KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Salam Ramadhan Al Mubarak...

Tetiba aja aku teringat nak masukkan entry nie..Entry apa ya??Entry tentang berjual di bulan puasa..Bulan puasa nie memang berkat kerna melambak2 bazar ramadhan yang ada..dan berbondong-bondong jugak orang yang membeli...So..kebanyakan orang yang berniaga boleh dapat untung ribu riban ler untuk bulan nie sahaja (owh..SORY..sedikit melalut..)

Peristiwa nie berlaku kira-kiranya hari Rabu minggu ni kot..waktu rehat around pukul 1ptg..aku keluar sat dari kawasan tempat aku bekerja..nak cari bahan2 untuk masak berbuka nanti...lepas pekan A,pekan P pulak yang aku singgah..lepas aja masuk kedai terakhirbaru aku terperasan,ada sebuah gerai makan..(seingat aku sebelum ramadhan tak dijual makanan tengahari..hanya waktu petang aja..kalau tak salah perhitungan aku ler..)


Kan lebih baik meniaga di bazar ramadhan??-sekadar gambar hiasan-


Banyak jugak lauk yang terhidang dalam tray mak cik tue..Kurang lebih 12 jenis kot..Jenis lauk yang dia jual tak pulak aku tau..coz takkan aku nak pi jenguk kat kedai dia kan??Sekadar memerhatikan dari jauh aja..

Dalam hati aku..biar betul mak cik dan pak cik nie..pukul 1ptg dah bukak kedai makan jual lauk??Siap ada ikan bakar lagi..herrmm...Dan yang paling terkejut boleh pulak dibuka di tepi jalan terang-terangan.So..aku bersangka baik..mungkin untuk dijual kat orang nak berbuka..(tetapi tidakkah terlalu awal??)..renung-renungkanlah..

Dan sekilas lalu..aku nampak seorang mamat yang masih berhelmet memilih lauk pauk yang mak cik tue sediakan..huhu..siap ada nasi lagi dalam polestrine dia..sabau ajala..Bila balik kampung dan aku cerita kat ayah dan adik..semua terkejut..(coz kat tempat aku ada jugak yang buat keja macamni...tapi dah di warning..)

Adik aku bersangka baik.."Maybe dia beli kat anak dia.." Aku jawab "MUNGKIN.."

Sehingga saat aku menulis kat blog nie..aku tak pasti kedai tue masih beroperasi atau tak...kenapa tak menghormati blan Ramadhan??kenapa mesti bersubahat?Kenapa mesti mencari rezeki dengan cara sebegini??Macam-macam yang aku fikirkan...

Pendapat peribadi aku..kalau niat makcik tue yang menjual untuk yang berpuasa..awat awal sangat..pukul 1 dah jual??Mesti orang tak mau beli..tak fresh..so,orang yang tak berpuasa pulak yang beli nanti..dah jadi bersubahat kan??Rezeki yang berkat lebih bermakna makcik..dari rezeki yang syubahah...

p/s:Kalau sesiapa yang lalu di kawasan berkenaan dan berani nak tegur..lebih baik..aku masih belum ada keberanian itu...dan itu selemah-lemah iman kan??Ampunkan aku Ya Allah..tujuan aku masukkan entry nie pun untuk renungan semua kalau-kalau ada yang lebih kuat imannya...


Mata Gembira:Renung-renungkan dan selamat beramal

Salam,mungkin agak lewat untuk aku potretkan beberapa gambar yang sempat aku snap sepanjang keberadaan aku di tempat kejadian..

Alkisahnya..aku balik kampung pada hari mengundi..coz ada hal sikit...alang-alang dah pijak bumi Permatang Pauh..terus aku singgah untuk tunaikan kewajipan mengundi..

Antara yang dapat dilihat pada hari kejadian..tak lain tak bukan JAM..kurang lebih 2km dari sekolah tempat aku membuang undi..(Sekolah Lay Keow Permatang Pauh).Mungkin juga kesesakan disebabkan lokasi sekolah tue yang dekat dan hampir dengan laluan utama ke Permatang Pasir
Italic
Aku yang stuck dalam kesesakan itu..

Kesesakan yang melanda


Ada juga yang mengambil kesempatan mencelah sana sini(merujuk kepada lori di depan kereta kami..)
Bila aku dah terselamat dari kesesakan itu..kereta dari arah bertentangan pulak yang menerima nasib serupa.(jutaan terimakasih kepada polis trafik yang mengawal keadaan..)

