KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Salam...

Dah masuk seminggu aku abaikan belog nie..Sebab??
Takda cerita nak dibahan dan kurang masa nak diluang..
Sebab masa makin laju..masa makin deras..masa makin cemburu pada aku..

*Senyum...* atau masa bosan melihat aku yang melalaikan dirinya...

Dan mula aku terfikir..
Mana silibus nak dikejar
Mana kelas yang ditinggal nak berganti..
Mana kuiz nak dilangsai..
Mana lambakan assingnment menjerit mintak jangan diabaikan...
Mintak jangan dimarkah terbangkan dirinya,mintak jangan dikati timbangkan...
Mana plan kursus yang mesti disumbang dianjurkan...

Rasa macam baru semalam kenal mengenal pelajar
Rasa macam baru semalam menjerit mengajar
Rasa macam baru semalam membuat rms terkejar-kejar
Semuanya rasa macam..alasan lah tue kan??


*Berhenti seketika..menghayati doa seorang ustaz dalam segmen"tanyalah Ustaz"

Kata sangat sibuk..
Tapi masih berbaki masa melayan FB

Kata amat kalut
Tapi masih sempat mencuri peluang
meluah comment di blog teman dan taulan

Kata amat sempitnya masa..
Tapi masih ada ruang menjalar tangan
menjeling-jeling ke blog shopping online

Alasan sendiri:release tensen..ehehe

Saat ini baru terbit di akal
Ooohhh benarlah kata pepatah puak si hidung mancung berbadan tegap
"Masa itu umpama pedang..
jika engkau tidak memotongnya
maka dia akan memotongmu.."

Tika ini barulah teringat
Ya..benarlah kata yang diwar-warkan puak berkulit cerah bermata kecil
"Masa bagai anak panah
yang terlepas dari busurnya.."

Jam ini baru mula terlintas di ruang medula oblongata
Bait pepatah nenek moyang
"Masa itu emas.."

Benar juga kata Dr.Fadzilah Kamsah dalam tulisannya :Bertangguh menjadi lenguh..


Waktu tulis:Lepas solat subuh dan lepas iron baju,rutin hujung minggu
Mood waktu tulis:Ikhlas..Senang hati sambil fikir malasnya nak study untuk esok..(malas lagi tue..)
Gaya pembacaan en3 ini..: Macam penyajak berwibawa sambil koreksi diri..jangan korek hidung ya..
Apa rancangan selepas en3 nie dipost tanpa setem:Pi pasar nat pokok getah..jom join!!
Tahap keinsafan selepas meluahkan kemalasan diri sendiri..Ermm,RAHSIA..

p/s:Kalau anda terbaca en3 nie..kalau suka senyum kalau tak suka...senyum jugak..hehe(senyum kan sedekah..)

-Disedut dari google images-

Ada yang tanya..bila nak udate blog nie??...hehe..Baru ku sedar dah seminggu nak mengupdate blog..kesibukan melanda + takda cerita nak dikongsi..banyak pasal open house dan makan2 aja..nanti kalau wat en3 yang sama orang boring pulok kan..??

Minggu nie..minggu audit..dan semalam bersamaan Jumaat "odit dah datang"..untuk mengaudit FRP..dan aku antara yang diaudit..untuk kali nie..orang yang diaudit diminta masuk meghadap orang yang mengaudit..Tatkala sebelum dipanggil..aku tengah rancak berborak dengan cik dba dan cik fiz..Borak pasal apa??Hehe..borak dan sembang pasal cara nak menghadapi auditor...(kira nie sembang berilmiah la nie..)

Mau ketaq2 juga dan debarnya bukan sedikit..takut jugak..tapi bila auditor tue nampak mesra..maka debaran tadi sedikit hilang..Harap semuanya OK....(kalau ada yang terkurang tue kena dibuat pembetulanlah nampaknya)..Lepas dah abis mengadap auditor..lega sikit..dah lepas disoal siasat..tunggu keputusannya saja...Dan terlintas jugak "apasai tak ambik FRP orang lain.."(nie fikiran jahat menerjah nie..tak baik kan??)..Bila pikiaq balik OK jugak..boleh tahu yang mana yang kita buat selama nie kita rasa BETUL tapi yang sebenarnya SALAH....

