KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Langkawi:17-18 April 2010

Sebenarnya dah lama gambar2 ni di upload.tapi diperam jadi pekasam..malas nak menulis..So,bila ada sikit masa mulalah kembali menaip ;)

17.04.2010

Berpagi-pagi lepas subuh dah bertolak ke Kuala Perlis..kira cerah-cerah tanah lah nie..ayam pun masih berdengkur..sampai kat jeti..mak aaaii ramainya manusia..sabar je lah..ada lagi yang awal rupanya.. Aku 'berlepas' tiket pukul 8.30 pagi

Jejak saja kaki di 'Pulau Mahsuri' nie..settle bab sewa menyewa kereta..tempat pertama singgahan kami..'pemandangan indah'..tapi tempat nie takda orang pun...kiranya kami berdua aja lah kat situ saat dan tika itu..hehe..seingat aku..masa zaman sekolah rendah dulu berbelas tahun dah pun..
Destinasi seterusnya..cable car..masa tue hujan agak lebat..so,service cable car kena stop buat seketika,orang pun punyalah ramai..tak cukup q kat atas kat bawah pun penuh..so,aku surrender..kami decided check-in dulu di Langgura Baron Resort,Pantai Cenang
Lepas check in dan solat,barulah kami kembali menjelajah langkawi..hirup udara pantai dan kemudian kembali bertemu cable car.Dah lewat kami sampai..around 5pm,so orang pun ian luak..o lah tu;)
Muka penat mendaki tangga di hentian cable car..Hidung masing-masing pun kembang sebab tak cukup nafas..
18.04.2010
~Island Hoppnig~
First time experience..pakej pun boleh tahan murah..RM 30 per person..Destinasi lompat-lompat ke pulau nie adalah Tasik Dayang Bunting~Eagle Feeding ~ Pualu Beras Basah~
Pukul 9 ada seorang pak cik ambik kat chalet untuk ke jeti..Inilah rupa jetinya
Peaceee..1 bot tue dalam 12 orang kalau tak silap..dan beberapa budak2 kecil(ahli 'sebot' yang lain tiada dalam gambar)
Waktu sampai di tasik itu..banyak monyet kat sini..so,jangan sesekali bawa beg palastik yang menayangkan makanan dan bekalan anda..AWAS!!..nanti mesti akan diragut..betul
Inilah pemandangan kat tasik itu..nyaman..air hijau..ramai jugak yang mandi..aku lepak2 aja;).Banyak kisah pasal tasik ini..tapi kita kena yakin pada Allah..jangan sampai terjebak dalam khurafat..kan??Selepas sejam di situ..adik pemandu bot is coming..ke destinasi kedua..Eagle Feeding..nayak helang kat sini..(tapi aku tak upload gambar helang-helang nie)
Destinasi terakhir: Pualu Beras Basah..subhanallah cantik yang amat pulau nie...i like;)..Layan..

Ikut tentatif..cukup sejam di Pulau Beras Basah..masa untuk ke daratan...dan masa untuk balik ke Perlis...

Cukuplah cuti yang dua hari ini kami berjalan-jalan rehatkan minda di Langkawi..kalau ikut hati nak aja berlama-lama di sana..hehe;)..Tapi kerja..kerja ..kerja..setia menunggu berbaris..

Cuti-cuti Malaysia..cuti rehatkan minda;)

Fuuhhh..fuhhh..haha..dah berhabuk rupanya..siap bersawang lagi...Tetiba teringat jugaka aku kat blog ni..dah lama tak dimekap dan dimandikan...semuanya pun cerita yang dah basi...Ada masa sikit..so,update lah..

Ini kisah edisi balik penang..sempat ambil angin senja di Padang Kota Lama...malas nak menaip panjang-panjang..so,biarlah gambar berkata-kata;)

Muka orang seronok dapat makan rojak yang best...walaupun seciput ja untuk dikongsi..

Muka 'pemandu' untuk hari itu...yang first time jejak kaki kat padang kota lama....

Senja..aku suka view nie...bila hampir senja..

Sempat menempek kat sini..tengok orang tengah susun cawan plastik,dalam tue ada lilin,tapi lilin tak pasang lagi..sebab nak tunggu malam sebab kena tunggu pukul 8 baru nak pasang..biar hanya ada cahaya lilin..(huhh..cukup panjang tak ayat nie??)
Macam nilah rupanya cawan plastik tu

So..jadilah macam ni rupanya..Earth Hour..dah nak maghrib..so permisi dulu...tunaikan kewajipan seorang hamba

Mood cuti...
Mid sem break untuk student politeknik + sekolah....
Sekarang amat lengang..
Sampai aku bagai mak guard jaga partition..

Mata pulak memberat..kebarangkalian untuk tidur dan terlelap amat tinggi
Plus pulak aircond yang nyaman bangat...

Masa yang sesuai untuk orang rajin buat kerja yang terbengkalai..tapi aku malasnya amat..
Wahai printer cepatlah 'sembuh'..banyak benda aku nak print
Kerna dah terlanjur tabur janji kat student nak buat kuiz..
Tapi soalan masih dalam 'salinan lembut'..

Purata aku tenogk jam di tangan pun semakin tinggi...
Lima kali sejam mungkin..setengah jam mungkin..

Ok...cepat cari ubat hilangkan malas..
kalau tak sia-sia tak cuti tapi lebih dari orang yang bercuti

Log out segala macam laman sesawang,laman sosial dan belog..
Terus kerja...salam;)

Tuan punya blog nie habaq dan pesan,
dia amat sibuk sejak dua menjak kebelakangan..


Bukan sebab dia naik pangkat
Tapi sebab banyak kerja nak dibuat...


Walau ada juga yang nak dibahan dicoret,dikongsi
Tapi dia banyak kerja tertangguh yang lebih penting..pasti


Mana dengan marking paper
Mana lagi fail yang nak diupdate dan nak dihadap
Mana dengan kelas nak sedaya upaya diganti,bersyarah tanpa henti..kalau itu yang dia mampu


Dan..buat sekian kali tuan blog nie rasa macam tak cukup aja kerja sampai pukul 5...
Dan..buat entah ke berapa kali dia sedar yang siapa bertangguh menjadi lenguh..
Lenguh mennaggung kerja yang menimbun di dalam kepala dan di depan mata...


Tuan blog nie..akan tinggalakan lagi blog nie untuk kesekian kali..
Mungkin berminggu..berbulan lamanya..


Dia kata takpa kalau blog nie berhabuk bersawang..
Nanti bila dia ada masa dia akan sapu,mop,cuci dari lantai sampai ke alang..


Selamat tinggal....tuan blog nie kena sambung kerja yang masih bersisa.....

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)