Bila dah pilihanraya..maka yang paling meriah tak lain tak bukan..PERANG POSTER


Antara kawasan yang menjadi tempat menampal poster kedua-dua parti



Pendek kata..semua tempatlah ada aja yang digantung poster dan bendera..
p/s:Saat aku post entry nie..keputusan dah pun diketahui...dan aku sudah TIGA kali mengundi=)

Salam,ofis aku terutamanya teman 1 kiub aku kebanyakannya cuti..Sempena awal Ramadhan dan cuti sekolah,so..ramai yang ambil kesempatan ke kampung halaman berbuka bersama keluarga..

Mai aku kenalkan teman 1 kiub dengan aku(kenal nama aja la..gambar tak boleh coz semuanya dah not available ,sorang aja yang masih single tu pun NOT AVAILABLE..betul tak??)

Kak Lin..bersama keluarga tercinta di kampung Sik,Kedah
Suhaila ..pulang menyambut Ramadhan bersama keluarga di Kuala Terengganu
Nor..balik ke kampung di Penang,berbuka bersama ibu tercinta
Nadiah..juga bercuti

So,yang tinggal hanya aku dan Aini saja lah..sunyi lah sikit...

Lengang aja waktu nie...ofificemate bercuti...BEST nya..huhu.Waktu aku snap nie Aini pergi berjuang..mendidik anak bangsa speaking LONDON.huhu

Dah agak lama aku tak jenguk blog..hari nie baru ada kesempatan nak update..just simple entry...

Salam Ramadhan Mubarak...1 Ramadhan bermula pada hari Sabtu,so..macam2 tafsiran bagi setiap orang..ada yang rasa boring coz taktau nak buat apa..ada yang best coz dapat balik berpuasa di kampung bersama yang tersayang..Aku??tak kisahlah...yang penting ada rezeki bertemu Ramadhan kali ini..Syukur..(next week aku balik..cuti merdeka sekali..tunggguu)

Bila dah berhujung minggu..sempatlah masak yang special sikit..special pada pandangan aku..orang lain tak tau pulak macam mana pandangannya..hehe..Lain padang lain belalang..(yang lepas tue sila sambung sendiri...kalau dapat sambung memang anda pencinta bahasa ibunda..huhu)

PILIHAN HATI DI HARI PERTAMA

Apa yang aku masak..??Pilihan hati untuk hari pertama berpuasa ialah.....SOTO AYAM

Inilah rupa Soto Ayam yang aku masak hari pertama berpuasa..


Begedil Ayam+Kentang(untuk dimakan dengan Soto Ayam..)

Sardin Roll

Resepi buat kuah soto aku ambil dari laman sesawang http://www.myesepi.com/ .Ini cobaan sulungku..kepada Cik DBA..kalau tak sedap maafin daku ya buk...

PILIHAN HATI DI HARI KEDUA

Nasi Daging cicah dengan air asam,kena pulak dengan dalca...

Puding..tak berapa menjadi..aku meang fail sikit bab nak buat puding nie...huhu


Nasihat Ramadhan(Nada Murni)
Bulan ramadhan
Bulan bertuah
Bulan ibadah bulan mujahadah
Bulan rahmat bulan maqfirah
Bulan al quran dan lailatulqadar


Besar ramadhan dgn puasa
Di waktu malamnya tambahkan ibadah
Bacalah al quran bykkanlah sedekah
Terwaih kerjakanlah walaupun sunnat


Pelihara mata jagalah telinga
Kawallah lidah dari yg sia-sia
Fikirkanlah yg mendatangkan faedah
Hubungkan hatimu dgn Allah


Zikir selawat doa panjatkan
Pahala ramadhan diganda-gandakan
Jangan lupakan jangan lalaikan
Ramadhan tiba setahun sekali

Bulan ramadhan bayarlah fitrah
Untuk membersihkan hati dan diri
Sebagai bantuan kepada yang susah
Agar mereka gembira dihari raya

Allahu ya Allah
Kepada -Mu kami beriman
Kerana- Mu kami berpuasa
Di bulan ini bulan yang mulia
Kami mohon rahmat ya Allah
Keampunan Mu wahai Tuhan

Banyakkkan iktikaf di sepuluh hari terakhir
Lailatulqadar berlaku di malam itu
Kitakan mendapat pahala yang besar
Seperti beribadah seribu bulan
Sumber: lirik nasyid
Mata Gembira:Dah lama tak dengar nasyid nie..memang syahdu..nak pula dialunkan oleh suara merdu Munif(Hijjaz)

Petang Jumaat yang berbahagia..lepas aja kelas moral,menderu aku balik ke rumahku syurgaku..Seperti rutin kebiasaannya..aku mengemas dan lap apa yang patut..rehatkan mata dan minda...

