KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Salam..maka bermulah pendaftaran pelajar baru sesi Julai 2009...maka secara tak langsungnya bermulalah episod mengajar yang dah lama ditinggalkan....

Aku terlibat dalam pendaftaran pelajar..macam-macam ragam yang ada...Biasalah kan..
Teringat pulak zaman aku daftar dulu...Rasa macam nak nangis bila rasa macam aku ditinggalakan mak dan ayah dalam dunia yang asing dan aku tak kenal sesiapa pun waktu tue..Macam nak lari baliiikkk aja..huhu..Tapi aku tabah semangat..cheewaah:)Tapi kalau aku lari balik,maka aku akan ke U lain,dan aku mungkin tidak berjumpa dengan .........Gambar kat atas nie aku snap dari balkoni rumah aku..huhu

So,ternampaklah sikit balkoni rumah jiranku yang satu itu.....Aku harap dia tak mintak royalti nu..kuang3x..
Dan pertama kalinya aku stuck dalam jam yang tak kurang hebatnya bila si ibu bapa nak menuju ke kamsis...Betapa sayangnya mak ayah kat anak-anak..ada yang sanggup tunggu sampai petang..Walhal anaknya tangah dalam Program Suai Mesra...Nanti jangan pulak dok ponteng2 kelas..kesian kat mak ayah.besar harapan tue...

Mata Gembira: Teringat zaman pendaftaran di Kelantan dulu..sobsob

Cuba..try..test..Nielah percubaanku menyajikan resepi yang aku salin..dan aku tampal.Ada dua resepi yang telah aku cuba..Satu aku dapat dari internet..tapi dah tak ingat blog mana..kalau tak silap dari noreen-homecooking kot..Kalau tak silap aku la...Namanya Chicken Teriyaki..tapi aku dah tambah.campur dan adunkan bahan2 lain...So,aku namakan Ayam Bakar Cacamerba..hehe.Demi nak buat ayam nie..aku sanggup keluar mencari madu sejurus saja habis kerja..Ooopsss bukan madu yang itu..madu lebah dalam botol..Ayam Bakar Cacamerba

Nak buat ayam nie senang aja..perap ayam dengan madu,lada hitam,sedikit garam,bawang putih,sedikit kicap,sedikit halia...bakar sampai masak dan makan:)
Ayam Bakar dari jarak dekat..berlatarbelakangkan suasana rumah aku..hehe


Gambar di sebelah pulak resepinya aku dapat dari kakak aku.Daging Masak Dendeng

Mudah aja nak buat nie..Rebus daging yang dipotong kiub dengan kicap..kemudian goreng daging tadi sehingga separuh masak..

Tumis cili kering dan bawang besar..Dah agak masak.blend kedua-dua bahan tadi..

Tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik bau...Masukkan cili+bawang yang di blend tadi..hingga naik minyak..masukkan sos cili,sedikit kicap,garam dan gula..Kemudian masukkan baki air rebusan daging tadi....Bila dah rasanya sedap hingga menjilat jari..Masukkan daging dan tutup api...Siap dihidang..Yummy:)
Daging Masak Dendeng

Mata Gembira :Orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa..


Alkisahnya...dah dua hari aku meninggalkan laman blog nie tanpa entry.. agakbusy sikit sejak dua tiga hari nie...Memandangkan semester break pun hampir ke garisan penamatnya..Banyak benda yang perlu aku settlekan..
Dalam kesibukan yang melampau tue..aku sempat memulakan hobi baru..hehe..Just nak isikan masa lapang..sambil2 surf internet cari bahan2 baru untuk nak ngajaq ..hehe

Sempat jugak la aku memulakan hobi yang satu ini...Just 2 share dengan rerakan yang sudi membaca blog nie..Hobi nie taklah perlukan modal yang banyak.kena rajin tulis dan menyalin nota aja..hikhik..Kalau nak lagi manntaap kenalah aplikasikan pulak..macam amali test la kan??
Nanti bila amalinya dah aku buat aku upload la ya...gambar2nya..huhu


Aku close up sikit
hobi baru aku..
PILIH,TULIS
dannn
TAMPAL..
hehe







Mata Gembira : Aku suka hobi yang save budget..kalau tak perlu keluarkan budget lagi aku suka.:)

Alkisahnya,maka tersebutlah kisah tentang rumah aku yang tetiba diserang..(diziarahi sebenarnya..) oleh seekor binatang yang aku panggil mentadak...Maybe ada orang yang panggil binatang nie dengan perlataan lain kot...Mungkin yang berketurunan Jawa panggil dengan istilah lain aku rasa..Nanti aku tanya orang yang berdarah campuran Jowo..huhu
Maka teringatlah akan aku untuk masukkan entry tentang zzzZZzz..Mengapa??Sebab binatang yang digelar Mentadak ini begitu sinonim dengan ZZzzzz kan??Kalau kecik-kecik dulu asal ja jumpa binatang nie..maka akan wujudlah individu yang dengan sendirinya mengalunkan lagu yang berbunyi begini...

Mentadak mentaduk macam mana ....................

(masukkan nama orang yang ingin disebut ikut suka hati anda) tidoq????

So,si mentadak nie akan ubah posisinya..secara kebetulan aku rasa..disebabkan ketidakmerduan suara yang mengalunkan lagu tersebut....Maka akan ketawa berdekah-dekahlah sekelompok manusia yang melihat aksi tersebut..Emm,hiburan zaman kecik-kecik..Mentadak yang masuk menziarahi rumah aku dah menemui ajal rupanya..patut aku nyanyi..posisinya tak berubah-ubah pun..

Ingin aku kongsikan tentang TIDUR...buku yang aku baca tulisan Dato Dr.Fadzilah Kamsah yang bertajuk "55 Petua Orang Berjaya"(hadiah dari si dia..tq)

Dalam petua yang ke-18..adalah,Kelab Pukul 5 pagi..iaitu merujuk kepada bangun seawal 5pagi untuk memulakan hari dengan jayanya..seperti yang dilakukan oleh Mary Kay(pengasas kosmetik terkenal).Kerana menurut Mary Kay..pukul 5pagi waktu yang tenang dan sunyi serta tiada gangguan..

Begitu juga dengan seorang senator Barat yang pernah berkata"Anda boleh berurusan dengan saya seawal 5 pagi..Pemain hoki terkenal pula berkata"Tidur lebih lama menyebabkan kita dikuasai masa..bukan masa yang dkuasai oleh kita"....

Mungkin terselit rasa kagum pada inndividu-individu tersebut.Tapi lupakah kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w sudah lama mengamalkannya??..Ibadah tahajud iaitu bangun sepertiga malam..BERDOA,BERZKR dan BERAZAM MENJAI INSAN CEMERLANG...

Kita tidak perlu lagi pada teori-teori asing untuk menjadi cemerlang kerana ajaran Islam adalah yang terbaik..Terpulang pada kita samada untuk memilihnya mahupun tidak...Wassalam:)

Mata Gembira:Sekadar Berkongsi..



Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)