KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Aku ada sebuah kisah sedih dan berbahaya...tanggal 13 zulhijjah...

Ceritanya bermula..bila mak bekalkan aku tulang dan daging-daging korban.Agak banyak untuk santapan kami berdua.Pesan mak..

"Tulang nie sedap dibuat sup..tapi kena rebus lama sikit..sampai lekang isi dengan tulang...tambah pulak dengan air asam.."

Cukup buat aku kecur liur..hehe

Tulang daging yang masih dalam proses pemotongan..


Alkisahnya..esok hari terus aku mereneh daging..dengan api secukup perlahan dan secukup rasa...Petang tue daging masih kurang empuk..Aku reneh dan rebus lagi sejurus makan malam pulak..sambil layan filem hindustan Yes Boss..Sambil plan nak masak gulai daging ceroi dan ubi kentang..sama air asam dan daging rebus..pergghh

Mata mula memberat dan aku menonong masuk tidur....

Dengan tidak semena-mena aku teringat tulang daging yang aku rebus..ooohh tidak!!
Buka aja pintu bilik.. hidung disapa bauhangit, satu rumah..periuk hitam legam dan tulang tue dah macam terbakar..sedih kan?dah bukan rezeki aku nampaknya..

Tapi syukur jugak tak terjadi apa-apa yang lebih merbahaya...Tanpa berlengah terus saja aku report pada yang seseorang "Ainul lupa tutup api..habis daging hangit"
Jawapan yang aku terima"Ada daging lebih tak yang mak bagi semalam??"
Jawapan aku pulak"Ada..amboi,bukan nak tanya ainul selamat ka tak.."
Jawapan balas"Nie dah ada kat sini,confirm selamat..sebab tue tak tanya..hehe"

*Ok,logik kan??tarik nafas dalam-dalam...sabar..terus sembahyang subuh..terus berdoa;)
Nak tengok rupa daging tue???

*
*
*
*
Inilah hasilnya tulang daging yang direbus dari 930malam-6.00 pagi..kesian kan??
Moral of the story:
Jangan lupa check dulu dapur sebelum tidoQ..bahaya!
Apa aku nak habaq kalau mak tanya..hang masak apa tulang daging korban hari tue??
*wink*wink*

Suasana makin lengang,
Semangat kerja kian hilang
Lagi-lagi bila rakan taulan kian pulang
Menuju ke pangkuan keluarga tersayang..

Salam Aidil Adha..
Sesekali dalam hidup perlu kepada pengorbanan
Yang penting jangan sesekali pengorbanan dihitung dicongak
Kerna..
bukan hanya kita sahaja yang pernah berkorban
Mungkin lebih ramai di luar sana yang sanggup berkorban
Jauh lebih hebat dari kita..

Pengorbanan itu tentunya mulia
Dan pastinya ada ganjaran dari Yang Maha Esa
Jika bukan hari ini,mungkin esok atau lusa
Atau juga bila-bila
Tapi pastinya ada...
Apa yang kita korbankan untuk Islam??..

Selamat Menyambut Aidiladha,
Buat yang sering meninggalkan nota pesan di sini..buat yang sekadar menjengah tanpa kata..

Sejak dua menjak nie..memang musim hujan...makanya,perut pun asyik berkeroncong.Nak keluar membeli lauk tunjuk-tunjuk pun teramatlah malas..so,wajiblah rajinkan diri memasak..bagus jugak kan??

Gambar di luar balkoni rumah..

Kurang gelap:Pukul 1petang
Lebih gelap:Pukul 6.30 petang
Aku jenguk-jenguk di luar tingkap,
Aku lihat langit makin gelap,
Maka perut pun bernyayi tak ingat
Rajinkan diri biar dapur berasap..hehe


~Breakfast~


Nasi Lemak tanpa kolestrol nie..baik untuk kesihatan..
(aku tak letak santan..nanti mengantuk dan amat
tidak sesuai di waktu hujan,sebab tak banyak buat aktiviti..)


~Lunch~

Ayam masak lemak Cili Padi atau Cabai melaka
Yang nie ada santan la pulak..hehe


Makan dengan kerabu taugeh dan kerang..sedaappp
First time aku cuba buat..ok la..rasanya
Sumber resepi:blog cik mat gebu


p/s:Makanya resepi tengahari membawa ke malam la..just tambah telur dadar ja untuk malam..ok..'rajin' tak aku nie??..strategi malas masak untuk malam la nie..terus ja masak resepi yang berkuah..pakej lunch dan dinner..

p/s: Ini semua berkaitan menu..amat tidak sesuai untuk tontonan sesiapa yang tidak berminat dengan resepi..hehe

Kes Tak Jadi 1
Around pukul 830pg(kalau tak silap..) sue sms "kami tak jadi tumpang ainul ke puncak janing,kami pi dengan naim..tapi pi sekali dengan ainul..".Sms diterima dan berita faham..bila nak reply ja..tertera sending message failed.Sepicing cuma,bunyi call in..owh..sue telepon..(kesian sue,bukan aku tak nak balas,dan belum sempat aku telepon dia bertindak terlebih dahulu..hehe)

Ke Puncak Janing
Walau tidak dapat sepenuhnya terlibat semasa Kem Penghayatan &Kepimpinan Islam anjuran unit..aku menjengah diri barang seketika di PJ Sentosa Campsite..sebagai tanda sokongan dan dokongan...;)


Tepat pukul 9 pagi yang dijanji oleh sue..kami bertolak..nampaknya 'drebar bertauliah' sue dah amat cekap selok belok jalan menuju puncak janing ,so..kami ikut dengan patuh dan taat sekali,I follow..(walaupun aku dah semangat call cik dba..bertanya arah tuju kami ke sana nanti..hehe)

Hujan lebat sepanjang perjalanan...beratnya mata aku..macam digam-gam pulak

Slot motivasi:Kecemerlangan

Sebaik menjejak kaki di PJ Sentosa..ermm,memang sentosa,aman dan permai..jauh dari pekan maupun bandar..Hujan renyai-renyai..angin sepoi-sepoi..Memang langkah kanan,dah masa untuk minum pagi peserta..aku pun tumpang menjamah sebiji dua kuih..Kami dilayan oleh cik dba,cik ira dan Ustazah KJ..

Sempat aku dengar satu slot tentang Kecemerlangan...oleh rakan sejawat..(dah mula berjinak2 dalam bidang memberi motivasi ya..bagus2)Aku??entah bila ada keberanian itu..huhu

Inilah dia yang aku maksudkan...


Antara perserta... Ustazah KJ pun turut serta mendengar slot nie

Antara pemudi tiang negara yang memberi sokongan dari belakang


Kes Tak Jadi 2

Hajat di hati nak jugak berlama-lama di kem PJ sentosa..hingga selepas zohor mungkin..tapi disebabkan abang ipar yang dimasukkan ke KPJ Penang,nak di operate kami berdua beransur awal.Walaupun cik dba memujuk sesopan mungkin untuk menjamah makan tengahari terlebih dahulu.Tak sedap pulak rasanya membiarkan abang ipar dan biras menanti lama di sana.Aku dibekalkan 2 biji cucuq badak dan pulut sekaya..Walau aku menolak disebabkan malu kucing kan..(dahlah datang sekejap,samapai menapau apa yang ada..sungguh tidak molek kan??hehe..)

Kes Tak Jadi 3

Menjejak saja di Pekan Pokok Sena..aku dapat call dari abang ipar"Ainul,doktor pakar takda hari nie,so..tak jadi nak operate.ainul tak payah balik pun tak pa...".Seakan sama seia sekata..aku dan husband setuju untuk tidak balik...terus ke Hospital Sultanah Bahiyah..sebelum tue menyahut seruan perut di Restoren Pumpung..

