16 Julai,Khamis-PTSS:Seorang pensyarah dilaporkan telah memulakan hari pertamanya mengajar pelajar istimewa..BK2-3.4...tingginya mak ooiii...setelah penat mendaki kurang lebih 30 anak tangga..sampailah si pensyarah itu kat kelas yang nak dituju tue..
Dari jauh si pensyarah dah nampak 2 figura insan istimewa..maka dia pun menghayun langkah dengan kasut yang agak baru dibelinya berketinggian 1 inci..bunyinya tok tok tok..insan yang berdua tue buat derk aja...Maka barulah pensyarah itu tergelak sendiri bila aku baru teringat yang insan berdua tue tiada pancaindera yang satu itu...bahu insan istimewa itu dicuit dan menuunjukkan arahan masuk dalam kelas....insan itu tersenyum manis...
Masuk aja kelas...dah ada 10 orang dah siap sedia berdiri...tindakan pertama si pensyarah adalah..tutup pintu..hehe..Tindakan ini disebabkan pensyarah malu kalau ada yang lalu lalang tue terpandang dirinya yang sedang mengajar ..Ternyata si pensyarah itu pemalu..huhu
Setelah memperkenalkan nama..Pensyarah itu pulak diberi nama isyarat..gabungan A dan F..akronim namanya...bukan membawa erti Akademi Fantasia.jauh sekali Akademi Fanta sia-sia..hehe
Pada pandangan pensyarah tersebut.."insan ini semuanya cukup sifat fizikalnya..malah semuanya cantik-cantik belaka..namun ada hikmah di sebalik ciptaan Allah..cuma manusia aja yang tidak tahu.."kata pensyarah tersebut dengan nada yang perlahan...
Dengan penuh tawadduk si pensyarah siap-siap dah bagitau yang dirinya baru belajar sign language..tapi insan-insan istimewa nie kata..takpa..(ini kiranya pensyarah tersebut dah memberi hint yang dia tak pandai sangat sign language..)
Menurut pensyarah tersebut...insan istimewa ini datang dari pelbagai latar keluarga..antaranya berasal dari kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang,Penang,Selangor...ada yang bapanya peniaga,polis,pesara,tukang masak....Meraka disatukan dalam 1 bahasa yang hanya difahami oleh insan-insan sperti mereka..Liuk lentuk jari mereka begitu lembut dan gemalainya...
Kelas yang sejam itu terasa cukup memberi makna kepada diri pensyarah tersebut...akhir kata si pensyarah berkata dengan nada yang girang"Aku mengajar,dan aku belajar.."
Mata Gembira:Bersyukurlah walau kita tidak sempurna tapi sekurang-kurangnya kita cukup pancaindera..
0 orang tumpang melukis:
Post a Comment
Lukisan anda adalah nilaian diri anda