Dalam asyik dok lelapkan mata..aku tersedar jam dah hampir pukul 3..So,apalagi..(tak reti2 nak ke ofis??..hehe..)aku pun mekap apa yang patut ala kadar..terus aja meluru keluar tanpa ada keraguan...Lantas menekan punat tombol pintu yang kian usang itu..


Tiba-tiba..ALAMAK!!...mana kunci kereta aku??OHH TIDAK!!!..aku lupa ambill..dan itu bukan persoalan yang besaq..yang lebih besarnya..kunci rumah aku datangkan dalam 1 pakej yang sama..Apa nak dikata??


Apa yang terlintas kat benak fikiran..macam mana aku nak pi ofis??Kalau terkurung dalam rumah OK jugak mengular tak pi ofis..ni takkan nak melilau kat sekeliling blok persis orang sedang tawaf??Sungguh tidak masuk akal...


TINNNGGG.
Dapat idea.telefon jiran depan rumah..minta bantuan kecemasan...Walau sedang memoralkan anak didiknya..tapi dia tetap sudi datang demi aku..sayang juga dia kat aku..hehe
(Aku teringat lirik wonderpets..Ada orang dalam kesusahan,Ini serius..kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudahh...Wonder DBA..)hehe..sekadar memuji..huhu

Tq 4 lend me your hands..hehe

Bila bantuan dah datang semuanya dah selamat...Nak tau kenapa bila jiran aku datang semuanya selamat dan aku dapat masuk ke rumah dengan amannya??Pelik tapi Benar..kunci rumahnya boleh membuka pintu rumah aku??Ermm,,adakah dia dapat masterkey??namun dia bukanlah masterji...Maybe ada sesuatu di situ..Jangan biarkan diri anda diselubungi misterriii...


Sekian sekadar coretan dan catatan di petang Jumaat (1 hari sebelum Ramadhan menjelma..)



p/s:Gam Saham Nida...cik DBA


Mata Gembira:Friend indeed is a friend inneed

Sesekali aku teringat Ramadhan dulu-dulu,
Rindu pada bunyi senduk dan kuali tanda mak aku sedang menyiapkan masakan istimewa untuk kami sekeluarga bersahur..

Rindu pada bau wanginya tumisan lauk pauk hasil air tangan mak..

Rindu aku pada suara garau ayah yang memang tidak pernah jemu mengejutkan kami untuk bangun sahur..

Sesekali aku teringat Ramadahan dulu-dulu..

Bila ada yang dipercik air lantaran kemalasan dan meninggalkan tilam empuk

Bila ada yang masam mencuka bila tiada tempat di meja makan untuk bersahur..dan akhirnya kena makan di hamparan tikar,bersimpuh bersila

Bila ada yang menjeling kerna tidak puas hati bila ayam goreng yang diidamkan telah menjadi milik orang lain

Bila ada yang dicubit mak,dijentik ayah lantaran suka menyakat adik ketika masih dinihari di waktu sahur..

Sesekali aku teringat Ramadhan dulu-dulu

Tatkala mak mula sibuk di dapur memasak juadah santapan berbuka

Tatkala ayah membawa pulang beberapa bungkus air tebu untuk menghilangkan keringnya tekak lantaran seharian berpuasa

Tatkala ayah memang tidak pernah lupa membelikan sayur keladi kegemaran aku

Tatkala ayah membeli bunga api untuk kami semua

Tatkala ayah senyum bersama sebungkus bubur lambuk makanan wajib bagi kami semua

Tatkala ada yang termangu di meja makan 20 minit sebelum waktu berbuka..

Tatkala ada yang bermasam muka rebutkan tempat VIP di meja makan

Tatkala ada yang bermuram durja terpaksa mengalah berbuka di hamparan tikar mengkuang..mengalah bukan beerti kalah..

Sesekali aku teringat segalanya..

Kini,semuanya sudah dewasa..bersama tanggungjawab sendiri..

Kini,ayah tidak sesihat dulu lagi untuk menunggang motosikal ke sana kemari..

Kini,aku juga tidak bole selalu merasa masakan sahur ibuku

Kerna..

Kini,aku sudah ada tanggungjawab tersendiri..

