credit to google

Allah menciptakan dua telinga untuk kita luaskan mendengar kisah dan teladan,dua pasang mata untuk dilihat kuasaNya segenap alam,dua tangan kiri dan kanan untuk ditadahkan doa setiap picing putaran kehidupan,namun Allah menciptakan hanya sekeping hati kerna yang perlu kita cantumkan atas nilai naluri berkasih sayang sesama insan.Yang cukup lengkap ijab dab kabulnya.

Pernah aku terbaca satu artikel,dua insan mengikat perkahwinan atas paksi mawaddah dan rahmah...perkahwinan bukan satu tiket yang menjamin kita bahagia selamanya selagi hayat dikandung badan dan jasad.Contohnya mudah..

Awang bertanya Aman..Kenapa kau kahwin dengan Peah?..

Jawab Aman : "Aku suka mata peah yang bundar suka giginya yang putih,aku suka mukanya yang bujur sireh,aku suka suaranya yang serak basah"

Itu semua adalah perkahwinan atas paksi mawaddah..cinta,kecenderungan,kasih sayang

Namun semua yang disuka-suka itu mungkin akan bertukar ditelan arus zaman,disebab kepanasan global mungkin,disebab rendah metabolisme mungkin,disebab imun badan sudah lemah mungkin,juga mungkin disebab sinaran ultraungu juga..siapa tahu??

Jadi mata yang bundar kini sudah rabun,tidak segalak dahulu,gigi yang putih mungkin hilang dari gusi merahnya,muka yang bujur sireh kini sudah berkerut-kerut..sudah tiada bentuk sireh lagi,suara yang serak basah diselangi batuk-batuk dan tidak semerdu dulu menyapa telinga..


Mungkinkah mawaddah juga hilang dan pergi dari sebuah ikatan yang dulu berijab wali,berjanji setia,menyusun lafaz taklik...Ya,semuanya mungkin jika ikatan yang dibina hanya atas dasar mawaddah iaitu cinta semata-mata..kerna ia hanya berlandaskan nafsu pada sebuah kecantikan luaran..

Di sinilah pentingnya ada sifat rahmah dalam perkahwinan..dengan sifat rahmahlah Allah memberikan nikamt kepada semua hambaNya walau berguni-guni dosa yang kita lakukan saban hari..Dengan sifat rahmah Allah memberi ruang kita bernafas tanpa sesen walau solat yang dikerjakan tanpa khusyuk dan tidak sempurna tawadduknya..Indahnya sifat rahmah


Adanya sifat rahmah dalam sebuah perkahwinan juga yang menyebabkan si isteri sanggup menjaga suaminya yang terlantar bertahun lamanya,kerna adanya rahmah dalam jiwa juga si suami tidak betah meniggalkan isteri yang sakit menderita,dibuang najisnya,disolek biar lawa,dicuci cacat dan cela..

Kata mak "Dalam sebuah perkahwinan adalah lumrah samada isteri atau suami yang akan diuji sifat rahmahnya.."

Biarlah perkahwinan yang dibina ada mawaddah dan rahmah..

credit to google