Selepas kesedihan dan kesunyian beraya sekaligus menjadi penunggu ofis..Jumaat datang lagi..!!Dan balik Penang lagi..Kebetulan semua adik,kakak dan anak-anak menakan aku pun ada bagi memeriahkan lagi suasana raya..So,aku kembali gumbira..
Usai solat isyak baru aku keluar dari pos pengawal pak guard PTSS..husband singgah jumpa kenalan lama masa kat UM lagi..(dah lama tak jumpa katanya..)So,aku menanti penuh kesabaran..
Tetiba dapat call dari mak..."Hang balik tak minggu ne.."
Jawapan ringkas aku"Balik..tapi dok kat Knagaq lagi nie..Awat mak??"
"Haa..bukan apa..bilik hotel rumah kita tak cukup..fully booked..kak Na dan anak2nya pun balik.."
Aku membalas dengan nada sedih(hehe..)"Ya ka??...."
Mak memintas tanpa amaran"Tapi Kak Ni ajak tidoq rumah dia.."
Aku kembali ceria.."Ok...tapi kami lewat sampai.."(sambil teringat lan kami berdua nak singgah pekena Char Kuey Teow dulu..hikhik
*Maaf cerita di atas tiada kaitan dengan raya..sekadar berkongsi saja..huhu*
Keesokannya balik Permatang Pauh,touch up apa yang patut..dan bersedia nak pi beraya rumah sanak sedara..Tapi kan,ada pulak dua gadis melayu terakhir nak ikut..siap dah sibuk2 cari baju kutti(merujuk kepada baju puteri yang di atas fabrik tertera snow white..sedikit pelat tue yang jadi kutti tue..)
Alkisahnya cerita ceritit aku sepanjang beraya di Penang bersama family...Bila Ahad menjelang semuanya pulang ke tempat berkhidmat masing-masing...dan rumah mak ayah kembali sunyi...
0 orang tumpang melukis:
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda