Mungkin bukan aku sorang saja yang ber peel begini
Aku memang amat jarang nak ke bank berurusan di kaunter..
sesekali dan kadang-kadang saja biasanya..
Boleh ku kira dengan jari..
Selalu menghadap mesin bila hari gaji,bila poket semakin kering
Seingat aku hari Ahad aku ke Tabung Haji..unutk masukkan duti..
Tak banyak pun..tapi adalah sekeping dua untuk menabung..
Sebelum duit tiris di shopping complex,atau hilang dibawa angin...
Selesai isi yang mana patut,aku ke kaunter..
Duduk sambil senyum simpul..
Bila dah siap...tangan pantas sambar buku kecil dengan nilai di dalam yang juga agak kecil
Sumbat masuk ke beg.."Buku,dok sini diam2.."
Sebulan berlalu....ke tempat yang sama cawangan yang lain
Tujuan juga sama..menambah sikit pelaburan untuk masa depan..;)
Dalam hati terdetik.."apasal buku aku nampak lusuh dan usang..
Bila nak diisi borang yang perlu..
"Ooohhh...tidakkk..namaku bertukar kepada S**i R**ia* ..lahir tahun 1950 ya..hehe
Banyak juga duit dalam buku tue berbanding aku..kalaulah itu semua aku yang punyaaa..hehe
Lalu aku terus bertangguh nak pi refer ke pihak berkenaan..
Berlalu lagi sebulan..
Ya..bertangguh memnag bukan amalan yang baik..sila jangan ikut..
Hari Isnin bersamaan 28 Jun 2010
Sms kuterima "Puan ainul..sila hubungi saya En.H untuk urusan pertukaran buku akuan anda.."
Terus tangan laju mendail nombor En.H..
"Cikgu,buku cikgu ada pada saya..sila datang ambik..di kodiang..ada orang tertukar buku dengan cikgu"
" Baiklah ....hari rabu ya..baru saya free..."...
Ok..moral value:Sila check buku anda sebelum terjadi apa yang telah terjadi pada saya..berhati-hati ya..
Stop dulu..masa untuk ke kodiang berjejak kasih dengan buku akaun yang dah hilang selama 2 bulan..dan masa untuk pulangkan buku yang bukan milikku kepada empunya diri..
Malas nak menulis dan mengarang..so,tapi nak jugak upload gamabr-gambar sekitar Seminar Halalan Toyyiba 4 Jun 2010, di Dewan Millenium Kangar
Suasana kondusif dalam dewan berlangsungnya seminar.Juga kondusif untuk melelapkan mata bagi orang yang tipis iman dengan godaan pendingin hawa yang sejuk menyapa..
Antar penceramah yang terlibat..orang kuat JCorp (Johor Corporation), tak tahu?? sila minta bantuan pak cik google;)

Wajah-wajah peserta yang penuh semangat walau kekadang terangguk-angguk tergeleng-geleng jugak kepala,mata terkelip-kelip seketika..




Santapan untuk lunch ..ditaja oleh Ayamas!!
Zoom in sikit..sedap..dari pagi.tengahari sampai petang..semuanya ayamas..I like;)
Moga sentiasa bersama hadapi pahit manis bahtera rumahtangga dengan tabah
"Selamat Mendaki Tangga Usia"