Kerna kini,aku juga sama seperti mak aku yang akan setia mengalunkan irama kuali dan senduk menyiapkan juadah bersahur..

Juga untuk orang yang tercinta..sama seperti yang mak lakukan

Juga demi orang yang disayangi..tidak ubah sepertimana yang ayah tunaikan

Aku jadi rindu pada saat suka duka bersama keluarga..

p/s:Aku doakan mak dan ayah serta adik beradikku sentiasa sihat dan Ramadhan kali ini bertambahlah amalan hendaknya.Mak ayah,tunggu aan balik next week..hehe

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Mata Gembira:kesimpulannya..aku memang kurang berseni bab jiwang-jiwang nie

Sedang aku asyik bersenang-lenang kat rumah..telinga aku menangkap bunyi sms dari handphone aku yang sering kehausan bateri tue..tapi aku abaikan saja coz mataku teramatlah beratnya..so,terlelaplah aku barang sepicing sahaja..hehe

Bila dah segar bugar mata aku pun menuju rengok sms dari siapa pulak tue..Owwhh..dari Hadi(student istimewa) nak bagi makanan yang dia dan kengkawannya masak..

Wah..ini dah kira rejeki Allah tentukan =) Aku suka..hehe..Dipendekkan cerita..aku suruh dia tungguuu...bila sampai JPA nampaklah kelibat Hadi,Khairunnisa dan Helmi Marini..terima kasih daun keladi ya..hehe..Esok saya balas bekasnya..Harap2 bukan bekas kosong la..Tapi kalau kosong pun kamu semua tak marah kan??kan??..

Sempat jugak aku bagi kat rakan2 kiub aku dan yang sekitar dengannya...Apa yang depa bagi kat aku??Nak tengok....??

Ni haaa..Nasi Goreng dan Ikan Siakap Stim kot..Boleh tahan sedapnya...Good Try!!
Dah selesai bab Nasi Goreng..Kak Lin pulak bagi Kek Pisang+Oat..Kak Lin nie kira tauke kek yang kian menepa nama kat ofis aku..hehe..Kalau rajin jenguk2 la blog dia..macam2 jenis kek ada...hehe
Kek yang Kak Lin bagi boleh aku buat minum petang..kan??Jutaan kalungan terima kasih ya..Kalau ikut bahasa korea..Gam Saham Nida..(betul tak cik dba??)

Dipersembahkan Kek Pisang Oatmeal...baik untuk kesihatan..hehe

Mata Gembira :Officemate aku memang BEST..hehe

Entah kenapa dan mengapa aku teringat nak buat kisah Char Kuey Teow...Kalau bagi rakyat jelata Penang dan seanteronya..CKT nie memang teramatlah familiar..


According to my observation..hehe..memang senang aja nampaknya nak buat CKT nie..bahan2 pun murah aja..Tapi orang kata..nak buat sos or kicap tue yang susah dan membezakan rasa setiap CKT..


So,last week balik PP..aku ngan husband tak melepaskan peluang makan CKT..tak cukup kat Permatang Pauh..kat Sungai Dua pun aku rembat..huahua(tamakkah aku..??)


Malam Ahad aku menuju ke Char Kuey Teow Sg. Dua.

Inilah kedainya...Sila lihat sign itu "Telur Ayam Dibasuh"so..dijamin halal dan suci

Lokasi kedai:berdekatan highway ke SP dan Alor Setar..Jom kita pakat tengok rupa kedai nie..

Menu lain untuk di ngaapp:Selain dari Char Kuey Teow ada jugak jual Nasi Goreng Udang..kurang lebih dua or tiga orang tukang masak yang ada kat sini

Waktu operasi :Setiap hari kecuali Rabu (5 petang - 3 pagi..)kalau tak silap aku

Kecepatan food service:Boleh tahan..tidak sampai tahap menuggu hingga perut yang lapar jadi kenyang coz dah dimasuki angin..

Harga yang wajib dibayar tanpa hutang : CKT saiz biasa :RM3,Besaq:RM4

Komen lidah aku:Boleh layan la char kuey teow kat sini..Orang pun ramai bangat..(majoritinya family..minoritinya couple muda mudi)

Malam Isnin sebelum bertolak balik ke PTSS..husband aku ajak singgah Char Kuey Teow Permatang Pauh pulak..(aikk..bukan tadi kat rumah dan makan nasik ka??huhu..)