Hospital Sultanah Bahiyah

Sms dari ainun "Wad Kenanga,tingkat3,3c".Berpandu arahan tanpa suara itu..aku menjejak tuan empunya diri yang masih terlantar..Ada beberapa kelibat rakan taulannya yang setia di sisi katil.Aku bersalam dengan wanita bertubuh kecil..di wajahnya ada kepiluan yang disorokkan juga segunung ketabahan..Ibu mana yang tak sedih,hati mana yang tidak berduka bila si anak yang dulunya ceria.. terlantar dengan kesan jahitan di kepala..Ada setitis dua darah cair mengalir dari jahitan itu...

Aku bertanya dan berbual apa yang patut..takut bertanya lebih mungkin menimbulkan lebih kesedihan..Ida(kawan adikku..)kini lesu,matanya terbuka tapi pandangannya kosong..tiada kerlipan mahpun kerdipan pada matanya malah tiada senyuman pada baris giginya...

Akhir pertemuan dengan Ida bila aku dan husband menghantar adikku dan dia ke rumah sewa berdekatan USM..hingga ke muka pintu..Sempat aku mengusik"Wah,ida dah macam Yuna la nie nu.."Merujuk pada fesyen lilitan tudungya".Ida macam biasa..."terima kasih kak..hantaq saya.."

Sedih kan??....Semoga Ida cepat sembuh..dan keluarganya tabah..

Mata Gembira:Moral en3 di atas.."Kita merancang,Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang

Sedar tak sedar dah setahun aku bergelar isteri..Bersempena dengan itu,aku dan husband celebrate tanda ingatan dan kesyukuran..

Kat sini aku tempekkan serba sedikit gambar kenangan


Nama Program :Menginjak Usia Setahun
Tarikh: 15 November 2009
Tarikh sebenar yang perlu disambut: 16 November 2009
Aktiviti : Makan,makan dan makan angin
Destinasi yang ditujui:Mai Cafe dan Kola Perlis(destinasi bajet2009)
Menu : Western Food,Al-Ke'kah


Pilihan aku grilled chicken with blackpepper sauce..pilihan si dia
lamb chop medium done

Dan... pilihan kami berdua ice cream tapai


Makan time!!


Destinasi ke-2 kami,Kola Peghelih..






Doa aku:
Semoga kekal bersama selamanya,Semoga dikurniakan apa yang dihajati,Semoga saling bersama suka maupun duka,Semoga bertambah iman di dada,Semoga tabah dengan dugaan yang melanda,semoga dalam mawaddah selagi bernafas bernyawa,dan...semoga kekal di jalan-Nya..aminn;)

Hujung minngu lepas banyak jugak tentatif program aku ..bermula dari jumaat sampai Ahad..Ya,aku cuti 3 hari...saja2 ambil cuti..nak menghabiskan cuti..hehe..



Jumaat
Pagi-pagi lagi ikut husband pi kerja..lepak sat kat KFC..ingatnya ada wifi..tapi kata staf situ"belum pasang lagi akak"..So,berbreakfast mahal di KFC..nasi lemak biasa saja plus ayaq..dah RM5..uhuk..mujur dapat duit belanja pagi tue..hehe


Alang-alang menyinggah di AS...terus bertandang rumah kakak aku di KB..si amna pun nak ikut anyang..jadi aku bawa balik dia..petang hantaq balik..kesian afham nak ikut jugak..hehe


Amna sampai aja di rumah..terus menulis+melukis+cerita itu dan ini..dan akhirnya aku terlelap(tertidur sebenarnya) dan dia masih tekun melangsaikan 'kerjanya'


Antara gambar Amna yang aku sempat snap...





Inilah 'hasil' Amna..lukis kek 3 tingkat untuk pak njang dan mak njang..kek besday katanya..ermmm mungkin kek annivesary kot..Dan habislah highlight mak njang amna kerjakan..hehe



Sabtu
Berpagi-pagi aku jogging sekitar poli..bukan joging sebenarnya,istilah yang paling tepat berjalan kaki sekitar poli..nak jogging pepagi nie semput jugak rupanya.Pukul 645pagi lagi boss dah keluar arahan tanpa kompromi.Aku yang menurut perintah...



Tengahari pulak beramai-ramai ke Kuala Nerang,bersempena meraikan hari bahagia cik fiz...ya,sekarang dah jadi puan fiz...'kompang dipalu,pengantin malu..'hehe

Padan...fizah dalam pakaian pengantin rona pinang masak..ada class


Antara yang hadir...wanita bertudung hitam yang menjadi penunjuk jalan ke rumah pengantin...


Inilah antara aktiviti berfaedah aku sepanjang minggu lepas...hehe

Ooohh..jam di tangan dah pukul 8pagi..aku masih bersenang lenang di kerusi empuk berona biru pekat..Tangan lincah menekan keyboard..mata meliar menjeling berita-berita semasa..

Masanya telah tiba..jom ke kelas...

Setelah 3 aras dapat ku tawan dengan berkali nafas semput dan ratusan kelipan mata..Sampai jua tempat yang dituju..

Owh studentku rajin menelaah ya..bagus,bagus,hebat,hebat..
Kalau tak menelaah nanti aku ugut kena denda..paling koman kena ketuk ketampi ala2 labu labi dan haji bakhil..kan malu??

Eh,siapa pulak si gadis bertubuh kecil yang wajahnya berpaling dariku itu??
Pelajar senior yang berminat tangkap sekeping dua gambar dengan student aku kah??
Sedar derap kakiku,dia berpaling menghadap aku..dia senyum,aku pun senyum..

Sekadar senyum??Kenapa tak gaya seperti mahu beredar??Pelik bin ajaib..salah kelaskah aku??Atau salah pensyarah kah dia??

Muka konfius bercampur nafas turun naik memanjat tangga masih jelas...
Owhh..jawapannya ada pada studentku...
Jawapan mereka senyum..diamnya seribu bahasa,seribu persoalan di minda...
Tangan mereka lincah berbicara..
Ooohhh ya..aku tidak faham..mungkin belum habis mengkhatam dan menghadam bahasa yang satu itu..

Si gadis manis berbaju rona hijau lengkap bertudung dengan senyuman bersuara"Saya Ros..jurubahasa untuk pelajar istimewa ini..."

Ooohhh..aku terkejut..aku tak tahu menahu...tapi aku suka,ada yang akan melancarkan lagi pembelajaran dan menjamin pengajaran lebih efisien.."Pelajar didahulukan,pengajaran diutamakan..kan kan??

"Kamu semua suka dapat jurubahasa??"Sekadar menduga
"Suka.."jawapan mereka tulus,telus...
"Ohh..sekarang dah tak suka saya...??" rajuk buatan dari aku
"Suka..sama-sama suka"jawab mereka entah ikhlas entah tidak

Aku senyum hingga nampak gusi dan gigiku yang jarang...
"Saya gurau..saja2.."
Mereka senyum..juga nampak gigi..

Masih perlu alasan untuk tidak menyukai mereka??
Tiada alasan...

Ok...mari buat latihan untuk ujian..latihan dan latihan dan latihan
Minggu depan dah ujian...

"Assalamualaikum.."

Dengan semangatnya sapaan salam aku bersambut"Waalaikummussalam.."

Ok..buka buku agama(ayat skema dari cikgu yang tak berapa nak skema)Hari nie kita buat ulangkaji ja ya..minggu depan dah nak ujian..baca buku,baca buku,baca buku..jangan tidoq,jangan layan internet,jangan sms kawan,jangan bersembang..(sikit2 boleh,dimaafkan
Kata aku sambil menjeling kat individu yang menjadi suspect yang utama lagi dikehendaki

Pot pet pot pet (suara aku mengulangkaji diselangi ugutan lembut dan leteran berhemah)

"Ok,bukak pulak tajuk 2:A.K.I.D.A.H"

Baca dan ingat semua nama-nama malaikat dan tugasnya(sambil jegil mata..)
Mengelakkan diri dari keboringan..aku merayau-rayau sekitar kelas..sampai ja kat satu buku pelajar..aku nampak..jeng,jeng,jeng

Malaikat Izrail : menyampaikan nyawa

Pi pulak sorang lagi..pun tulis benda yang sama..aku yang salah ka depa nie yang pakat salin nota salah?? Kalau timbangan kesalahan untuk situasi ni..berakar umbikan puak majoriti yang akan menang,jawapannya aku YANG KALAH dan aku YANG SALAH..

