Semester baru bermula lagi....dah puas belek jadual..cuba nak hadam jadual waktu..sambil berharap dengan menilik jadual boleh kurangkan kelas-kelas yang mengajaq..ehehe..ada unsur-unsur kemalasan di situ.. ;0

Jam mengajar masih sama macam tahun lepas..memang tak patut kalau aku nak kata berat teramat jadual kali nie..sebabnya masih ada insan lain yang lebih banyak jam mengajar dari aku..so harus bersyukur...jangan banyak membebel dan jangan banyak mengomen..nanti mula tak ikhlas nak mendidik pelajar-pelajar dan pasti boleh mengurangkan pahala....sekadar motivasi untuk diri sendiri ;)

Asal masuk aja semester baru..mesti macam nak masuk dewan exam masa zaman di U dulu...sibuk korek balik nota-nota yang lepas...sibuk print apa artikel yang relevan dengan topik yang nak diajar...sibuk bawa balik nota-nota ringkas walau sampai di rumah hanya mampu baca sebaris dua sahaja...mungkin aku sorang aja yang macam nie..atau mungkin juga ada insan yang sama macam aku..kenapa mesti rasa tak bersedia....Best jugak tengok orang yang dah expert dan otai bab mengajar nie...relax,cool,tenang tenteram ja pi mengajar dengan yakinnya...ya aku baru setahun jagung...mungkin juga kurang ilmu...


Semoga semester kali nie...berjalan lancar macam yang lepas...kalau ada 2,3 orang pelajar yang bermasalah tue..cobaannnn...huhuhu.

Kepada yang seangkatan dan sejawatan dengan aku..selamat memulakan tugas mendidik...mesti ikhlas walau sesekali datang jugak penyakit malas...

Moga-moga bakti yang ditabur..akan menjadi saham di 'sana' nanti.....