Cuti yang tak disangka-sangka aku ambik hari nie(hari Rabu)..Ntah kat mana silapnya..mungkin terlalu banyak aku sumbat dalam perut kot..Makan samapai tak heeengaat yang perut aku jenis tak tahan..huuhu


So,inilah pengakhirannya..tak pi kerja..Aku tak minat sangat nak cuti yang tak dirancang nie..Coz teramatlah boring..Ini serius..(ikut nada wonderpets).Keseorangan ja kat rumah nak buat apalagi??senaman matalah jawabnya...huhu


Apa yang aku tertinggal hari nie
1-Kuiz 1 DKE1B
2-Mengajar kelas DNS1A
3-Meeting JPA
4-Makan ala2 ayam KFC kat cafe..huuhu(mujur dah makan RFC semalam)


Aku bukan sengaja nak ponteng..kalau ponteng tak payah wat replacement class tak pa..nie bab nak buat replacement yang aku teramatlah MALASSS..huhu..Nak pulak hari Rabu la paling meriah aku punya schedule..huahua..Apa bukti aku semangat nak pi kerja hari ini??

Ni haa...dah aku siap kemaskan beg sekolah aku dari malam tadi..hehe


Beg nie seingat aku dah berusia kurang lebih setahun setengah..tahan jugak nampaknya..Aku beli kat Padang Besaq..masa aku pi membeli dan membelah dengan cik DBA..merangkap jiran depan rumahku..huhu

Nak tau apa yang aku buat cuti nie??Hermm..lepas ja makan ubat..aku tidoq sepuasnya..dah terlajak tidoq badan jadi makin letih rupanya...maka diri jadi makin malas...Mujuq juga aku bawa balik kuiz para student aku..marking paper setakat yang mampu..ada yang OK ada yang KO...(ni kes tak baca buku la nie..??memang nak kena dengan aku..)


Inilah helaian transkrip jawapan student aku..pen merah WAJIB ada dalam pencil case setiap orang bergelar cikgu mahupun lecterur..kan??


Sambil marking paper..buka tv jap..serius takda rancangan yang menarik pun..jadi beruntunglah lagi kalau pi bekerja memerah otak dan keringat demi mendidik anak bangsa..last2 aku tutup aja tv tue..rancangan tak membina minda langsung..lawak pun semua lawak sinikal and slapstik..(citer P.Ramlee gak best..)

p/s:pssttt..kengkawan ofis merindui aku tak??huhu..walau tak rindu sekalipun mesti teringat kat aku kan??hehe..tq 2 demo yang sms caring kepada aku..huahua(bukan saja pensyarah yang caring tapi jugak lecterur yang caring maring..)




Mata Gembira:Apa yang dok bermain kat fikiran aku..Nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti kelas..nak ganti ZzzzZ,nak ZZZzzz