Next week..hari Jumaat jugak aku akan di observe oleh Ustaz Jak...doakan semuanya OK dan aku tak keketaran nanti bila di observe...walau dulu pernah di observe Ustaz Jak..tapi debaran masih lagi merajai diri...

Dan aku terfikir nak buat set induksi apa ntah??

Oklah..nak berhenti sat..nak sambung layannn "Syurga Cinta.."(cantik,kuat beragama,lemah lembut)..Jumpa lagi di lain masa dan hari..InsyaAllah ;)

Mata Gembira:Cerita dua kali Jumaat..satu dah pergi(tapi mungkin kembali..) dan satu lagi ondaway..

Masih dalam cerita sekitar bulan Syawal..semalam aku berkesempatan join 1 jamuan aidilfitri..anjuran student SUP4..Aku antara yang dijemput coz aku mengajar pelajar2 OKU di PTSS nie...

So,ditemani cik fiz..kami pun melangkah dengan semangat untuk makan ke Banquet Hall...Jamuan nie turut dihadiri oleh OKU sekitar Perlis...

Makanan memang banyak dan sodaappp..tapi aku taklah makan banyak sangat,coz sebelum pi aku dah membedal mee goreng cik dba..hukhuk...

Kat bawah nie aku tempek gambar2 yang aku sempat snap...layaannn..

(*sila klik pada gambar untuk tumbesaran *)

Dari kejauhan aku nampak student aku yang gumbira dapat jumpa kawan 'seangkatan'

Antara yang hadir....


Bersama student aku...makan jangan tak makan

-Gambar bukan sebagai hiasan-hehe..
Selamat berhenti dari kerehatan yang panjang
Selamat bangun awal dan tak boleh tidoq selepas subuh
Selamat mengemas apa yang patut
Selamat membancuh kopi dan teh
Selamat menjadi pekerja berwibawa
Selamat kembali berjauhan dari mak dan ayah
Selamat merasa pahit manis alam bekerja
Selamat merasa hidup di rumah sewa
Selamat berjaya...
p/s:Dapat gaji jangan lupa belanja orang yang menjadi pemandu sepanjang di poli nuuu...hehe

Jom cuba,try,test masak Penang Char Kuey Teow..Resepi nie aku intai-intai dari encik google..So,dalam beberapa minit muncullah resepi nie...dalam myresepi..

Nak masak char kuey teow nie memang senang ..tak banyak bahan [un nak guna dan yang penting 5-6 minit pun dah boleh siap...So,bolehlah cuba..Aku memang minat sangat char kuey teow nie..Coz kat peghelih nie susah nak cari yang ,menepati citarasa lidah aku..masak sendiri is better kan??

Penang Char Kuey Teow

Bahan Paste

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *

200 gm udang

250ml air


4 ulas bawang putih diketuk

6 sb sos tiram3 sk kicap pekat

3 sb kicap manis1 sk petis

2 sb pati ikan bilis / pati udang

2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)1 sk gula

*Bahan Kuey Teow *

300gm kuey teow

1 sb cili boh

kerang

sedikit kucai & taugeh

2 biji telur

Cara memasak paste

Rebus udang dgn air.

Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Cara memasak

Tumis lada boh hingga garing.

Masukkan dlm 4sb paste td.

Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.

Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus memang depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg msk nak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust**kalau utk yg kering tak yah buh air n kurangkan sikit paste tu**kalau tak masuk petis pati ikan bilis tu tambah 1sb lg jd 3sb

Mata Gembira:Selamat Mencuba...

