
Jika itu yang mesti guru miliki...Walau sesekali terlintas rasa bosan
Semua gambar ehsan dari google

Jika itu yang mesti guru miliki...
Semua gambar ehsan dari google
Borang-borang yang melambak di depan aku belek-belek apa yang patutu..serba sedikit aku telek latar keluarga..mungkin tidak semua aku ingat..tapi sekadar ingin tahu...
Sesekali pernah juga terfikir di ruang akal..kenapa kita acapkali memandang sesuatu itu secara negatif berbanding positif....Adakah mungkin otak ini terbiasa berfikir yang buruk..Mungkinkah diri ini tidak pernah mahu berfikir yang bak-baik belaka?..Kenapa mesti membanding diri dengan orang lain...kurang bersyukurkah kita??
Andai kita diberi tugas yang lebih berat dari sebelumnya..mengapa mulut pantas mengeluh...Orang yang itu salah,orang yang ini khilaf..Kenapa tidak terus berfikir..itu tanda Allah mahu lipat gandakan pahala kita yang seciput cuma??Kenapa otak tidak terus positif dalam mengkonklusikan keadaan..??
Bila suatu hari yang hening dan permulaan yang pagi yang baik dengan fikiran yang kosong lagi riang..tanpa ada rasa bersalah,keluar menjamah..anda didenda kerana kesalahan yang sungguh tidak disedari..tidak disengajai..kenapa mesti sedih dan duka lara..Gunakan otak positif ianya sebagai musabab untuk kita lebih berhai-hati dan tidak memandang remeh semua benda..Gunakan otak positif yang ada cerita lebih menyejuk hati dari peristiwa itu..ada yang tidak pernah anda jangkaui terjadi...mungkin masih ada yang sudi empati diri??
Tatkala mata melirik jadual yang diberikan..kenapa mulut meluncur bebelan..kelas yang amat tinggi,pasti lenguh seluruh urat sendi..dan terus berdenyut kencang semua nadi..Kenapa otak positif tidak terus bertindak berputar memikir yang bukankah ianya senaman yang bisa membakar lemak di seluruh pelusuk tubuh secara alami lagi free??
Kenapa tika apa yang terlalu kita hajati dan ingini tidak tercapai..kita terus jadi lemah??Kita seringkali jadi layu dengan kata-kata orang..Bukankah kita hambaNya yang amat pasti bahawa setiap manusia pasti diuji??Bukankah seseorang itu tidak akan diuji apa yang tidak dia sanggupi..Bukankah seringkali kita tuturi apa yang berlaku pasti ada hikmah dari Ilahi..
Sekadar motivasi diri untuk bacaan sendiri dan mereka yang sudi singgah tanpa aku sedari...Kenapa kita suka menggunkan otak negatif..bukankah ia bisa membunuh segala perkara yang mesti kita singkap hikmahnya??
**Motivasi untuk diri sendiri supaya menjadi lebih positif..walau seringkali otak negatif yang terlebih dahulu mendapat tempat di ruang medula oblongataku..
Selamat menjadi positif,jom sama-sama membina otak positif
Semester baru bermula lagi....dah puas belek jadual..cuba nak hadam jadual waktu..sambil berharap dengan menilik jadual boleh kurangkan kelas-kelas yang mengajaq..ehehe..ada unsur-unsur kemalasan di situ.. ;0
Jam mengajar masih sama macam tahun lepas..memang tak patut kalau aku nak kata berat teramat jadual kali nie..sebabnya masih ada insan lain yang lebih banyak jam mengajar dari aku..so harus bersyukur...jangan banyak membebel dan jangan banyak mengomen..nanti mula tak ikhlas nak mendidik pelajar-pelajar dan pasti boleh mengurangkan pahala....sekadar motivasi untuk diri sendiri ;)
Asal masuk aja semester baru..mesti macam nak masuk dewan exam masa zaman di U dulu...sibuk korek balik nota-nota yang lepas...sibuk print apa artikel yang relevan dengan topik yang nak diajar...sibuk bawa balik nota-nota ringkas walau sampai di rumah hanya mampu baca sebaris dua sahaja...mungkin aku sorang aja yang macam nie..atau mungkin juga ada insan yang sama macam aku..kenapa mesti rasa tak bersedia....Best jugak tengok orang yang dah expert dan otai bab mengajar nie...relax,cool,tenang tenteram ja pi mengajar dengan yakinnya...ya aku baru setahun jagung...mungkin juga kurang ilmu...
Semoga semester kali nie...berjalan lancar macam yang lepas...kalau ada 2,3 orang pelajar yang bermasalah tue..cobaannnn...huhuhu.
Kepada yang seangkatan dan sejawatan dengan aku..selamat memulakan tugas mendidik...mesti ikhlas walau sesekali datang jugak penyakit malas...
Moga-moga bakti yang ditabur..akan menjadi saham di 'sana' nanti.....
Copyright 2009
KANVAS KEHIDUPAN
Web Design
:Ray Creations. Sponsored by
Web Hosting India and
Ray Hosting.