KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Ketika aku mengupdate belog nie..dah masuk 9 syawal pun..kerna tak berkesempatan dan ketiadaan broadband..so,sampai PTSS baru ada kesempatan terluang dan peluangnya nak masukkan serba sedikit sambutan raya aku untuk kali ini..

Walau jauh dari keluarga sendiri..kemeriahan tetap aku rasa..memang berbeza..bukan sedikit bezanya..amat jelas dan ketara berbanding sambutan Aidilfiri di tempat jatuh dan bangun aku di Permatang Pauh nun di sebelah utara sana..

Di sini aku belajar buat ketupat nasi..(walaupun bukan belajar menganyam,aku just tolong masukkan beras saja..ok la tue kan??)Beras tue kena rebus selama 4 jam..lepas dah siap diangkat..kena pulak ikat berlima-lima..dari kanan cepat mula..hehe..lastly..gantung kat ampaian..supaya cepat kering..

Kerja-kerja yang aku turut serta sebagai AJK..dari dapur,ruang tamu sampai mop lantai,sebelah malamnya..tapi mop lantai aku just jadi pemberi semangat kat si dia aja..hehe

Aku jugak sempat belajar buat kuah lodeh..ala yang kuah lontong tue..kuah lodeh nie boleh samada ditumis atau direbus..rebus better untuk kurangkan tahap kolestrol yer..Bahan2 untuk kuah lodeh carrot,su-un,pucuk,kacang panjang,tempe(wajib bagi orang jowo..)santan, ikan bilis,udang kering dan sebagainya lagi..

Gambar 1:Aku yang semangat nak jalankan tugas pertama..isi beras dalam kelongsong ketupat..sambil tue gebang2 sikit..

Gambar 2:Aku naik sat kat atas tengok proses menghampar carpet..tolong sikit2 apa yang patut

Gambar 3:Setelah penat..melepak kat sini sat..huhu..sambil tengok anak menakan aku dok make up pokok bunga..huhu

Suatu pagi di hari raya:

Syawal di sini jugak aku cuba2 makan lepat(bukan lepat macam kat utara..)lepat nie dibuat dari pulut campur dengan nyior..rasa kurang lebih macam ketupat pulut atau ketupat palas..so,terubatlah kerinduan nak makan ketupat pulut..kan?? Lepat nie dicicah dengan serunding nyior..(aku tak pernah makan pun sebelum nie..)tapi sedaapp jugak,not bad =)

Raya pertama kat sini..para lelaki akan bermarhaban sepanjang hari,dari pukul 9-12(rehat sampai pukul 2ptg) pastu sambung samapai pukul 6.30ptg..yang perempuan pulak buat apa??buat apa lagi,makan,sembang.makan sembang ler..hehe

Tapi ada jugak kaum lelaki yang melarikan diri dari marhaban..samapi pukul 12 aja..dah syahid..Alasan??kesian biar aku sorang2 kat rumah..aku kan first time beraya kat perantauan..katanya..boleh terima ka alasan nie??hikhik.

Bersalam dengan mak,abah dan suami....




Posing dengan mak mertua, ipar duai dan anak menakan...ala2 nak bernasyid

Sesi bagi duit raya




2 Syawal...

Masa untuk balik Penang..sempat singgah di rumah atok di Muar..usai zuhur kami bertolak pulang dengan girang walaupun sedikit kepenatan=)

Gambar kenangan bersama tok bibah..sebelum bertolak balik
Best jugak raya kat sini..walaupun jauh dari mak ayah..tapi kemeriahan dan keriuhan kat sini menyebabkan aku lupa seketika pada sanak keluarga kat penang..(adakah ini bermakna aku menerima kenyataan beraya di Johor setiap tahun??hehe...

Perjalanan yang sungguh panjang sebelum sampai ke destinasi hari raya aku tahun nie..Aku melangkah 9 negeri semenanjung Malaysia sebelum jejaknya kaki aku di Parit Kemang Baruh..huhu..

Sedikit coretan buat tatapan..

16 September 2009(10 pagi)
Aku menjengah ke Penang terlebih dahulu..berbuka dengan mak ayah dan yang lain..merehatkan mata barang semalam di kampungku yang terchinta itu..

17 September 2009 (6 pagi)
Seusai saja sahur dan solat..enjin kereta menderu menuju ke selatan tanah air...(trafik lancar..).Menjangkaui negeri jelapang padi..