Selepas kesedihan dan kesunyian beraya sekaligus menjadi penunggu ofis..Jumaat datang lagi..!!Dan balik Penang lagi..Kebetulan semua adik,kakak dan anak-anak menakan aku pun ada bagi memeriahkan lagi suasana raya..So,aku kembali gumbira..

Usai solat isyak baru aku keluar dari pos pengawal pak guard PTSS..husband singgah jumpa kenalan lama masa kat UM lagi..(dah lama tak jumpa katanya..)So,aku menanti penuh kesabaran..

Tetiba dapat call dari mak..."Hang balik tak minggu ne.."
Jawapan ringkas aku"Balik..tapi dok kat Knagaq lagi nie..Awat mak??"
"Haa..bukan apa..bilik hotel rumah kita tak cukup..fully booked..kak Na dan anak2nya pun balik.."
Aku membalas dengan nada sedih(hehe..)"Ya ka??...."
Mak memintas tanpa amaran"Tapi Kak Ni ajak tidoq rumah dia.."
Aku kembali ceria.."Ok...tapi kami lewat sampai.."(sambil teringat lan kami berdua nak singgah pekena Char Kuey Teow dulu..hikhik

*Maaf cerita di atas tiada kaitan dengan raya..sekadar berkongsi saja..huhu*

Keesokannya balik Permatang Pauh,touch up apa yang patut..dan bersedia nak pi beraya rumah sanak sedara..Tapi kan,ada pulak dua gadis melayu terakhir nak ikut..siap dah sibuk2 cari baju kutti(merujuk kepada baju puteri yang di atas fabrik tertera snow white..sedikit pelat tue yang jadi kutti tue..)

Atas sifat empati yang tinggi dalam jiwa aku,aku angkut dua-dua gadis nie pi beraya...Dari Sungai Dua sampai ke Sungai Petani aku bawak..sepanjang tempoh itu..3 kali depa nie berkelai(bergaduh)..huhu
Gambar bawah: Orang sibuk beraya..depa nie sibuk main dengan burung puyuh..Nie lah jadinya ..Lepas tue pakat pi tengok monyet pulak..Last2 aina qistina ajak aku pi tengok buaya pulak..Mak aaaii mana nak pi cari buaya..buaya darat ada kot.hehe


Gambar bawah:Aku snap on the way ke SP..(rumah mak menakan aku..)Waktu mood kedua-dua anak gadis ini tenang..siap main rimau2 lagi dalam kereta aku yang bersaiz S..itu belum lagi MPV...mau depa nie main aci ligan kot..




Alkisahnya cerita ceritit aku sepanjang beraya di Penang bersama family...Bila Ahad menjelang semuanya pulang ke tempat berkhidmat masing-masing...dan rumah mak ayah kembali sunyi...

Nak kongsi pengalaman aku bekerja pada minggu awal bulan Syawal..Sedih bangaatt..sunyi,lengang,kosong aja PTSS terchenta nie..Parking pun kosong ja..trafik lancar..takda dah dua tiga lapis parking kat depan JPA..

Jam pun rasa lambat yang teramat sangat berjalan..baru pukul 9pagi.Aku dah rasa panas punggung dalam ofis ie..Walaupun temperature aircond mencecah tahap dingin beku..huhu...

Keadaan di depan JPA..kereta persona PHP4150,dan wira hijau PFD sahaja....

Parking JTM pun amat tenang dari kesesakan seperti selalunya
Bukan sekadar sunyi dan sedih..tapi alahai susahnya nak mencari makanan nak diisi perut yang asyik berirama padang pasir nie..last2 balik rumah masak apa yang patut..dan terfikirlah mesti kengkawan yang lain bergumbira menikmati ayam palembanglah,ayam percik kelantanlah,sira labu,puding marble,puluit mangga,mee tomyam dan sebagainya..Aku jugak makan nasi kosong..hehe

Mata Gembira:Itu pasal semua manusia perlukan kawan..kalau tak sunyi,hidup pun suram,muram...

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)