KANVAS KEHIDUPAN

Kanvas ini lukisan hidup aku.Aku melukis apa yang aku rasa,memang telus,tulus dan mulus.Mungkin lukisan aku cantik tak bertepi..mungkin lukisan di sini keras tak berseni...

Salam Nuzul Quran...

Pagi isnin bersamaan 17 Ramadhan,selepas saja bersahur..dan menunaikan solat subuh..sempat aku menekan punat remote astro..channel pilihan aku..103..selepas rancangan mengaji yang diconduct oleh sorang ustazah(nama aku lupa..)lepas tue jeling2 tengok MHI..ralit jugak tengok celoteh Wardina dan Fedtri Yahya..

Apa yang mengejutkan kat aku..bila Wardina baca..sedikit sebanyak berita akhbar hari nie..Nenek Mariam telah meninggal dunia semalam..(kalau yang tak ingat siapa gerangan nenek mariam,rakyat malaysia yang dah lama tinggal di Korea..yang pernah dapat liputan media bila dia mencari dan diketemukan dengan anaknya yang tinggal di Johor..)Itu bukan berita yang mengejutkan sangat...kerna mati itu pasti...

Sebagai umat Islam aku rasa amat terkesan dan sedih (rasanya semua orang Uslam patut rasa apa yang aku rasa..) jika benar seperti yang diwar-warkan nenek mariam berwasiat di kebumikan cara kristian..(betul atau tidak..wallauha'lam..)

Kat sini aku copy paste berita lanjut..bersumber dari berita harian online

Anak kecewa ibu wasiat dikebumi cara Kristian

Mariam Johari

KOTA TINGGI: "Saya terkilan mak buat wasiat hendak dikebumikan secara Kristian kerana kami langsung tidak tahu menahu mengenai wasiat itu," kata Jelani Sonni selepas mendapat tahu ibunya, Mariam Johari, 88, rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin. Jelani, 72, berkata beliau mendapat tahu berita kematian ibunya di sebuah rumah kebajikan di Seoul daripada anak saudaranya, Ahmad Onn, kira-kira jam 10.30 pagi semalam. Katanya, beliau hanya tahu Mariam ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, tetapi tidak tahu kandungannya.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 malam kelmarin waktu Malaysia) ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat. Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar terbitan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, pada 23 Jun 2007. Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921, berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang dunia kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943. Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Wajah mariam di usia mudanya

Namun, hasratnya bertemu semula tiga anaknya, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007. Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Jelani berkata, itulah kali terakhir beliau serta kakak dan adiknya bertemu dengan ibu mereka. "Sejak itu saya langsung tidak mendengar daripadanya... mahupun daripada keluarga anak tirinya, Ji Yong Un, 53, di Seoul. "Hanya pada petang 30 Mei lalu, saya mendapat panggilan daripada Mariam menerusi pelajar Malaysia yang menuntut di sana, Yen Mun Wah, yang menyatakan mak ketika itu tenat dan mak turut menyebut ketiga-tiga nama kami. "Selepas itu tidak lagi ada khabar berita," katanya ketika ditemui selepas berbuka puasa di rumahnya di Taman Kota Jaya di sini. Jelani kelihatan sedih, namun cuba menyembunyikannya dan kerap kali menyentuh mengenai kenangan bersama ibunya ketika wanita itu pulang ke negara ini, dua tahun lalu, termasuk mendengar Mariam mengucap dua kalimah syahadah.

Ditanya sama ada beliau akan ke Korea membawa jenazah ibunya pulang ke negara ini, Jelani berkata beliau difahamkan kos membawa pulang jenazah itu membabitkan kira-kira RM30,000. "Lagipun saya tidak sanggup melihat ibunya dikebumikan cara mereka... rela tidak rela, kami redha dan berserah kepadaNya," katanya. Jelani mengakui beliau dan adik beradik sekeluarga memang mahu ibu mereka dibawa pulang. "Malah ketika beliau masih sihat lagi. Namun apakan daya, tiada siapa dapat membantu kami membawanya pulang, kerajaan negeri pula sudah banyak membantu kami dan kami turut terhutang budi. "Kalau pun ada pihak yang sudi membantu membawa jenazah pulang, kami juga khuatir mengundang pelbagai masalah di Pejabat Agama di sini," katanya.