Jom layan foto ini...Ermm..sedap hingga licin pinggan...kalau tak percaya cubalah

Yang nie saiz besaq..udang pun banyak..

Yang ni pilihan aku malam itu..saiz keciikk..

Lokasi kedai:Tengah pekan PP..tepi jalan..berderetan dengan kedai baju..berdepan dengan kedai gunting rambut India

Menu lain untuk dingaapp:Char Kuey Teow sahaja..Oppsss nanti dulu..kat sebelah tue ada kedai satay(pun sedaaapp) dan gerai burger(aku belum pernah cuba lagi..)

Waktu operasi:Aku tak pasti..dari lepas Asar sampai ke pagi..kot

Kecepatan service:Memang cepat..(cuma kekadang ja lambat akibat orang yang terlalu ramai tahap melimpah ruah)

Harga yang perlu dibayar tanpa kompromi:saiz besaq:RM4 dan kecik RM 3..

Komen Lidah aku: Memang paling sedap pernah aku makan..Rugi kalau tak dicuba..
Komen husband aku:..."Ermm,sesedap rasa..semuanya cukup..authentic..hehe"


Sikit sejarah kedai CKT Permatang Pauh
-bermula sekitar 1995.Macamna aku tau??aku tengok kat resit pembayaran..hehe
.Mengikut ayah aku..kedai ni mula dibuka bila kegawatan ekonomi berlaku dan ruan punya kedai sekarang nie terpaksa berhenti kerja...(rahmat sebalik ujian Allah kan??)

-mak aku kata..pernah orang habaq yang palin banyak pernah dikutip dalam sehari adalah RM 3 ribu..Wooww banyaknya...(tapi aku tak sure ini fakta atau auta..rasanya FAKTA)

Jika ikut selera aku..aku paling suka Char Kuey Teow Permatang Pauh(bukan sebab aku anak jati PP ya..).Yang sungai Dua pun best..Akhir kalam..kat Penang semuanya BESTT..hehe

Sebelum aku lupa lagi satu Key's Char Kuey Teow..yang ni no comment coz belum pernah aku cuba..Maybe di lain masa kot...

p/s:Penang tanpa CKT macam Melaka tanpa asam pedas..Kelantan tanpa Nasi Kerabu..Johor tanpa Lontong..hehe

Mata Gembira:Jalan2 cari makan..hehe

Jam di tangan hampir 11.00 pagi ketika mana aku dan Cik DBA melangkah menuruni tangga menuju ke cafe..Selesai memilih menu yang ala kadar..Aku terus menghayun tangan menyuap masuk ke mulutku yang ternganga dengan lauk daging masak kicap yang sedap...

Tiba-tiba..jeng jeng jeng(aku masukkan elemen seram..)dari ekor mataku aku ternampak kelibat seseorang bernaju putih.Aku dapat agak siapa gerangannya..Dengan di tangannya ada beberapa cucuk nugget dan apalagi ntah..(berdiet ker??)

Sembang serba sedikit dan akhir sembang gebang kami..telinga aku disapa dengan ayat yang paling aku nak dengar

Si baju putih:"Malam nie tak payah masak tau cik ainul(panggilan biasa untuk aku walau aku dah merangkap title puan sebenarnya..tapi aku tak kisah sangat pun..hehe) dengan cik nida..saya nak belanja"

Aku:"Ya ka??(sekadar berbasa basi menyembunyikan kegumbiraanku itu..huhu"

Si Baju putih:Ya betoi la..orang nak belanja nie..dapat kupon free..(katanya dalam loghat peqelih yang masih pekat dan sebati dengan jiwanya..huhu)jangan mara haaa..

Janji manis yang ditabur si baju putih aku pegang dan aku tak masak...

Bila balik ja dari ofis..tak sempat nak sembahyang lagi..dah dapat sms dari si baju putih..

Sms dia kurang lebih macamnilah bunyinya

"saya dah siap sangkut depan pintu"

Aku reply "Saya dah siap ambik sangkutan itu..Terima kasih"

Dia balas lagi"Saya dapat voucher dari kawan..dia anak menakan pak mail toke HPA..yang lebihnya saya bagi kat kawan-kawan..cukup tak ayam tue??

Aku jawab"Cukup...(yang tersiratnya menunjukkan aku ni makan sikit aja..huahua

Jom tengok lokasi di mana RFC tue disangkut..