Jom pelajar semua..kita betulkan balik..malaikat Izrail mencabut nyawa..BUKAN menyampaikan nyawa..

Seorang pelajar angkat tangan" Apa makna cabut nyawa??"soalnya ringkas

"Sama makna tarik nyawa,ambil nyawa..faham??"Waktu tue kita semua akan mati.. jawabku pendek
"Faham sikit-sikit"..kata depa nie lagi..

Aku coret sedikit lagi penerangan..sakitnya bagai pedang yang masuk ke badan dan ditarik serta disentap...macam duri yang ditarik,keluar dari badan..

"sakit ya.."respon seorang pelajar...

Tetiba aku semnagat.."Ok,saya buat gaya ya.."Aku pun buat lagak macam sedang tarik sesuatu dari kaki sampai kepala"..

Alhamdulillah..depa mengangguk..tiada yang menggeleng

Seorang pelajar comel dan ceria,selaku rakan gurau sendaku di kelas tue angkat tangan dan denga keyakinan tahap maksimum berkata "OOHHH...TARIK NYAWA TU TARIK RAMBUT YA..."

Owhh..lakonan aku tidak difahami..tulisan ku di papan putih itu tidak dihadami..Dalam senyum aku menjawab:Bukan,salah..lebih,lebih,lebih sakit lagi..

Nampak kan??pengajarannya mudah..tapi penerangan amat susah..ditambah dengan kedaifan dalam bahasa isyarat..benda yang mungkin mudah bagi kita yang normal..amat susah bagi mereka...

Aku harap depa semua dah faham bab akidah..AMAT penting,untuk kukuhkan jiwa Islam dalam diri mereka dengan keterbatasan ilmu mendalami fikiran dan kefahaman mereka...


Mata Gembira:baru mula belajar bahasa isyarat,2 minggu kuliah..kalau ponteng nanti kena amaran terakhir pulak..ehehe

Salam...

Minggu lepas balik permatang pauh..tetiba mai idea nak meronda-ronda kat bendang belakang rumah...Setelah hampir 12 tahun ku tinggalkan tempat berlumpur,melalui denai-denai,menghirup udara kedamaian dan sedikit bau-bauan proses penghadaman lembu..Ya,hampir 12 tahun.....


Sedikit gambar bagi menceritakan segalanya...Selamat melayan:)

Gambar kat atas..sebaik saja sampai..dah terhidu aromateraphy semulajadi..hasil penghadaman lembu di kiri kanan jalan..uhuk..tapi yang penting tetap senyum..nak ambik gabar punya pasal...ku tahan jua


Waktu nie awan dah berarak mendung..hari mau hujan....Kat sebelah kanan tue rumah burung layang2..Menurut ayah aku..kalau malam..maka burung nie pun masuk runah ler...so,sarang dia boleh dijual....Selalu orang buat sup sarang burung layang-layang

Bebudak nie asyik mandi "ban"(tali air)...siap buat aksi ala2 terjun papan anjal lagi tue..ehehe.."Kakak tangkap gambaq kami apasai apa akak?"... "Erm..nak masuk dalam 360 kat tv3..ahaha

Kalau dulu..mak cukup pantang ada adik2 aku yang mandi ban nie...Dahla bahaya bila air melimpah..bau busuk..jenuh mak aku nak clorox depa nie....ehehe



Masa untuk balik..dah nak maghrib nie...

***Sekian rancangan laporan saya dari ban belakang rumah dalam rancangan 'Menelusuri Jalan Kenangan'..hehe

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)