Kepenatan dan lenguh badan masih terasa..urat bagaikan tersimpul-simpul aku rasa..mungkin terlalu lama di perjalanan atau mungkin semuanya berlaku terlalu cepat tanpa disangka..Atau mungkin diri sendiri sering terbiasa dimanja dengan kerehatan dan kesenangan
Tanggal 4.12.2009 merupakan detik kehilangan kepada keluarga mertua kerana..abah(abah mertua aku) meninggal dunia.Anak mana tidak sedih bila mendapat khabar berita sebegini dan yang paling menyedihkan bila terfikirkan perjalanan yang harus ditempuhi 8-9 jam..Waktu yang bukan sekejap..
Kematian itu pasti..Itu janji Yang Maha Esa..
Usai mendapat tahu dari husband..aku yang ketika itu enak meyuap nasi lemak bersama Sue..menghabiskan sisa berbaki.Meluru ke ofis dan minta ihsan fiz untuk hantar aku ke kuarters..dan sempat maklumkan kepada Ustazah KJ..
Terus menunggu husband dan memecut ke Penang(menunggu abang ipar dari Kulim)dan selepas zuhur baru bertolak..ya,jam di tangan sudah 1.30ptg..kenyataan sedih yang harus ditempuhi aku dan husband yang kami tidak sempat menatap wajah abah mertua buat kali terakhir.
Hujan di sepanjang perjalanan.Sampai di Dengkil..aku memberanikan diri drive bagi meringankan beban abang ipar yang baru lepas operate...Di Melaka hujan amat leba..ketakutan yang berja di hati dengan keadaan gelap malam dan hujan yang mengaburi pandangan aku buang jauh....tapi di dalam hati Allah yang tahu...
Pukul 10 malam baru selamat tiba di Batu Pahat,tahlil pun dah selesai..aku jeling-jeling tengok muka husband..sedih aja dia..senyap aja..sabar sabar
Kata mak mertua aku"Abah meninggal pagi..sebelum tue sempat mak tanya nak makan pagi ka tak??Abah angguk..mak pun gi sapu roti+kaya..dan buat air panas....". Lepas tue datang Kak Ha(kak ipar aku) kata..ayah dah tidur mak.."Bila mak hinjut badan...ayah tak gerak-gerak..mak panggil jiran untuk sahkan yang abah dah meninggal"..Innalillahi wainna ilaihi rajiun
Semoga abah di tempat di kalangan orang yang diredhai Allah..Amiinn
Semoga mak tabah bila insan yang hidup menempuh susah senang,tawa dan gembira selama lebih 40 tahun sudah tiada...Al-Fatihah (1933-2009)
"Kematian itu suatu yang pasti semoga kita 'pergi' dalam husnul khatimah"
5 orang tumpang melukis:
takziah buat ainul n husband
tq amie..
takziah.... saya baru tahu... tu pun sebab baca blog
ooo..masa hari kejadian adanz cuti
takziah mata gembira..
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda