credit to google Allah menciptakan dua telinga untuk kita luaskan mendengar kisah dan teladan,dua pasang mata untuk dilihat kuasaNya segenap alam,dua tangan kiri dan kanan untuk ditadahkan doa setiap picing putaran kehidupan,namun Allah menciptakan hanya sekeping hati kerna yang perlu kita cantumkan atas nilai naluri berkasih sayang sesama insan.Yang cukup lengkap ijab dab kabulnya.
Pernah aku terbaca satu artikel,dua insan mengikat perkahwinan atas paksi mawaddah dan rahmah...perkahwinan bukan satu tiket yang menjamin kita bahagia selamanya selagi hayat dikandung badan dan jasad.Contohnya mudah..
Awang bertanya Aman..Kenapa kau kahwin dengan Peah?..
Jawab Aman : "Aku suka mata peah yang bundar suka giginya yang putih,aku suka mukanya yang bujur sireh,aku suka suaranya yang serak basah"
Itu semua adalah perkahwinan atas paksi mawaddah..cinta,kecenderungan,kasih sayang
Namun semua yang disuka-suka itu mungkin akan bertukar ditelan arus zaman,disebab kepanasan global mungkin,disebab rendah metabolisme mungkin,disebab imun badan sudah lemah mungkin,juga mungkin disebab sinaran ultraungu juga..siapa tahu??
Jadi mata yang bundar kini sudah rabun,tidak segalak dahulu,gigi yang putih mungkin hilang dari gusi merahnya,muka yang bujur sireh kini sudah berkerut-kerut..sudah tiada bentuk sireh lagi,suara yang serak basah diselangi batuk-batuk dan tidak semerdu dulu menyapa telinga..
Di sinilah pentingnya ada sifat rahmah dalam perkahwinan..dengan sifat rahmahlah Allah memberikan nikamt kepada semua hambaNya walau berguni-guni dosa yang kita lakukan saban hari..Dengan sifat rahmah Allah memberi ruang kita bernafas tanpa sesen walau solat yang dikerjakan tanpa khusyuk dan tidak sempurna tawadduknya..Indahnya sifat rahmah
Kata mak "Dalam sebuah perkahwinan adalah lumrah samada isteri atau suami yang akan diuji sifat rahmahnya.."
Biarlah perkahwinan yang dibina ada mawaddah dan rahmah..
credit to google




Mee Udang dah sampai..semangkuk besar untuk 3 orang..so,2 mangkuk untuk kami berrenam..jejaka berbaju hijau order nasi goreng udang..







Muka penat mendaki tangga di hentian cable car..Hidung masing-masing pun kembang sebab tak cukup nafas..
Peaceee..1 bot tue dalam 12 orang kalau tak silap..dan beberapa budak2 kecil(ahli 'sebot' yang lain tiada dalam gambar)
Inilah pemandangan kat tasik itu..nyaman..air hijau..ramai jugak yang mandi..aku lepak2 aja;).Banyak kisah pasal tasik ini..tapi kita kena yakin pada Allah..jangan sampai terjebak dalam khurafat..kan??
Selepas sejam di situ..adik pemandu bot is coming..ke destinasi kedua..Eagle Feeding..nayak helang kat sini..(tapi aku tak upload gambar helang-helang nie)