Kat sinilah biasanya jiran2 aku sangkut menyangkut makanan...sama macam si baju putih

Lets jom tengok pulak isi di dalamnya

*Taraa*

*

*

5 ketul ayam yang bersaiz L...memang cukup untuk kami berdua..Satu untuk aku,satu untuk engkau,dua untuk aku,dua untuk engkau..setengah lagi untuk aku setengah jugak untuk engkau..hehe =)

Memang Sedaapp..nak pulak makan free..Sokonglah produk muslim

Aku ada pantun untuk si baju putih

Bangun pagi gosok gigi,

Kalau boleh bagilah lagi..

Terima kasih daun keladi,

Kalau boleh memang nak lagi...

p/s:Kepada si baju putih tenkiu atas ingatan kamu itu..huhu..bagusnya,sapa la agaknya ustajah kamu eh??pandai didik anak murid sampai sebaik hati itu..hehe

Mata Gembira:Rezeki jangan sesekali ditolak..musuh jangan pulak dicari...

Cuti yang tak disangka-sangka aku ambik hari nie(hari Rabu)..Ntah kat mana silapnya..mungkin terlalu banyak aku sumbat dalam perut kot..Makan samapai tak heeengaat yang perut aku jenis tak tahan..huuhu


So,inilah pengakhirannya..tak pi kerja..Aku tak minat sangat nak cuti yang tak dirancang nie..Coz teramatlah boring..Ini serius..(ikut nada wonderpets).Keseorangan ja kat rumah nak buat apalagi??senaman matalah jawabnya...huhu


Apa yang aku tertinggal hari nie
1-Kuiz 1 DKE1B
2-Mengajar kelas DNS1A
3-Meeting JPA
4-Makan ala2 ayam KFC kat cafe..huuhu(mujur dah makan RFC semalam)


Aku bukan sengaja nak ponteng..kalau ponteng tak payah wat replacement class tak pa..nie bab nak buat replacement yang aku teramatlah MALASSS..huhu..Nak pulak hari Rabu la paling meriah aku punya schedule..huahua..Apa bukti aku semangat nak pi kerja hari ini??

Ni haa...dah aku siap kemaskan beg sekolah aku dari malam tadi..hehe


Beg nie seingat aku dah berusia kurang lebih setahun setengah..tahan jugak nampaknya..Aku beli kat Padang Besaq..masa aku pi membeli dan membelah dengan cik DBA..merangkap jiran depan rumahku..huhu

Nak tau apa yang aku buat cuti nie??Hermm..lepas ja makan ubat..aku tidoq sepuasnya..dah terlajak tidoq badan jadi makin letih rupanya...maka diri jadi makin malas...Mujuq juga aku bawa balik kuiz para student aku..marking paper setakat yang mampu..ada yang OK ada yang KO...(ni kes tak baca buku la nie..??memang nak kena dengan aku..)


Inilah helaian transkrip jawapan student aku..pen merah WAJIB ada dalam pencil case setiap orang bergelar cikgu mahupun lecterur..kan??


Sambil marking paper..buka tv jap..serius takda rancangan yang menarik pun..jadi beruntunglah lagi kalau pi bekerja memerah otak dan keringat demi mendidik anak bangsa..last2 aku tutup aja tv tue..rancangan tak membina minda langsung..lawak pun semua lawak sinikal and slapstik..(citer P.Ramlee gak best..)

p/s:pssttt..kengkawan ofis merindui aku tak??huhu..walau tak rindu sekalipun mesti teringat kat aku kan??hehe..tq 2 demo yang sms caring kepada aku..huahua(bukan saja pensyarah yang caring tapi jugak lecterur yang caring maring..)




Mata Gembira:Apa yang dok bermain kat fikiran aku..Nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti ZzzzZ,nak ZZZzzz

Congratulations and celebration..na..na..na..na.Sekalung tahniah dari aku untuk adik ipar aku yang telah berjaya with flying colours menggengam segulung ijazah dalam bidang Kejurutueraan Awam..Tahniah jugak dah kurang lebih 2 bulan menjadi lecterur di Kolej Mara..(psstt,pssstt..duit gaji dah dapat..jangan lupa belanja noo..)

Kat bawah ini aku tempekkan gambar sekitar majlis convo yang turut dihadiri mantan PM.. Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai pemberi ijazah kepada para graduan

Barisan graduan yang riang dan senyum sampai telinga..Aku tak nampak batang hidung Sal waktu nie..So,main hentam snap je la gambar sesapa pun..huhu

Mak mertua dan husband masuk dewan..Aku??layan screen kat luar aja..Nak masuk takda tiket pulok..Kat mana aku melepak??Jom tengok

*tiing*
*tuing*

*jengjengjeng*

Kat sini aku lepak sorang2 jer..In the end tue dah teramat boring..snap ja gambar sendiri..hehe

Bila dah nak habis majlis convo..aku pusing2 kat Kompleks tue dan beli hadiah untuk Sal..aku tak minat bunga so,aku tak beli bunga kat dia..beli Pooh ja..


p/s:tenkiu to brader penjual bunga coz bagi diskaun kat aku..kan aku dah cakap..aku tak bagitau orang lain pun..haha(teringat pulak lagu Gadis dan Bunga-Rahimah Rahim..huhu)

Peluk cium dari seorang ibu tanda kasih sayang dan kegembiraan


Aku pun sibuk posing sambil pegang munge.Maklumlah masa convo dulu tak dapat munge pun..kesian aku..Tapi aku OK..aku tak kisah sangat pasal benda-benda nie

Aku,sal dan Husband...(duduk sama rendah..berdiri sama rendah)bukan aku yang kata..Sal yang kata..hehe

Bila tengok orang convo berkobar-kobarnya nak further study..tapi ongkosnya nggaak cukup lagi..huhu

Mata Gembira:Sekian untuk kisah aku kali ini..Main point adalah Tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad..motivasi untuk diri sendiri

Ahad lepas aku buat pertama kalinya menjejak kaki ke UTP(Universiti Teknologi Petronas)..untuk apa??Sempena convo adik iparku Sal..merangkap adik husband aku..hehe
Mula plan nak bertolak pukul 8pagi..Tapi bila akak iparku fon dan minta husbandku masuk dalam dewan untuk istiadat tue..Ini bermakna kena bertolak awal..Pukul 6?Bukan..Pukul 5 dah kena bertolak..Adik ipar aku kena sidang pagi..pukul 8..



Nak tau pukul berapa aku bangun??Pukul 4pagi..dan mak aku tak tau yang anak menantu dia nak bertolak awal..bila aku masuk dapur..buat apa yang patut..Terus mak aku terjaga..Sempat jugak dia bekalkan chocolate cake untuk besan(betui ka ejaan nie??) dan untuk anak menantu kesayangannya..hehe


Dan aku dengan senang lenangnya Zzzz dalam kereta..Sedar aja dah sampai kat R&R Sg.Perak..hehe.Singgah untuk solat Subuh+Breakfast pukul 6.30pagi


Suasana dinihari pukul 6.30 pagi

Surau kat R&R memang luas dan selesa..Untuk memudahkan para musafir beribadah..Kalau tak solat jugak tak tau la..Tepuk dada tanyalah iman =)

Tempat wudhuk pun bersih

Yang ni memang aku tertarik..Peringatan yang berhikmah..Dalam kelembutan ada peringatan yang tegas..huhu

So...sesapa yang rasa nak curi jugak..satu dunia tau dia amik tanpa kebenaran disebabkan tulisan di belakang sejadah nie..Good and creative idea..hehe

Tepat jam 8pagi aku sampai depan Kompleks Canselor UTP...dengan selamatnya...hehe

Sesekali layan lagu ok jugak kan??Kat sini aku tempekkan lirik lagu yang jadi background song untuk blog aku...


Maha Melihat (Ost Manohara)Opick ft.Amanda


Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya


Reff:Kau yang maha melihat
Kau yang maha melihat
Kau yang maha pemaaf
PadaMu hati bertobat


Kau yang maha pengasih
Kau yang maha penyanyang
Kau yang maha pelindung
PadaMu semua bertekun


Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih


Andai mungkin aku bisa
Kembali tulus segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski derai air mata


Kat bawah nie aku letak rupa pemilik suara bagi lagu Maha Melihat



Opick atau nama sebenarnya
Aunur Rofiq Lil Firdaus yang popular dengan lagu berunsur keagamaan

Lahir di Jember, Jawa Timur, 16 March 1974

Album:Istighfar yang release pada tahun 2005. Lagu yang paling mendapat tempat di hati peminat ialah Tombo Ati, Takdir, Alhamdulillah dan Astaghfirullah.

Album berikutnya berjudul Semesta Bertasbih (2006) di mana dalam album tersebut terdapat sepuluh lagu, di antaranya Taqwa, Irhamna, akdir, Teranglah Hati, 25 Nabi, Semesta Bertasbih, Bismillah, Satu Rindu, Buka Mata Buka Hati dan Ya Rasul. Lagu hit dalam album tersebut adalah Takdir yang dinyanyikannya bersama Melly Goeslaw.


