Cikgu,guru,ustazah,teacher atau pensyarah..
walau konotasi berbeza,namun kita tetap berkongsi tugas
dan tanggungjawab yang sama serupa seiras seia..
Walau datang dari ceruk mana,walau bertutur dialek mana.
walau kelulusan setinggi mana,walau sijil dekan setebal mana..
semua guru tetap berjiwa pendidik..
Semua guru tetap ingin melihat anak didik
kalau tidak cemerlang sekalipun
Biarlah dia menjadi 'orang,bukan kelak menjadi petualang....
Kata orang,guru mesti paling bijak
Fikir orang guru wajib ilmu melimpah di segenap ruang
Hanya tunggu masa untuk diluah dibuang...
Persepi orang tugas guru bagai menggigit kulit kacang
Sangka orang kerja guru hanya bergoyang kaki menunggu hari gaji..
Namun di dalam kandang pembelaan guru bersuara...
Kini kami mesti meyelidik selain mendidik
Kini kami wajib mengkaji itu dan ini
Kini kami perlu menulis biar idea seakan muflis...
Mungkin guru mesti menjadi seperti ini??
Segala ilmu mesti di hujung jari...


Untuk menggengam gred A++ atau mungkin A berbintang-berbintang..
Walau sesekali terlintas rasa bosan
Walau sesekali terlintas rasa bosan
Sedikit terselit rasa malas
Sedetik berputar perasaan kecewa
Sepicing rasa bagai ingin bertukar kerja....
Ingatlah bahawa walau sedikit manapun ilmu yang kita curah
walau ia sebesar kuman yang perlu kepada teleskop
Kita tetap ada 'saham' di sana..
Selamat menjadi guru terbaik
Tanpa kenal jemu mendidik
Selamat mendidik menabur jasa
Bukan sekadar menghambur kata..
** Pemilik kanvas ini menulis sebagai motivasi bila dia rasa malas nak mengajar...guru-guru yang lain jangan malas ya..selamat mendidik.....selamat mengumpul saham untuk dibawa ke 'sana'..
