KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Buku catatan perjalanan 2009
makin hampir ke kulit....
365 helaian catatan kehidupan bagai amat singkat
365 helaian itu bagai amat pantas mencantas..

Atau
Mungkin kerna masa berputar teramat ligat
Mungkin kerna jam dan minit kehidupan
Bergerak semakin cepat...


Helaian kehidupan 2009
Penuh warna warni
Suka dan duka


Helaian 2009
Ada terselit erti faham
Setiap insan pasti diuji
Tak semesti yang baik itu harus wangi dan indah
Malah ada juga pada yang busuk dan hodoh..


Bukankah penawar
Racun patukan ular datang dari bisanya??
Mungkin benar kata bidalan
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang..


Helaian 2009 ini

Mungkin mengajar kita,

pelajaran hidup...

Untuk senyum walau hati berbunga walang

Untuk ketawa walau jiwa sedikit terluka..



Moga helaian 2009


Menjadikan kita matang seiring usia

Bertambah amalan pada Yang Maha Esa

Masa untuk melipat kemas helaian 2009...


Selamat Datang 2010...

Moga helaian baru ini lebih manis dan riang warnanya..

Untuk kita semua..hambaNya..;)

Aku anak jati Penang..tapi memang selalunya fail bab selok-belok tempat menarik di negeri kelahiran sendiri....cuti hujung minggu...sempat aku jalan-jalan cari makan..Cari tempat makan yang femes...dengan bantuan cik google..

Layan.....

Lambatnya nak sampai turn aku...


Kerna wajib berbaris sebelum dapat makan...dan dengan terujanya aku tersalah sarung selipar jepun...pasrah aja lah kan..




Muka semangat makan ala2 Maria Tunku Sabri..(menurut seorang rakan merangkap jiran)
Kalau nak rasa pure,authentic,bombastic kari..tempat nie memang sesuai..tapi..ada tapinya,bab2 kebersihannya kurang sikit..Kalau diri ini menjadi juri..aku bagi 2 bintang dari lima bintang kot...

Selera tersentak sikit bila masa tengah 'q' nak pilih lauk pauk ada pulak suara sumbang kat belakang aku yang bersuara"Ermm...patut sedap pun...tengok tangan pakcik tue..siap berpeluh lagi tue..so,ada garam asli lagi tue" Owhh..sungguh mematikan selera betul..



Sekitar Pesta Pulau Pinag Sg.Nibong...kali kedua aku jejak kaki ke pesta nie...setelah hampir 15 tahun tak pernah pi..


Ni gambar capture sendiri..coz amat malas dan segan nak mintak org tolong amikkan;)

Benda nie ja yang aku berani nak naik..tapi agak mahal la..nak kena bayar dengan 3 token.1 token=RM2...so,6 hinggit la untuk sorang;)



p/s:post en3 terbengkalai 2 weeks..hehe~~

Sabtu muncul lagi..Aku suka,memang best sebab tak payah nak berpagi-pagi bersiap ke ofis..Tapi..sabtu kali ini, bila ada seseorang tanya "Hari nie ada apa-apa plan tak??".Aku jawab seikhlas dan setulus mungkin.."tak dak,nak buat keja rumah dan pembersihan saja"

Jom pi ofis nak kena buat kerja yang tak abis semalam..kira macam OT la nie..Aduhai..malasnya aku nak bertapa kat ofis orang kan..huhu..Nak pi tak pi..last-last ku gagahi kaki mengekori sambil usung laptop tangan pulak kelek buku dan modul.Konon nak rajinkan diri buat semua nota dalam 3 jam masa menunggu orang lain habiskan kerja...sambil buat-buat rajin sebab malu nak keluar keruang kerja si dia..maka bertapa dalam bilik meeting ofisnya.Alasan dan lakonan yang cukup kukuh kan??


Menjejak kaki di AS..perut kriok-kriok lapar..so,membeli belah untuk breakfast..ok,aku cuba try test roti bollywood..nama dah boombastic..Harga pun memang meletup..sekeping roti rm1.50 dengan kuah sardin dan kari..huhu..uhuk




Roti bollywood yang tinggal separuh..Dah nama pun Bollywood mesti kena mahal kot..mujur sedaapp


Bila dah tak fokus,tumpuan kian hilang,mata makin minta dipejamkan..inilah kerja aku...menangkap apa yang patut


Dari sudut atas..depan tue Pekan Rabu..