Saat sejam perjalanan mata aku fresh dan segar..dan sejam yang berikutnya..owwhh..tidak..mata yang tadinya ringan kini bagai di gam-gam..Kalau yang yang meletakkan puntung mancis tatkala ini pun tidak lagi menjadi penawar kepada kemengantukan aku ini..So,ubat terbaik adalah....hehe TIDOQ..

Perjalanan yang melepasi selangor membuatku aku sedikit lega(coz..hanya separuh lagi perjalanan yang harus diselesaikan..)Sampai di KL..sempat lagi menjengah ke Jalan TAR dan Sogo..sungguh aku sedikit pun tidak bernafsu nak membeli kat sini..Aku terasa hanya nak belah dari tempat yang terlalu amat ramai..dah macam semut menghurung gula lagaknya..Tetapi demi kenangkan si dia yang belum berbaju raya dan memangnya berhasrat nak beli di sini..aku turutkan jua..hehe

Sogo pun memang penuh sesangat orang..diskaun pun boombastic..sampai 80%..(pandai depa nie pancing customer)..Saat melihat ribuan manusia sibuk asyik membeli tanpa membelahkan lagi diri mereka..aku terfikir..takdak bonus pun macam ni shoppingnya..kalau ada bonus ntah macamana la agaknya..kan??

Pukul 2.30 kami keluar dari ibukota Malaysia nie..Fuuhhh lega..memang teramat lega..Aku macam biasa..meneruskan rutin yang sebentar tadi..sambung tidoq leerr..dah macam lagak orang berzikir kepala aku nie..Tapi memang tahap kemengantukan aku tika dan saat itu tak dapat dikawal lagi..Sedar2 aja..si dia dah stop sat kat R&R Seremban..nak tidoq katanya..Aku pun tidoq lagi ler...haha

Bila mata dah sedikit segar dan sahut seruan tandas..aku mulakan kembali perjalana yang tinggal kurang lebih 2 jam sahaja lagi..menerusi Melaka dan akhirnya exit ke Tol Ayer Hitam..

Dah pukul 5.30 pun waktu tue..sempat lagi beli apa yang patut untuk berbuka nanti..di Bazar Ramadhan Parit Raja atau Parit King..hehe..(kesimpulannya bazar di perda lagi lagi lagi best..hehe)

Sampai di rumah berwarna peach,Parit kemang Baruh,Senggarang,Batu Phat jam 6.30..salam dan sembang serba sedikit..kami berbuka jam 7.08 minit malam..Keletihan dan kelenguhan hampir 12 jam perjalanan meyebabkan aku tidur jam 9.30 malam...(tapi aku bangun awal noo..4.30 pagi keesokannya..hehe)

Sekian,cerita perjalanan berhari raya..dan sepanjang perjalanan itu..mata aku lebih banyak tertutup dari terbuka..(jaga pandanga,ghaddul basor..)hehe...

18 September 2006-aku mula menjejakkan kaki di bumi Ulu Pauh...first posting aku,di PTSS tercinta...memang janggal sangat2 aku nie dengan negeri paling kecik kat utara nan satu ini..seingat aku baru sekali pernah aku melangkah kat sini..

Bila diingat-ingat balik..waktu memula register sini pun dah lucu rasanya..aku sampai lewat dan PTSS nie amat besar di mata aku..sampaikan aku tersalah tempat..(aku mendaki tangga sampai ke unit L.I)hikhik...walaupun cik azierah dah bagi instruction yang lengkap lagi padat..tapi aku blurrrr..Aku ingat lagi kak shitah and kak melia kata"Nie nak daftar pelajar baru ka??"hikhik..aku tak marah..nie menunjukkan aku nie muda...hehe atau gaya aku yang takut2 tue macam budak-budak baru nak mendaftar atau baju aku yang aku pakai tak gaya macam lecterur...huhu

Sebagai maklumat tambahan sepanjang tempoh lapor diri kat sini...ayah aku jadi bodyguard from Penang untuk aku tau...hehe,lucu pulak bila diingat2 kan..haha..Kawan2 yang sama sepostingan dengan aku ..memang ramai...so,aku gumbira...taklah sunyi nanti..sebab dah ada geng..terutamanya rakan rempit aku..cik azierah..

