KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Ramadhan kian melabuhkan tirainya..semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan kerahmatan buat kita semua..
Syawal pula kian menampakkan diri..walau kita bukan lagi serupa masa zaman kanak2 dulu..yang gemar menghitung hari menjelang aidilfitri..namun putaran lagu raya di corong radio seakan menggamit perasaan untuk balik ke kampung (walaupun kg.aku dekat aja..hehe)

Tika dan saat nie..mesti ramai yang jasad saja di tempat keja..yang lain dah melayang kat kampung...(tul tak cik dba??)..Ntah2 dah siap packing barang dah pun...mana dengan biskut yang menimbun,baju raya 2,3 pasang,dan macam2 lagi lah..

Aku pun macam tue jugak perasaannya,tapi raya tahun nie..sedikit lain dari yang lepas2..dulu wajib beraya di permatang janggus,permatang pauh,tapi tahun nie jauh di selatan sana nuu..batu pahat..Sedih??ermm..bohonglah kalau tak terasa apa-apa..dah selama 25 tahun dok beraya dengan mak,ayah dan adik2..kali nie beraya dengan mak mertua,abah mertua..dan ipar duai..(yang penting depa jugak family aku kan??)

Tapi aku terima seadanya..dah berkahwin..kena ada tolak ansur kan?? (harap2 tak berlakulah banjir air mata di pagi raya nanti..huhu..)..Dan yang penting aku menghargai pengorbanan si suami yang rela dirinya di transfer ke kedah..demi aku..hehe

Walaupun nisbah kekerapan balik beraya aidilfitri di batu pahat dan penang 10:1..Biar betul..??(aku harap nie omongan saja ya mas..)

Aku faham perasaan si suami bila dah lama tak ketemu mak dan abahnya..mana sama bercakap di hujung talian dengan bertemu mata kan??Mesti kerinduan pun menggunung tinggi..'Sabaq2'..dah tinggal beberapa hari saja lagi..pesan aku..hehe

Selalu jugak dia provoke aku dengan ayat "Yeah raya nie balik kampung kami,jumpa mak kami,abah kami,kakak kami...adik kami,abang kami..".Ni kes memulangkan paku buah keras lah nie..haha..recycle ayat aku bila tiap kali balik permatang pauh..Ooohhh..tidak!! sedih..tapi aku tabah selagi ada orang tersayang di sisi..kan?kan?hehe..

Bila ada orang kata"Kahwin orang senegeri lagi senang,pagi di rumah mertua petang di rumah mak sendiri"..Ma-sa-elahnya...kasih dan sayang itu sesuatu yang payah nak ditafsirkan...(sedikit berjiwang..hehe)Kalau tak percaya tanya cik azirah (andai terbaca post aku nie..jawab jangan tak jawab..)

Akhir taipan keyboard aku...di mana jua anda meraikan aidilfitri..semoga anda semua bahagia dan berada di bawah lindungan rahmat Yang Maha Esa...

Mata Gembira:Semoga semua selamat tiba di destinasi yang ditujui...

Salam Ramadhan..


Kelmarin(Ahad) sempat aku masak mee kari sebagai juadah berbuka.Dah lama menyimpan hasrat buat mee kari nie..Cuma kemalsan saja..So,hari ini aku post menu berbuka aku..Mee Kari.Bukan apa..kot-kot lepas nie dah malas nak buat lagi..So,gambar yang aku tempekkan nie boleh jadi kenangan buat diri sendiri..kan?kan?

Inilah rupanya mee kari yang aku buat..
Resepi nie aku ambik dari myresepi..
Kalau ada yang berminat nak mencuba resepi nie..jenguk-jenguklah web myresepi...senang,ringkas dan mudah..
Selamat mencuba..(awat dah macam rancangan masak-memasak pulak nie..??)Sekali sekala kan..apa salahnya

Salam Ramadhan...

En3 aku buat kali nie..pasal mengajar lagi...kali nie pasal pelajar moral(aku dan kengkawan sejawatan selalu sebut molal..hehe)..

Kenapa aku pilih en3 nie??huhu..coz sesaja nak 'siarkan' kisah aku dan para student aku..Ikut aku punya perkiraan..mengajaq moral nie memang mencabar mental dan fizikal..

