KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Fuuhhh..fuhhh..haha..dah berhabuk rupanya..siap bersawang lagi...Tetiba teringat jugaka aku kat blog ni..dah lama tak dimekap dan dimandikan...semuanya pun cerita yang dah basi...Ada masa sikit..so,update lah..

Ini kisah edisi balik penang..sempat ambil angin senja di Padang Kota Lama...malas nak menaip panjang-panjang..so,biarlah gambar berkata-kata;)

Muka orang seronok dapat makan rojak yang best...walaupun seciput ja untuk dikongsi..

Muka 'pemandu' untuk hari itu...yang first time jejak kaki kat padang kota lama....

Senja..aku suka view nie...bila hampir senja..

Sempat menempek kat sini..tengok orang tengah susun cawan plastik,dalam tue ada lilin,tapi lilin tak pasang lagi..sebab nak tunggu malam sebab kena tunggu pukul 8 baru nak pasang..biar hanya ada cahaya lilin..(huhh..cukup panjang tak ayat nie??)
Macam nilah rupanya cawan plastik tu

So..jadilah macam ni rupanya..Earth Hour..dah nak maghrib..so permisi dulu...tunaikan kewajipan seorang hamba

Mood cuti...
Mid sem break untuk student politeknik + sekolah....
Sekarang amat lengang..
Sampai aku bagai mak guard jaga partition..

Mata pulak memberat..kebarangkalian untuk tidur dan terlelap amat tinggi
Plus pulak aircond yang nyaman bangat...

Masa yang sesuai untuk orang rajin buat kerja yang terbengkalai..tapi aku malasnya amat..
Wahai printer cepatlah 'sembuh'..banyak benda aku nak print
Kerna dah terlanjur tabur janji kat student nak buat kuiz..
Tapi soalan masih dalam 'salinan lembut'..

Purata aku tenogk jam di tangan pun semakin tinggi...
Lima kali sejam mungkin..setengah jam mungkin..

Ok...cepat cari ubat hilangkan malas..
kalau tak sia-sia tak cuti tapi lebih dari orang yang bercuti

Log out segala macam laman sesawang,laman sosial dan belog..
Terus kerja...salam;)

Tuan punya blog nie habaq dan pesan,
dia amat sibuk sejak dua menjak kebelakangan..


Bukan sebab dia naik pangkat
Tapi sebab banyak kerja nak dibuat...


Walau ada juga yang nak dibahan dicoret,dikongsi
Tapi dia banyak kerja tertangguh yang lebih penting..pasti


Mana dengan marking paper
Mana lagi fail yang nak diupdate dan nak dihadap
Mana dengan kelas nak sedaya upaya diganti,bersyarah tanpa henti..kalau itu yang dia mampu


Dan..buat sekian kali tuan blog nie rasa macam tak cukup aja kerja sampai pukul 5...
Dan..buat entah ke berapa kali dia sedar yang siapa bertangguh menjadi lenguh..
Lenguh mennaggung kerja yang menimbun di dalam kepala dan di depan mata...


Tuan blog nie..akan tinggalakan lagi blog nie untuk kesekian kali..
Mungkin berminggu..berbulan lamanya..


Dia kata takpa kalau blog nie berhabuk bersawang..
Nanti bila dia ada masa dia akan sapu,mop,cuci dari lantai sampai ke alang..


Selamat tinggal....tuan blog nie kena sambung kerja yang masih bersisa.....

Cikgu,guru,ustazah,teacher atau pensyarah..
walau konotasi berbeza,namun kita tetap berkongsi tugas
dan tanggungjawab yang sama serupa seiras seia..
Walau datang dari ceruk mana,walau bertutur dialek mana.
walau kelulusan setinggi mana,walau sijil dekan setebal mana..
semua guru tetap berjiwa pendidik..
Semua guru tetap ingin melihat anak didik
kalau tidak cemerlang sekalipun
Biarlah dia menjadi 'orang,bukan kelak menjadi petualang....
Kata orang,guru mesti paling bijak
Fikir orang guru wajib ilmu melimpah di segenap ruang
Hanya tunggu masa untuk diluah dibuang...
Persepi orang tugas guru bagai menggigit kulit kacang
Sangka orang kerja guru hanya bergoyang kaki menunggu hari gaji..
Namun di dalam kandang pembelaan guru bersuara...
Kini kami mesti meyelidik selain mendidik
Kini kami wajib mengkaji itu dan ini
Kini kami perlu menulis biar idea seakan muflis...
Mungkin guru mesti menjadi seperti ini??

Baru tercapai ISO seorang guru..layak medapat cop SIRIM bidang ini??
Segala ilmu mesti di hujung jari...



Jika itu yang mesti guru miliki...
Untuk menggengam gred A++ atau mungkin A berbintang-berbintang..


Walau sesekali terlintas rasa bosan
Sedikit terselit rasa malas
Sedetik berputar perasaan kecewa
Sepicing rasa bagai ingin bertukar kerja....
Ingatlah bahawa walau sedikit manapun ilmu yang kita curah
walau ia sebesar kuman yang perlu kepada teleskop
Kita tetap ada 'saham' di sana..
Selamat menjadi guru terbaik
Tanpa kenal jemu mendidik
Selamat mendidik menabur jasa
Bukan sekadar menghambur kata..
** Pemilik kanvas ini menulis sebagai motivasi bila dia rasa malas nak mengajar...guru-guru yang lain jangan malas ya..selamat mendidik.....selamat mengumpul saham untuk dibawa ke 'sana'..
Semua gambar ehsan dari google

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)