KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

-Gambar bukan sebagai hiasan-hehe..
Selamat berhenti dari kerehatan yang panjang
Selamat bangun awal dan tak boleh tidoq selepas subuh
Selamat mengemas apa yang patut
Selamat membancuh kopi dan teh
Selamat menjadi pekerja berwibawa
Selamat kembali berjauhan dari mak dan ayah
Selamat merasa pahit manis alam bekerja
Selamat merasa hidup di rumah sewa
Selamat berjaya...
p/s:Dapat gaji jangan lupa belanja orang yang menjadi pemandu sepanjang di poli nuuu...hehe

Jom cuba,try,test masak Penang Char Kuey Teow..Resepi nie aku intai-intai dari encik google..So,dalam beberapa minit muncullah resepi nie...dalam myresepi..

Nak masak char kuey teow nie memang senang ..tak banyak bahan [un nak guna dan yang penting 5-6 minit pun dah boleh siap...So,bolehlah cuba..Aku memang minat sangat char kuey teow nie..Coz kat peghelih nie susah nak cari yang ,menepati citarasa lidah aku..masak sendiri is better kan??

Penang Char Kuey Teow

Bahan Paste

Bahan-bahan ( 2 org )

* UTK PASTE *

200 gm udang

250ml air


4 ulas bawang putih diketuk

6 sb sos tiram3 sk kicap pekat

3 sb kicap manis1 sk petis

2 sb pati ikan bilis / pati udang

2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)1 sk gula

*Bahan Kuey Teow *

300gm kuey teow

1 sb cili boh

kerang

sedikit kucai & taugeh

2 biji telur

Cara memasak paste

Rebus udang dgn air.

Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

Air rebusan jgn buang....Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

Cara memasak

Tumis lada boh hingga garing.

Masukkan dlm 4sb paste td.

Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata.

Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus memang depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg msk nak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust**kalau utk yg kering tak yah buh air n kurangkan sikit paste tu**kalau tak masuk petis pati ikan bilis tu tambah 1sb lg jd 3sb

Mata Gembira:Selamat Mencuba...

Selepas kesedihan dan kesunyian beraya sekaligus menjadi penunggu ofis..Jumaat datang lagi..!!Dan balik Penang lagi..Kebetulan semua adik,kakak dan anak-anak menakan aku pun ada bagi memeriahkan lagi suasana raya..So,aku kembali gumbira..

Usai solat isyak baru aku keluar dari pos pengawal pak guard PTSS..husband singgah jumpa kenalan lama masa kat UM lagi..(dah lama tak jumpa katanya..)So,aku menanti penuh kesabaran..

Tetiba dapat call dari mak..."Hang balik tak minggu ne.."
Jawapan ringkas aku"Balik..tapi dok kat Knagaq lagi nie..Awat mak??"
"Haa..bukan apa..bilik hotel rumah kita tak cukup..fully booked..kak Na dan anak2nya pun balik.."
Aku membalas dengan nada sedih(hehe..)"Ya ka??...."
Mak memintas tanpa amaran"Tapi Kak Ni ajak tidoq rumah dia.."
Aku kembali ceria.."Ok...tapi kami lewat sampai.."(sambil teringat lan kami berdua nak singgah pekena Char Kuey Teow dulu..hikhik

*Maaf cerita di atas tiada kaitan dengan raya..sekadar berkongsi saja..huhu*

Keesokannya balik Permatang Pauh,touch up apa yang patut..dan bersedia nak pi beraya rumah sanak sedara..Tapi kan,ada pulak dua gadis melayu terakhir nak ikut..siap dah sibuk2 cari baju kutti(merujuk kepada baju puteri yang di atas fabrik tertera snow white..sedikit pelat tue yang jadi kutti tue..)

Atas sifat empati yang tinggi dalam jiwa aku,aku angkut dua-dua gadis nie pi beraya...Dari Sungai Dua sampai ke Sungai Petani aku bawak..sepanjang tempoh itu..3 kali depa nie berkelai(bergaduh)..huhu
Gambar bawah: Orang sibuk beraya..depa nie sibuk main dengan burung puyuh..Nie lah jadinya ..Lepas tue pakat pi tengok monyet pulak..Last2 aina qistina ajak aku pi tengok buaya pulak..Mak aaaii mana nak pi cari buaya..buaya darat ada kot.hehe


Gambar bawah:Aku snap on the way ke SP..(rumah mak menakan aku..)Waktu mood kedua-dua anak gadis ini tenang..siap main rimau2 lagi dalam kereta aku yang bersaiz S..itu belum lagi MPV...mau depa nie main aci ligan kot..




Alkisahnya cerita ceritit aku sepanjang beraya di Penang bersama family...Bila Ahad menjelang semuanya pulang ke tempat berkhidmat masing-masing...dan rumah mak ayah kembali sunyi...

Nak kongsi pengalaman aku bekerja pada minggu awal bulan Syawal..Sedih bangaatt..sunyi,lengang,kosong aja PTSS terchenta nie..Parking pun kosong ja..trafik lancar..takda dah dua tiga lapis parking kat depan JPA..

Jam pun rasa lambat yang teramat sangat berjalan..baru pukul 9pagi.Aku dah rasa panas punggung dalam ofis ie..Walaupun temperature aircond mencecah tahap dingin beku..huhu...

Keadaan di depan JPA..kereta persona PHP4150,dan wira hijau PFD sahaja....

Parking JTM pun amat tenang dari kesesakan seperti selalunya
Bukan sekadar sunyi dan sedih..tapi alahai susahnya nak mencari makanan nak diisi perut yang asyik berirama padang pasir nie..last2 balik rumah masak apa yang patut..dan terfikirlah mesti kengkawan yang lain bergumbira menikmati ayam palembanglah,ayam percik kelantanlah,sira labu,puding marble,puluit mangga,mee tomyam dan sebagainya..Aku jugak makan nasi kosong..hehe

Mata Gembira:Itu pasal semua manusia perlukan kawan..kalau tak sunyi,hidup pun suram,muram...

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)