1- Jadual yang di petang Jumaat(student dah letih dan kalut nak balik..lecterur??(nak balik awal jugak kalu bole..hehe)
2- Perlukan banyak aktiviti..kalu tak alamatnya ramailah yang potpetpotpet yang lagi bagus..terangguk angguk tergeleng geleng tidoq
3- Nak habiskan 2jam tanpa sedar..tanpa perlu dok menjeling jam beberapa kali..huhu

So..'tulun' aku bagi idea bernas..nak menghiburkan hati bila mengajar dan sekaligus menggembirakan para studentku...dan depa nie ingat apa yang aku ajaq...and of course teringat-ingat aku...haha

Presentation yang bebudak molal buat..ada yang berlakon,bernyanyi dan lukis poster...(so far,aku puas hati....)
Dalam dok mengajar moral...(seakan sebati dengan aku dan beberapa kawan termasuk siifffuuu..)apa yang aku nampak 'benda baik' dalam pelajar2 nie..depa nie memang bersungguh-sungguh bab wat assignment,presentation..nak2 lagi kalau kata ada markah..alamat berderinglah phone aku macam hotline....macam2 depa nak tanya..masing2 pulun nak buat the best..Sikap nie yang aku nampak kurang dalam pelajar seagama dengan aku...(ada sesetengah yang buat 'sekadar melepaskan batok di tangga' aja..asala boleh..aja..)

Kesimpulannya...kekadang terfikir kenap kesungguhan mereka ini melebihi student seagama dengan ku??Walaupun tak semua student agama aku malas..tapi kenapa sesetengah mereka perlu diketuk baru nak bergerak...??

Fikir2kanlah...

Bertempat di Lab3(tempat yang tak dirancang pada mulanya..) aku mulakan kelas ganti..walaupun sedikit kemalasan merajai diri..tapi ku gagahi jua..

Masih dalam bab akidah..rukun iman..hari nie dah masuk rukun iman yang ke-6...
Bicara tanganku bermula dengan apa rukun iman yang ke-6?..macam kebiasaannya..macam2 jawapan yang ada..so,masing-masing menjawab dengan jawapan yang terlintas kat kepala..waduuhhh..semuanya salah..tapi takpa..selalunya memang sebegitu..depa nie mudah lupa..

So,aku pun jawab setelah aku tidak ketemu jawapan yang aku kehendaki..Aku duga lagi ilmu depa dengan tanya apa maksud qada' dan qadar..Dan,jawapan mereka.."tak tahu"..aku jadi sedih..bukan sebab depa tak boleh menjawab..tapi atas keterbatasan komunikasi menjadikan mereka sedikit kurang dari kita dalam hal sebegini..juga sedih sebab aku masih 'miskin' dalam sign language..jadi aku hanya dapat ceritakan sekadar termampu..

So,aku simpulkan kepada mereka..qada' dan qadar adalah apa yang Allah tetapkan dalam hidup seseorang manusia..ajal,jodoh,suka dan duka..

Entah kenapa aku terlintas nak bertanya bagaimana mereka sedar dan tahu yang mereka kurang 2 pancaindera,mendengar dan berkata-kata...sebelum tue aku dah mintak maaf atas soalan aku..mereka tak kisah,katanyaaa=)

Pelbagai jawapan yang aku dapat..ada yang pekak dan bisu sejak lahir,ada yang atas sebab demam panas..dan yang paling menyentuh hati aku bila ada sorang dari depa nie habaq..dia insan normal seperti orang lain sejak lahir..dan mula pekak dan seterusnya bisu bila terjatuh dari buaian (ndoi) waktu umur kurang lebih 5 tahun..dan gegendang telinganya pecah..sekaligus menjadikan dia sepertimana dia sekarang..

Aku menduga depa lagi..soalan aku lebih sensitif kali nie.."Kamu semua sedih tak bila tak dapat dengar dan cakap macam kawan-kawan lain??"..Jawapan mereka amat ringkas..dan seakan seia sekata,mereka menjawab.."SABAR"..

Dan aku cukup tersentuh dengan jawapan yang terlayar di mataku...dan aku tertanya sendiri "Cukup syukurkah kita dengan segala nikmat yang kita terima??"

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)