Part seterusnya memang aku suka..sebab aku dengan paksa rela teman si dia..upahnya belanja makan tengah hari..nama kedai aku dah tak ingat..tapi kedai tue bertentang dengan pacific..makanan boleh tahan sedap..tapi bila ada seseorang yang tak diingini..aku dah la fobia..memang aku lemah sikit bila tengok golongan nie..Bila aku makan sambil jeling-jeling kat dia..dia siap buat ala-ala teropong macam dalam cerita P.Ramlee..Makan pun dah tak senang..Husband aku kata"Dah takut..apasal dok tengok-tengok..".Betul jugak kan??bukan apa..aku nak pantau tindakan dia..agar tak mai kat aku..hehe
Alang-alang dah dekat dengan pacific..terus ke toko buku..dah lama aku tak beli buku...dah hampir 2 bulan...Buku nie yang jadi pilihan aku..
Hidup Bukan Rahsia oleh sis Zabrina aku ondaway baca..best!!Buku nie dah pernah diwar-warkan kat blog zatul. Baru kini aku ketemu bukunya...

Nota Hati Seorang Lelaki:tengok tajuk memang tak sesuai untuk aku..tapi aku baca jugak..hehe..Aku minat gaya pemulisan dan lenggok bahasa pengarangnya...



Sehebat manapun tempat orang,tempat sendiri tetap dekat di hati...ececeh

Salam..

Semalam ketika mana waktu kemuncak nak balik rumah..around 415petang..aku godek-godek internet..jumpa la baju baru ..macam berkenan ja rasa..dan gatalkan tangan menyalin baju baru tanpa lengah dan lenguh...

Memang menarik pandangan mata aku...
Tapi bila dah siap salin semua..aku dah tak reti nak berpatah balik..teruskan aja lah dengan baju yang baru nie..dah banyak aksesori yang hilang..huhu

Nak tengok hasil persalinan baju itu??hehe



*


*


*


*


*


*

template ini adalah datang dari bietemplates


Sesiapa yang bijak bestari..sila beri tunjuk ajar ya..hehe

p/s:AziS sila turunkan ilmu tanpa segan silu..ehehe
p/s/s:Kawan-kawan blogger yang bijak bestari..sila beri komen yang bernas dan berisi..

Kepenatan dan lenguh badan masih terasa..urat bagaikan tersimpul-simpul aku rasa..mungkin terlalu lama di perjalanan atau mungkin semuanya berlaku terlalu cepat tanpa disangka..Atau mungkin diri sendiri sering terbiasa dimanja dengan kerehatan dan kesenangan

Tanggal 4.12.2009 merupakan detik kehilangan kepada keluarga mertua kerana..abah(abah mertua aku) meninggal dunia.Anak mana tidak sedih bila mendapat khabar berita sebegini dan yang paling menyedihkan bila terfikirkan perjalanan yang harus ditempuhi 8-9 jam..Waktu yang bukan sekejap..

Kematian itu pasti..Itu janji Yang Maha Esa..

Usai mendapat tahu dari husband..aku yang ketika itu enak meyuap nasi lemak bersama Sue..menghabiskan sisa berbaki.Meluru ke ofis dan minta ihsan fiz untuk hantar aku ke kuarters..dan sempat maklumkan kepada Ustazah KJ..

Terus menunggu husband dan memecut ke Penang(menunggu abang ipar dari Kulim)dan selepas zuhur baru bertolak..ya,jam di tangan sudah 1.30ptg..kenyataan sedih yang harus ditempuhi aku dan husband yang kami tidak sempat menatap wajah abah mertua buat kali terakhir.

Hujan di sepanjang perjalanan.Sampai di Dengkil..aku memberanikan diri drive bagi meringankan beban abang ipar yang baru lepas operate...Di Melaka hujan amat leba..ketakutan yang berja di hati dengan keadaan gelap malam dan hujan yang mengaburi pandangan aku buang jauh....tapi di dalam hati Allah yang tahu...

Pukul 10 malam baru selamat tiba di Batu Pahat,tahlil pun dah selesai..aku jeling-jeling tengok muka husband..sedih aja dia..senyap aja..sabar sabar

Kata mak mertua aku"Abah meninggal pagi..sebelum tue sempat mak tanya nak makan pagi ka tak??Abah angguk..mak pun gi sapu roti+kaya..dan buat air panas....". Lepas tue datang Kak Ha(kak ipar aku) kata..ayah dah tidur mak.."Bila mak hinjut badan...ayah tak gerak-gerak..mak panggil jiran untuk sahkan yang abah dah meninggal"..Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Semoga abah di tempat di kalangan orang yang diredhai Allah..Amiinn
Semoga mak tabah bila insan yang hidup menempuh susah senang,tawa dan gembira selama lebih 40 tahun sudah tiada...Al-Fatihah (1933-2009)

"Kematian itu suatu yang pasti semoga kita 'pergi' dalam husnul khatimah"

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)