Mata Gembira:Semoga kita semua kekal dalam syahadah dan akidah islamiah..amiin

30 secrets About Yourself. Be honest no matter what..

Tag nie aku dapat dari Ilyana kamaruddin..(tak pernah bertemu empat mata lagi dengan empunya diri..just kenal blog aja..tue pun coz yana secara tak sengaja menjumpai blog aku..so,my virtual frenz..)

To yana..demi tidak mengecewakan yana..saya jawab semua soklan yang diberi..(walaupun aku memang tak pernah terlibat dalam benda2 sebegini sebelum nie...dan kuraaanngg berminat..coz,dah tak sesuai dengan usiaku..hehe)Tapi demi tidak menghampakan orang yang ingat kat aku..aku jawab yang termampu...ok??

[One] Who was your last text from?
My officemate..tapi bukan untuk aku..untuk my husband..(panjang ceritanya..)

[ Two ] Where was your default picture taken?
Ntahla..

[ Three ] Are you bored with life at times?
Kadang-kadang tapi jarang-jarang.. hidup kan penuh warna-warni..so,biasalah kalau boring sekali sekala..tapi sikalang dah tak boring..hehe

[Four ] Your current status?
Somebody's..

[ Five ] What is your current mood?
Sedikit sunyi..mujur ada soalan nie..membuatkan otak aku berfikir ligat..hehe

[ Six ] Where do you stay?
Nun jauh di utara nooo...

[ Seven ] If you could go back in time and change something, would you?
No turning back

[Eight ] What's your favorite color/s?
Kuning,orange,yellowish..sesekali pink pun sweet dipandang..kan??

[ Nine ] Ever had a near death experience?
Hingga tika dan saat ini belum pernah...Tapi kematian itu pasti..

[ Ten ] Something you do a lot?
Kerja-kerja surirumahtangga..hehe dan berpot-pet mengajar anak2 murid yang dicintai...hehe

[Eleven ] Who can you tell ANYTHING to?
Anything??Si dia...

[ Twelve ] Name someone with the same birthday as you.
Ntah..ooo ya baru teringat..my officemate..Noraini Muhammad..hari yang sama,bulan yang sama,tahun yang sama..and of course mak ngan ayah yang lain..hikhik

[ Thirteen ] If you could have one super power what would it be?
Haha..DORAEMON...macam2 ada..dalam poket dia..

[Fourteen ] What's the first thing you notice about the opposite sex?
malas nak jawab..sorry

[ Fifteen ] Favorite season?
Syukur walau apa yang terjadi..so,aku takda feberet season

[Sixteen ] Do you still watch kiddy movies or tv shows?.
Sometimes..tom tom bak,wonderpets..ini serius,apa yang penting kerjasama..hikhik

[ Seventeen ] What are you eating or drinking at the moment?
I'm fasting..Salam Ramadhan

[ Eighteen ] Do you speak any other language?
Baru berjinak2 belajaq sign language..(masih dikira speak ka??yup..talking hands..)

[ Nineteen ] Describe your life in one word.
Colourful...

[ Twenty ] Do you have any tattoos?
Tiada..dulu,kini dan selamanya..HARAM

[ Twenty-one ] Who was the last person you hung out with?
Students,kengkawan and si dia..buka pose sama2..

[Twenty-two ] What are you thinking about right now?
Mak,ayah...and my husband..(dah sampai ofis ka belum..)

[ Twenty- three ] What should you be doing?
Pray for them..and Allah bless them..amiinn

[Twenty-four ] Who was the last person that made you sad/angry?
No one..

[ Twenty-five ] What are you listening to?
last sekali nasyid hijjaz..Debu debu dosa...

[Twenty-six ] Do you like working in the yard?
Tak mau..tak kan kerja kat situ kot..macam tak sesuai aja..

[Twenty-seven ] Who is with you?
Saat nie..sorang2..cuti maaa..

[ Twenty-eight ] Do you act different around the person you like?
owhh...macamana nak berlakon2 and cover2 ayu..??dulu ya kot..hehe

[ Twenty-nine ] What is your natural hair colour?
Next question pleaseeee....rahsia yang kekal rahsia

[Thirty ] Last time you were really happy.
Banyak sangat..hari2 pun gumbira..Alhamdulillah..


p/s: Fuhhh..dah habis pun aku jawab..siapalah yang rekacipta tag2 nie..layaaannn ajalah..huhu

Salam Ramadhan Mubarak..

Kelmarin..bersamaan hari khamis,aku menerima kad raya pertama..dari sapa??ermmm..dari ex-student DHK3..aku mengajaq student nie masa dia semester 2..terharu..ingat jugak kat aku noo..

Didatangkan dalam pakej kad raya dan lolipop..so,kena tunggu malam baru boleh merasa lolipop nie..hehe..

Kalau tak silap aku,penghantaran percuma kad raya nie anjuran student JHP kot...

Anyway..terimakasih atas tanda ingatan itu..=)Dan aku terfikir,ada lagi yang memilih kad raya berbanding sms kan?? pilihan aku..SMS kot..(coz aku memang malas nak tulis menulis kad raya nie..hehe)

Salam Ramadhan,last week balik Penang...memanglah best..semuanya berkumpul..meriah sikit..yang paling best bila dapat makan apa yang mak masak..hehe

Berbetulan dengan gaji pulak tue..shopping la apa yang patut..nak kata shopping sakan pun tak jugak..(Coz duit warden masih belum habis dipotong..huhu..bulan nie last,legaa sikit..)

Alkisahnya..(nie baru isi penting,yang tadinya mukaddimah aja..hehe) Aku dah lama nak beli buku I Love You Too..tulisan Haji Bad..salah sorang penulis kat majalah Anis...si relaxminda pernah promote buku nie..dan kat MHI pun ada promote buku nie...

Yang jadi ceritanya kat sini..punyalah susah aku nak cari buku yang berwarna pink nie..kat Aloq Staq aku pi fofular(Popular) takda..kat Kedai Buku kat Giant takda..balik Penang kat aku pi fofular Jusco takda..aku gi Fofular Sunway Carnival pun takda..last2 aku jumpa kat kedai buku Grandmedia..hehe..sukanya aku..


Inilah rupa buku yang aku maksudkan tue..
Yang bestnya buku I Love You Too..bila ada diselitkan karikatur +ilustarsi kat setiap bab,so..terhibur sikit selain tue dapat jugak pengajaran dan sesekali terkena jugak batang hidung sendiri bila baca sindiran dalam buku nie..
Kesimpulannya benarlah kata penulis buku nie"Dalam mengkritik ada mendidik.Dalam mengena ada seloka.Dalam menempelak ada melawak.Dalam mencubit ada menggeletek..

Dalam nak membeli satu aja buku..sempat jugak aku jeling kat satu lagi buku...I Love Ramadhan..tajuk yang catchy..isi pun best..so,aku beli dua buku..dan aku pun seronok..huahua


Buku nie pun santai aja cara penulisannya..so,relax sikit bila baca..ayat kat cover tue tulis "Bila tiba saja Ramadhan,mulalah gastrik datang,atau just trick?".Itu antara sebab aku tertarik nak beli buku nie...

Ini cover buku I Love Ramadhan..

Mata Gembira:Teringat zaman dulu kat sekolah ada program NILAM(nilai ilmu amalan membaca..)..tapi aku tak dapat anugerah pun..sebab malas baca +pinjam buku kat library..huhu

Papan Iklan

Lukisan di sini bukan untuk dijual..kerna lukisan di sini lukisan hidup aku;)

ShoutMix chat widget

Pelukis Tetap Di Sini

My photo
PENANG-JOHORE-PERLIS, Malaysia
Semua lukisan di sini bukan untuk dijual.Cuma untuk dikongsi..Sebab ini lukisan hidup aku;)