Lepas tue penat pulak naik tangga turun tangga tingkat 5..angkut barang maaa...punyalah banyak gila..mau turun beberapa kilo berat aku..(dah tak payah nak makan jusmate Dr.Rozmey dah..)Bila dah dapat rumah..elektriknya ngakk ada pulak...so,apa kes nie??bergelap gelita bertemankan cahaya lilin lah aku,cik dba dan najiah..hukhuk(baguslah jugak..boleh merasai kesusahan orang macam dalam Bersamamu)

Mujur malam tue..ada insan yang simpati..Kak Ida..ajak kami bermalam atau dalam erti kata lain,menumpang sementara bab elektrik nie settle..memang malu nak menumpang..tapi kami bertiga menumpang jugak..jasamu dikenang kak ida =)

Aku,cik dba,cik azierah dan najiah merempit pi JPA..sampailah najiah beli kelisa comelnya tue...kesian kan??tapi best jugak..aku macam biasa...membonceng dengan azierah..(wei mesti hang cemuih kan??asyik bawak aku aja..dari zaman um sampai zaman kerja..mujur tak sampai zaman aku kawin nu??hehe)..Kami pi bazar ramadhan pun merempit jugak..sesekali terkenang jugak..kehebatan rempitan najiah dan kelembutan tunggangan cik azierah..hehe

Pastu..cik dba pulak gah dengan myvi putih berbunga mekar miliknya..aku menumpang lagi..hujung minggu berderap ke giant,jitra..semua dengan dia..aku gumbira lagi..hehe

Cik Fiz memang sedia ada kancil putihnya...pernah membawa aku sampai ke Kuala Nerang nun..dasat sungguh waktu tue..Kelas pun tak banyak..setakat 6 jam aja kalau nak dibandingkan dengan la nie..

Di sini jugak aku kenal dengan macam2 latar manusia..macam2 ragam..macam2 idea..macam2 cara dan pendek cerita macam2 ada..kan??
Semuanya yang ada di JPA semuanya baik...setiap orang akan ada kekurangan..aku juga begitu dan mereka juga begitu kan??Ragam manusia jugaklah yang akan mewarnai hidup kita kan??
Aku gumbira kerna dapat kawan2 satu cube yang best..sue,aini,kak lin,nad,nor..dan x-cube aku..kak yan,kak ani,kak lina,najiah,kak wa,joe...
Jiran cube..dara pingitan malaya..azierah,cik dba,cik fiz,miss amie
Jiran2 lain...ustz yasir,adanz,ajak,kak roza,ustaz sepuan,ustaz x-kj,ustazah kj,..dan ramai lagilah..
Dah 3 tahun di sini..aku terfikir jugak..apa sumbangan aku kat sini ya??ntahlah..tapi sekurang2nya aku pernah mendidik pelajar di sini(itupun kalau mereka terima didikan aku lah..)
Jika dihitung kira antara student yang pernah menerima didikan dan sesekali leteran aku..Sit1a,dip1,dkm,skm2a,spp2,dhk1.dhk2.dds,ddv,dds1b,dke1c,dke1b,dpm1,dsk1a,khk,shk1,shk2,moral hampir setiap sem,dan tidak dilupa..Kelab Kembara 2007-tetap dan berpencen kot..hikhik..)

So..sedikit coretan kenagan dan saat indah yang pernah mewarnai kanvas hidup aku...



Mata Gembira:Sampai bila aku berkhidmat di sini nooo??Apa??sampai jadi KJ??possible??Owh..impossible..haha

Salam Aidilfitri Min Aidil Wal Faiizin..

Di kesempatan ini..sepuluh jari aku susun jika ada

tersalah kata

terguris jiwa

tercuit terasa

terkasar bicara

terusik sini sana

terlajak mengata...........

Post aku kali nie khas aku tujukan buat:

warga JPA(ustazah kj,ajak nordin berpesan,cik dba,azierah,cik fiz,amie,sue,aini,nor,madam lin,nad,kak zie,adanz,ustazhus,napi,kak ida,ustazsafuan,ustazzul,iruwan,akmal,pion,hanifi..)harap2 takda nama yang tertinggal kot nu...walau tak semua baca blog nie..tapi tanda aku hargai kamu semua..hehe

yang pernah menjadi rakan sejawat di JPA (kak yan,kak alina,kak wa,najiah,ustz shahril,harris,kak roza,encik nizam,kak ani.ustaz pengetua kamsis..)

Student yang sentiasa diingati dan mengingati aku(syafiq dhk3..tq ats kadraya..hafizi,all students dhk2 dan semua yang pernah menjadi student aku termasuk student kelab kembara..hehe)

rakan2 yang aku kenal dan hanya kenal di alam maya ejay sekeluarga,zhaneez-craft(anis)ilyana,izwana,aziS,kawan2 smai dan semualah..

mak ayah dan family semua juga family sebelah suami

suami yang terchinta

p/s:walau di manapun kalian aidilfitri kali ini,aku doakan semoga kebahagiaan menjadi milik kalian dan hati2 di jalanraya...=)

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)