul kt blog yana 2..yanaa da ok..
huh, inikan ainul farhaan yang aku knl sjk nilampuri... yang baru 'kengkawan' sjk mengenal PTSS, penuh ber falasafah...aku kagum dan sungguh kagum....;)
yana:frasa yang baik yg takleh diguna wak2 wat ayat karangan spm..huhu
cikdba:ha..baru ida kenal inul??hakhak...Sila catat tarikh ye..mybe berlaku 1HARI dalam 365 hari..ehehe...yang lain berfalsampah...
kreatifff...best ayat2 entry ni ;)
adeh, terkene batang idung sendirik!
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda