KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Tetiba aja aku teringat nak masukkan entry nie..Entry apa ya??Entry tentang berjual di bulan puasa..Bulan puasa nie memang berkat kerna melambak2 bazar ramadhan yang ada..dan berbondong-bondong jugak orang yang membeli...So..kebanyakan orang yang berniaga boleh dapat untung ribu riban ler untuk bulan nie sahaja (owh..SORY..sedikit melalut..)

Peristiwa nie berlaku kira-kiranya hari Rabu minggu ni kot..waktu rehat around pukul 1ptg..aku keluar sat dari kawasan tempat aku bekerja..nak cari bahan2 untuk masak berbuka nanti...lepas pekan A,pekan P pulak yang aku singgah..lepas aja masuk kedai terakhirbaru aku terperasan,ada sebuah gerai makan..(seingat aku sebelum ramadhan tak dijual makanan tengahari..hanya waktu petang aja..kalau tak salah perhitungan aku ler..)


Kan lebih baik meniaga di bazar ramadhan??-sekadar gambar hiasan-


Banyak jugak lauk yang terhidang dalam tray mak cik tue..Kurang lebih 12 jenis kot..Jenis lauk yang dia jual tak pulak aku tau..coz takkan aku nak pi jenguk kat kedai dia kan??Sekadar memerhatikan dari jauh aja..

Dalam hati aku..biar betul mak cik dan pak cik nie..pukul 1ptg dah bukak kedai makan jual lauk??Siap ada ikan bakar lagi..herrmm...Dan yang paling terkejut boleh pulak dibuka di tepi jalan terang-terangan.So..aku bersangka baik..mungkin untuk dijual kat orang nak berbuka..(tetapi tidakkah terlalu awal??)..renung-renungkanlah..

Dan sekilas lalu..aku nampak seorang mamat yang masih berhelmet memilih lauk pauk yang mak cik tue sediakan..huhu..siap ada nasi lagi dalam polestrine dia..sabau ajala..Bila balik kampung dan aku cerita kat ayah dan adik..semua terkejut..(coz kat tempat aku ada jugak yang buat keja macamni...tapi dah di warning..)

Adik aku bersangka baik.."Maybe dia beli kat anak dia.." Aku jawab "MUNGKIN.."

Sehingga saat aku menulis kat blog nie..aku tak pasti kedai tue masih beroperasi atau tak...kenapa tak menghormati blan Ramadhan??kenapa mesti bersubahat?Kenapa mesti mencari rezeki dengan cara sebegini??Macam-macam yang aku fikirkan...

Pendapat peribadi aku..kalau niat makcik tue yang menjual untuk yang berpuasa..awat awal sangat..pukul 1 dah jual??Mesti orang tak mau beli..tak fresh..so,orang yang tak berpuasa pulak yang beli nanti..dah jadi bersubahat kan??Rezeki yang berkat lebih bermakna makcik..dari rezeki yang syubahah...

p/s:Kalau sesiapa yang lalu di kawasan berkenaan dan berani nak tegur..lebih baik..aku masih belum ada keberanian itu...dan itu selemah-lemah iman kan??Ampunkan aku Ya Allah..tujuan aku masukkan entry nie pun untuk renungan semua kalau-kalau ada yang lebih kuat imannya...


Mata Gembira:Renung-renungkan dan selamat beramal

Salam,mungkin agak lewat untuk aku potretkan beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang keberadaan aku di tempat kejadian..

Alkisahnya..aku balik kampung pada hari mengundi..coz ada hal sikit...alang-alang dah pijak bumi Permatang Pauh..terus aku singgah untuk tunaikan kewajipan mengundi..

Antara yang dapat dilihat pada hari kejadian..tak lain tak bukan JAM..kurang lebih 2km dari sekolah tempat aku membuang undi..(Sekolah Lay Keow Permatang Pauh).Mungkin juga kesesakan disebabkan lokasi sekolah tue yang dekat dan hampir dengan laluan utama ke Permatang Pasir
Italic
Aku yang stuck dalam kesesakan itu..

Kesesakan yang melanda


Ada juga yang mengambil kesempatan mencelah sana sini(merujuk kepada lori di depan kereta kami..)
Bila aku dah terselamat dari kesesakan itu..kereta dari arah bertentangan pulak yang menerima nasib serupa.(jutaan terimakasih kepada polis trafik yang mengawal keadaan..)

Bila dah pilihanraya..maka yang paling meriah tak lain tak bukan..PERANG POSTER


Antara kawasan yang menjadi tempat menampal poster kedua-dua parti



Pendek kata..semua tempatlah ada aja yang digantung poster dan bendera..
p/s:Saat aku post entry nie..keputusan dah pun diketahui...dan aku sudah TIGA kali mengundi=)

Salam,ofis aku terutamanya teman 1 kiub aku kebanyakannya cuti..Sempena awal Ramadhan dan cuti sekolah,so..ramai yang ambil kesempatan ke kampung halaman berbuka bersama keluarga..

Mai aku kenalkan teman 1 kiub dengan aku(kenal nama aja la..gambar tak boleh coz semuanya dah not available ,sorang aja yang masih single tu pun NOT AVAILABLE..betul tak??)

Kak Lin..bersama keluarga tercinta di kampung Sik,Kedah
Suhaila ..pulang menyambut Ramadhan bersama keluarga di Kuala Terengganu
Nor..balik ke kampung di Penang,berbuka bersama ibu tercinta
Nadiah..juga bercuti

So,yang tinggal hanya aku dan Aini saja lah..sunyi lah sikit...

Lengang aja waktu nie...ofificemate bercuti...BEST nya..huhu.Waktu aku snap nie Aini pergi berjuang..mendidik anak bangsa speaking LONDON.huhu

Dah agak lama aku tak jenguk blog..hari nie baru ada kesempatan nak update..just simple entry...

Salam Ramadhan Mubarak...1 Ramadhan bermula pada hari Sabtu,so..macam2 tafsiran bagi setiap orang..ada yang rasa boring coz taktau nak buat apa..ada yang best coz dapat balik berpuasa di kampung bersama yang tersayang..Aku??tak kisahlah...yang penting ada rezeki bertemu Ramadhan kali ini..Syukur..(next week aku balik..cuti merdeka sekali..tunggguu)

Bila dah berhujung minggu..sempatlah masak yang special sikit..special pada pandangan aku..orang lain tak tau pulak macam mana pandangannya..hehe..Lain padang lain belalang..(yang lepas tue sila sambung sendiri...kalau dapat sambung memang anda pencinta bahasa ibunda..huhu)

PILIHAN HATI DI HARI PERTAMA

Apa yang aku masak..??Pilihan hati untuk hari pertama berpuasa ialah.....SOTO AYAM

Inilah rupa Soto Ayam yang aku masak hari pertama berpuasa..


Begedil Ayam+Kentang(untuk dimakan dengan Soto Ayam..)

Sardin Roll

Resepi buat kuah soto aku ambil dari laman sesawang http://www.myesepi.com/ .Ini cobaan sulungku..kepada Cik DBA..kalau tak sedap maafin daku ya buk...

PILIHAN HATI DI HARI KEDUA

Nasi Daging cicah dengan air asam,kena pulak dengan dalca...

Puding..tak berapa menjadi..aku meang fail sikit bab nak buat puding nie...huhu

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)