Pada tahun beikutnya album Ya Rahman (2007) pula menemui peminat lagu-lagu mendidik jiwa, dengan lagu popularnya Taubat. Sementara sebelas lagu lainnya di antaranya, Assalamu'alaikum, Rapuh, Pewaris Surga, Mendambamu, Haji, dan lain-lain


Opick kembali meluncurkan album dakwahnya pada 2008 dengan judul Cahaya Hati dengan lagu pilihan, Cahaya Hati. Album ini berisi 10 lagu, diantaranya, Hanya Allah, Ya Nabi Salam, Alangkah Indahnya, Cinta Setulus Jiwa, Hamba-Hamba Allah, Ketika Cinta, Allah Ya Nur, Tuhan Lindungilah, serta Ramadhan Tiba.


Menjelang bulan Ramadhan, tepatnya Jun 2009, Opick kembali ke studio rakaman untuk merakam album terbarunya yang diberi judul Maha Melihat. Album ini juga memuatkan lagu Maha Melihat paduan suara Opick dan Rachel Amanda. Single ini pula dijadikan OST sinetron Manohara.

Entry kali nie continue dengan cerita Ahnaf yang suspect H1N1...kak aku habaq yang Ahnaf kena jangkitan virus..Mak Njang doakan Ahnaf selamat dan sihat seperti seadanya...

Jadi..bertitik tolak dari kejadian tue..keesokan harinya(Sabtu tanggal 15 Ogos 2009) aku pun pi rumah mak mertua kakak aku di taman..aku dah lupa nama taman tue(yang aku ingat dekat dengan Maktab Mahmud)

Kak Amna macam biasa seronok bila jumpa aku..dan tak sabaq2 nak ikut aku..dia tak kisah ke mana aja aku nak bawak dia pi...Sambil pegang beg barbie dia..(ala2 beg AF..)tersengih seraya berkata"Yea...yea akak nak ikut mak nyang dengan pak nyang laki pi rumah mak nyang.."

Bab Afham yang susah sikit...dengar aja aku nak bawak balik Penang..terus menangis sekuat hati.."Afham tak mau ikut mak nyang balik rumah mak tok..Afham nak tunggu abah balik keja dulu...afham nak pi dengan abah.."

Sambil air mata menderu laju...mau cukup sebesen kalau aku tadah air mata dia ni...Sedih pulak aku tengok dia..huhu..Tapi nak buat macamana..dah ummi dia kena kuarantin kat sepital kan??Sedih aku tengok Afham waktu tue..macam nak ja menitis air mata aku..huhu

Apa tindakan aku??Tipu sunat la...kata aku nak bawak dia pi tempat kerja abah dia..terus ja OK..Kesian Afham...

Mujurlah Afham tertidoq masa ondaway balik PTSS...Afham bersuara "Afham rasa ngantuk la mak nyang.."
Dalam hati aku "Alhamdulillah..selamat si Afham nie tak ingat nak pi kat abah dia..hehe"



Kiri:Kakak yang mantain seronok bila kata nak bawak pi rumah mak tok

Kanan:Afham yang gigih bersengkang mata walaupun mengantuk teramat coz letih menangis


Kiri:Afham dalam keadaan yang riang dan kesedihannya sudah terubat bila pak nyang laki main hantu2 dengan dia

Kanan:Afham dan Kak Amna yang sempat lagi berposing




Atas:Afham dan Kak Amna setelah aku touch up.Gambar ni aku snap sebelum pi kenduri rumah officemate
Bawah:Kak Amna yang dah tertidur(lepas aku marah coz dia duk ngusik adik dia..kesian amna)..Afham pulak masih bertahan..hehe


Dan akhirnya..Afham pun 'syahid' di tengah jalan..mengikut jejak kakaknya..Kesian Afham dan Amna..kereta Anjang tak cukup besau ler...Terpaksa dok bersempit2..Tue pun Afham ngan Amna tidoq sampai tiba ke destinasi di tuju..kan?kan?huhu

Afham nagan Amna masih kat rumah mak tok...Afham pesan"Mak Nyang dengan pak Nyang nanti mai lagi rumah mak tok tau...Afham sayang Mak Nyang ngan Pak Nyang laki(merujuk pada husband aku)..."

Aku pun jawab"Ermm..mak nyang pun sayang Afham..hehe..kakak pun mak nyang sayang.."