Ayah masih di icu untuk kali keduanya..
Di KPJ Speacialist Center
Nampak ayah sangat lemah
Muka pun kurus amat
Cengkung
Kata mak yang buat aku ralat dan tersentuh " Sepanjang minggu lepaih berapa kali ayah tanya: Farhan balik tak??"
Mak jawab : Nanti wesak day dia balik..
Sedihnya..tahan sebak
Sepanjang semalam aku tak sempat lagi bersembang dengan ayah
Mata ayah terpejam.yang dengar hanya desah nafas saja..
Mungkin amat letih atau mungkin kesan ubat yang masuk seluruh urat safar sendinya
"Setiap insan ada dugaan yang harus ditempuh..sabar,Allah sedang menguji kekuatan hambaNya"
credit to google Allah menciptakan dua telinga untuk kita luaskan mendengar kisah dan teladan,dua pasang mata untuk dilihat kuasaNya segenap alam,dua tangan kiri dan kanan untuk ditadahkan doa setiap picing putaran kehidupan,namun Allah menciptakan hanya sekeping hati kerna yang perlu kita cantumkan atas nilai naluri berkasih sayang sesama insan.Yang cukup lengkap ijab dab kabulnya.
Pernah aku terbaca satu artikel,dua insan mengikat perkahwinan atas paksi mawaddah dan rahmah...perkahwinan bukan satu tiket yang menjamin kita bahagia selamanya selagi hayat dikandung badan dan jasad.Contohnya mudah..
Awang bertanya Aman..Kenapa kau kahwin dengan Peah?..
Jawab Aman : "Aku suka mata peah yang bundar suka giginya yang putih,aku suka mukanya yang bujur sireh,aku suka suaranya yang serak basah"
Itu semua adalah perkahwinan atas paksi mawaddah..cinta,kecenderungan,kasih sayang
Namun semua yang disuka-suka itu mungkin akan bertukar ditelan arus zaman,disebab kepanasan global mungkin,disebab rendah metabolisme mungkin,disebab imun badan sudah lemah mungkin,juga mungkin disebab sinaran ultraungu juga..siapa tahu??
Jadi mata yang bundar kini sudah rabun,tidak segalak dahulu,gigi yang putih mungkin hilang dari gusi merahnya,muka yang bujur sireh kini sudah berkerut-kerut..sudah tiada bentuk sireh lagi,suara yang serak basah diselangi batuk-batuk dan tidak semerdu dulu menyapa telinga..
Di sinilah pentingnya ada sifat rahmah dalam perkahwinan..dengan sifat rahmahlah Allah memberikan nikamt kepada semua hambaNya walau berguni-guni dosa yang kita lakukan saban hari..Dengan sifat rahmah Allah memberi ruang kita bernafas tanpa sesen walau solat yang dikerjakan tanpa khusyuk dan tidak sempurna tawadduknya..Indahnya sifat rahmah
Kata mak "Dalam sebuah perkahwinan adalah lumrah samada isteri atau suami yang akan diuji sifat rahmahnya.."
Biarlah perkahwinan yang dibina ada mawaddah dan rahmah..
credit to google
Kali nie,cerita makan-makan..disebabkan sudah lama tidak mengeluarkan duit dalam poket ini untuk membelanjakan kaum family..kesempatan dan sempena birthday yang lalu..so,tiada alasan di situ untuk kedekut membelanja...
Walau tak semua yang ada..tapi 'orang-orang kuat' aku bawa untuk mengisi perut sebaik mungkin...
Tempat pilihan untuk kali ini..Mee Udang Sg.Dua..Sebenarnya ada dua kedai berdekatan..aku ke Selera Sri Tambang Sungai Dua..(kalau tak silap namanya)
Orang pun boleh tahan ramainya..maybe faktor utamanya adalah weekend..
Ahli-ahli kerabat yang terlibat
Side menu yang kami order adalah ~ satay ayam~ ..boleh tahan sedapnya..secucuk rm0.50.Isi ayam padat dan manis-manis..Kebanyakan isi satay bahagian dada ayam..so,lebih padat dan mantap isinya..sedaappp
Jauh termenung..teringatkan mee bandung muar kot....Nanti balik Johor kita makan nooo..
Mee Udang dah sampai..semangkuk besar untuk 3 orang..so,2 mangkuk untuk kami berrenam..jejaka berbaju hijau order nasi goreng udang..
Ini mee rupa mee udang..udang pilih sendiri..lepas sesi timbang menimbang udang..tunggu saja untuk disantap..tapi kena sabarlah..kalau ramai orang lambatlah sikit..
Semangkuk besar untuk 3 orang..memang banyak..
Langkawi:17-18 April 2010
Sebenarnya dah lama gambar2 ni di upload.tapi diperam jadi pekasam..malas nak menulis..So,bila ada sikit masa mulalah kembali menaip ;)
17.04.2010
Berpagi-pagi lepas subuh dah bertolak ke Kuala Perlis..kira cerah-cerah tanah lah nie..ayam pun masih berdengkur..sampai kat jeti..mak aaaii ramainya manusia..sabar je lah..ada lagi yang awal rupanya.. Aku 'berlepas' tiket pukul 8.30 pagi





Muka penat mendaki tangga di hentian cable car..Hidung masing-masing pun kembang sebab tak cukup nafas..
Peaceee..1 bot tue dalam 12 orang kalau tak silap..dan beberapa budak2 kecil(ahli 'sebot' yang lain tiada dalam gambar)
Inilah pemandangan kat tasik itu..nyaman..air hijau..ramai jugak yang mandi..aku lepak2 aja;).Banyak kisah pasal tasik ini..tapi kita kena yakin pada Allah..jangan sampai terjebak dalam khurafat..kan??
Selepas sejam di situ..adik pemandu bot is coming..ke destinasi kedua..Eagle Feeding..nayak helang kat sini..(tapi aku tak upload gambar helang-helang nie)





Ikut tentatif..cukup sejam di Pulau Beras Basah..masa untuk ke daratan...dan masa untuk balik ke Perlis...

Cukuplah cuti yang dua hari ini kami berjalan-jalan rehatkan minda di Langkawi..kalau ikut hati nak aja berlama-lama di sana..hehe;)..Tapi kerja..kerja ..kerja..setia menunggu berbaris..
Cuti-cuti Malaysia..cuti rehatkan minda;)
Fuuhhh..fuhhh..haha..dah berhabuk rupanya..siap bersawang lagi...Tetiba teringat jugaka aku kat blog ni..dah lama tak dimekap dan dimandikan...semuanya pun cerita yang dah basi...Ada masa sikit..so,update lah..
Ini kisah edisi balik penang..sempat ambil angin senja di Padang Kota Lama...malas nak menaip panjang-panjang..so,biarlah gambar berkata-kata;)
Muka 'pemandu' untuk hari itu...yang first time jejak kaki kat padang kota lama....
Senja..aku suka view nie...bila hampir senja..
