KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Showing posts with label MAKAN TIME. Show all posts
Showing posts with label MAKAN TIME. Show all posts

Sedang aku asyik bersenang-lenang kat rumah..telinga aku menangkap bunyi sms dari handphone aku yang sering kehausan bateri tue..tapi aku abaikan saja coz mataku teramatlah beratnya..so,terlelaplah aku barang sepicing sahaja..hehe

Bila dah segar bugar mata aku pun menuju rengok sms dari siapa pulak tue..Owwhh..dari Hadi(student istimewa) nak bagi makanan yang dia dan kengkawannya masak..

Wah..ini dah kira rejeki Allah tentukan =) Aku suka..hehe..Dipendekkan cerita..aku suruh dia tungguuu...bila sampai JPA nampaklah kelibat Hadi,Khairunnisa dan Helmi Marini..terima kasih daun keladi ya..hehe..Esok saya balas bekasnya..Harap2 bukan bekas kosong la..Tapi kalau kosong pun kamu semua tak marah kan??kan??..

Sempat jugak aku bagi kat rakan2 kiub aku dan yang sekitar dengannya...Apa yang depa bagi kat aku??Nak tengok....??

Ni haaa..Nasi Goreng dan Ikan Siakap Stim kot..Boleh tahan sedapnya...Good Try!!
Dah selesai bab Nasi Goreng..Kak Lin pulak bagi Kek Pisang+Oat..Kak Lin nie kira tauke kek yang kian menepa nama kat ofis aku..hehe..Kalau rajin jenguk2 la blog dia..macam2 jenis kek ada...hehe
Kek yang Kak Lin bagi boleh aku buat minum petang..kan??Jutaan kalungan terima kasih ya..Kalau ikut bahasa korea..Gam Saham Nida..(betul tak cik dba??)

Dipersembahkan Kek Pisang Oatmeal...baik untuk kesihatan..hehe

Mata Gembira :Officemate aku memang BEST..hehe

Jam di tangan hampir 11.00 pagi ketika mana aku dan Cik DBA melangkah menuruni tangga menuju ke cafe..Selesai memilih menu yang ala kadar..Aku terus menghayun tangan menyuap masuk ke mulutku yang ternganga dengan lauk daging masak kicap yang sedap...

Tiba-tiba..jeng jeng jeng(aku masukkan elemen seram..)dari ekor mataku aku ternampak kelibat seseorang bernaju putih.Aku dapat agak siapa gerangannya..Dengan di tangannya ada beberapa cucuk nugget dan apalagi ntah..(berdiet ker??)

Sembang serba sedikit dan akhir sembang gebang kami..telinga aku disapa dengan ayat yang paling aku nak dengar

Si baju putih:"Malam nie tak payah masak tau cik ainul(panggilan biasa untuk aku walau aku dah merangkap title puan sebenarnya..tapi aku tak kisah sangat pun..hehe) dengan cik nida..saya nak belanja"

Aku:"Ya ka??(sekadar berbasa basi menyembunyikan kegumbiraanku itu..huhu"

Si Baju putih:Ya betoi la..orang nak belanja nie..dapat kupon free..(katanya dalam loghat peqelih yang masih pekat dan sebati dengan jiwanya..huhu)jangan mara haaa..

Janji manis yang ditabur si baju putih aku pegang dan aku tak masak...

Bila balik ja dari ofis..tak sempat nak sembahyang lagi..dah dapat sms dari si baju putih..

Sms dia kurang lebih macamnilah bunyinya

"saya dah siap sangkut depan pintu"

Aku reply "Saya dah siap ambik sangkutan itu..Terima kasih"

Dia balas lagi"Saya dapat voucher dari kawan..dia anak menakan pak mail toke HPA..yang lebihnya saya bagi kat kawan-kawan..cukup tak ayam tue??

Aku jawab"Cukup...(yang tersiratnya menunjukkan aku ni makan sikit aja..huahua

Jom tengok lokasi di mana RFC tue disangkut..



Kat sinilah biasanya jiran2 aku sangkut menyangkut makanan...sama macam si baju putih

Lets jom tengok pulak isi di dalamnya

*Taraa*

*

*

5 ketul ayam yang bersaiz L...memang cukup untuk kami berdua..Satu untuk aku,satu untuk engkau,dua untuk aku,dua untuk engkau..setengah lagi untuk aku setengah jugak untuk engkau..hehe =)

Memang Sedaapp..nak pulak makan free..Sokonglah produk muslim

Aku ada pantun untuk si baju putih

Bangun pagi gosok gigi,

Kalau boleh bagilah lagi..

Terima kasih daun keladi,

Kalau boleh memang nak lagi...

p/s:Kepada si baju putih tenkiu atas ingatan kamu itu..huhu..bagusnya,sapa la agaknya ustajah kamu eh??pandai didik anak murid sampai sebaik hati itu..hehe

Mata Gembira:Rezeki jangan sesekali ditolak..musuh jangan pulak dicari...

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)